Kelantan peruntuk RM1 juta tingkatkan ekonomi wanita![]()
Tuesday, January 03 @ 18:59:35 MYT
KOTA BHARU, 3 Jan (Hrkh) Kesungguhan kerajaan negeri membela golongan wanita terbukti apabila peruntukan sebanyak RM1 juta disediakan tahun ini bagi membantu golongan terbabit meningkatkan taraf hidup.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Abdul Patah Mahmood berkata, peruntukan berkenaan hanya untuk program berkaitan ekonomi dan ia tidak termasuk bantuan lain.

Peruntukan berkenaan disediakan hanya dalam bentuk projek-projek ekonomi seperti peralatan menjahit dan memasak khususnya kepada 10 Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) yang membabitkan peruntukan sejumlah RM200,000.
Memandangkan sambutan menggalakkan sebanyak RM20,000 lagi akan
diluluskan untuk perbelanjaan tambahan bagi menyediakan lima buah mesin jahit di semua kawasan Dewan Undangan Negeri, katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutup Kursus Usahawan Wanita, di sini, baru-baru ini.
Hadir sama anggota Dewan Negara, Siti Zailah Mohd Nor dan Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Haji Abdul Aziz Yunus. Seramai 50 peserta PPWK mengikuti kursus berkenaan.
Abdul Patah berkata, menerusi program terbabit seramai 20 hingga 50 peserta akan mengikuti kursus jahitan atau masakan secara percuma di 10 PPWK