From: Umm Waheedah [EMAIL PROTECTED] Date: Wed, 4 Jan 2006 00:36:00 -0800 (PST) Subject: Undang-undang keluarga Islam tiada kecacatan Peguam Syarie Menulis: Undang-undang keluarga Islam tiada kecacatan
RANG Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 yang diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember lalu mengundang bantahan di kalangan beberapa pihak, khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita Antara kebimbangan mereka: Memperluaskan hak suami untuk memfasakhkan perkahwinan. Memudahkan suami untuk berpoligami. Memaksa isteri memilih sama ada menuntut nafkah atau harta sepencarian apabila suami berpoligami. Membenarkan suami menuntut harta sepencarian ke atas harta isteri apabila suami berpoligami. Membenarkan suami mendapatkan perintah menghalang isteri melupuskan hartanya. Ditinjau sekali imbas, memanglah perkara di atas menakutkan golongan wanita, terutama apabila suami mereka berpoligami. Untuk ini kita perlu melihat satu persatu sama ada kebimbangan itu mempunyai asas dari sudut undang-undang dan kesannya terhadap umat Islam sama ada wanita atau lelaki. Kita perlu akur bahawa undang-Undang keluarga Islam ini digarap berasaskan undang-undang syariah yang bersumberkan hukum syarak seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran dan sunnah. Ada perkara di dalam sumber hukum ini yang tetap penafsirannya. Ada juga dalil ini yang boleh diberi pelbagai tafsiran oleh fuqaha. Menurut hukum syarak tuntutan fasakh boleh dibuat sama ada oleh suami atau isteri. Sebenarnya, tidak timbul isu bahawa fasakh adalah tuntutan eksklusif isteri. Tuntutan fasakh sama ada dibuat oleh isteri atau suami berdasarkan wujudnya kecacatan di pihak yang satu lagi. Jika mengkaji secara terperinci perbahasan ulama mengenai fasakh, maka kita tidak akan berasa runsing dengan rang undang-undang itu kerana ia lebih selari dengan hukum syarak. Tidak dapat dinafikan bahawa kuasa mentalakkan isteri adalah di tangan suami. Kuasa ini luas kepada suami. Namun, sekiranya suami menggunakan kuasa ini, ia memberi kesan terhadap tuntutan yang boleh dibuat oleh pihak isteri setelah perceraian berlaku. Sekiranya suami memfasakhkan perkahwinannya akibat daripada keaiban yang ada di pihak isteri dan setelah dibuktikan di hadapan mahkamah, maka suami itu tidak dipertanggungjawabkan untuk menanggung sebahagian tuntutan selepas pembubaran perkahwinan seperti perceraian menerusi talak. Umpamanya, suami memfasakhkan perkahwinannya kerana isteri itu telah hilang bagi suatu tempoh waktu yang panjang. Setelah dibuktikan di mahkamah fakta itu, maka mahkamah akan memfasakhkan perkahwinan itu. Adalah amat tidak adil sekiranya isteri itu pula berhak menuntut pelbagai tuntutan apabila perkahwinannya dibubarkan kerana keaiban isteri itu sendiri. Undang-undang Islam memberi keadilan kepada semua orang tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Sekiranya kita hanya memperjuangkan hak sesuatu golongan tanpa mengambil kira langsung hak golongan lain, maka akan wujud ketidakadilan dan diskriminasi. Diskriminasi tidak harus berlaku terhadap wanita dan lelaki. Namun, perbezaan hak harus diinsafi oleh umat Islam yang diasaskan oleh hukum syarak yang mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Undang-undang poligami yang diluluskan juga dikatakan lebih mudah daripada undang-undang sebelum ini. Bagi mencari ketepatan jawapan kepada persoalan ini, kita perlu mengkaji dengan terperinci undang-undang baru dengan yang lama. Kedua-dua undang-undang masih lagi mengekalkan pembuktian ketat empat perkara secara satu persatu oleh suami apabila memohon berpoligami iaitu: a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu memandang kepada antara lain hal keadaan yang berikut iaitu kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak persetubuhan atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri sedia ada. b) bahawa suami mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung sebagaimana dikehendaki oleh hukum syarak semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan perkahwinan yang dicadangkan itu. c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak hukum syarak. d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada. Sebenarnya undang-undang yang baru ini lebih ketat berbanding undang-undang lama. Hal ini kerana dalam setiap permohonan untuk kebenaran berpoligami, mahkamah hendaklah memanggil isteri sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri dan mana-mana orang lain yang berkenaan untuk memberi keterangan bersabit dengan permohonan suami itu. Peruntukan itu tiada di dalam undang-undang lama. Jadi, apakah dengan adanya peruntukan ini memudahkan suami untuk berpoligami? Tentulah dengan memanggil isteri sedia ada, bakal isteri dan wali kepada bakal isteri, mahkamah akan lebih berupaya membuat keputusan yang tepat dan menjaga kepentingan pihak berkenaan. Persoalan memaksa isteri sedia ada memilih antara nafkah atau harta sepencarian langsung tidak timbul di dalam rang undang-undang yang diluluskan itu. Isu ini timbul akibat ceteknya pengetahuan mengenai prinsip yang digunakan bagi mentafsir sesuatu undang-undang itu. Undang-undang hendaklah ditafsirkan mengikut panduan yang diterima pakai di dalam bidang perundangan dan bukan daripada pemahaman umum masyarakat awam. Jika diperhalusi seksyen 23(10) undang-undang itu, hanya ada perkataan ¦±atau ¦² di antara para (a) dan (b). Tidak ada perkataan ¦±sama ada ¦² sebelum para (a) di atas. Perkataan ¦±atau ¦² itu pula adalah merujuk kepada permohonan isteri dan bukan kuasa mahkamah. Sekiranya perkataan ¦±atau ¦² itu digantikan dengan perkataan ¦±dan ¦² umpamanya, ia akan mengundang lebih banyak masalah, terutama bagi suami yang tidak mempunyai harta sepencarian di mana masih wajib menuntutnya bagi mengelakkan salah aturan walaupun sebenarnya harta itu tiada. Dengan adanya perkataan ¦±atau ¦², ia memberi lebih ruang kepada isteri membuat permohonan salah satu atau kedua-duanya sekali. Kes yang diputuskan di Selangor yang mewartakan undang-undang sama pada 2003 menjadi bukti bahawa tiada paksaan memilih salah satu daripada tuntutan itu. Berhubung tuntutan harta sepencarian oleh suami ketika berpoligami pula, undang-undang adalah jelas bahawa isteri dan suami boleh membuat tuntutan harta sepencarian. Bagaimanapun, bukanlah dengan memfailkan tuntutan saja secara automatik suami atau isteri boleh mendapat harta sepencarian itu. Pemilikan harta secara mutlak dalam tempoh perkahwinan perlu dibuktikan terlebih dulu. Sumbangan secara langsung atau tidak langsung terhadap pemerolehan harta itu juga menjadi asas penting di dalam membuat perintah pembahagian harta. Perkara ini menjadi asas kepada kejayaan untuk menuntut harta sepencarian. Isteri yang tidak bekerja tidak pernah dinafikan hak harta sepencariannya. Cuma kadar pembahagian itu rendah sedikit berbanding isteri yang menyumbang kepada pemerolehan harta secara langsung. Hal itu kerana Mahkamah Syariah mengiktiraf peranan dan sumbangan tidak langsung isteri dari segi memberi sokongan moral kepada suami, menjaga anak, menyediakan keperluan suami isteri dan memberi ketenangan kepada suami. Namun, setakat ini belum ada tuntutan harta sepencarian oleh suami yang tidak menyumbang secara langsung dibenarkan oleh mahkamah. Permohonan menghalang isteri melupuskan hartanya pula hanya akan berjaya jika suami dapat menunjukkan sebab yang wajar. Beban pembuktian adalah terletak pada bahu suami untuk membuktikannya. Perkara sama juga berlaku sekiranya isteri yang ingin menghalang suami melupuskan hartanya. Pembuktian mengikut Akta Keterangan Mahkamah Syariah perlu dibuat sebelum sesuatu perintah itu dapat dikeluarkan. Mahkamah Syariah bukanlah ¦±Mahkamah Kangaru ¦² yang membenarkan segala bentuk perintah tanpa memperhalusi merit sesuatu tuntutan itu. Jika mahkamah berpuas hati atas bukti yang dikemukakan, barulah mahkamah akan mengeluarkan perintah. Ada banyak kes yang ditolak oleh Mahkamah Syariah akibat kegagalan pihak menuntut mengemukakan bukti yang mencukupi. Berdasarkan perkara di atas kita perlu menilai kembali asas kebimbangan pihak terbabit terhadap undang-undang keluarga Islam ini. Keadilan Islam untuk semua orang tanpa mengira jantina, bangsa, keturunan dan agama. Artikel ini dengan kerjasama Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Agama/20060104003525/Article/ Nota: Bila saya fwd rencana dari kahbar tujuannya adalah untuk dibaca dan difikirkan bukan bermaksud saya setuju semua perkara yang ditulis. Selain itu ianya adalah untuk bahan arkib rujukan masa akan datang. Harap tidak terjadi tuduh menuduh dan kecoh seperti yang berlaku bila saya fwdkan rencana " fahaman wahabi menular", saya pula dituduh menyebelahi penulis rencana. Inilah antara sikap pembaca yang berfikiran sempit. ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
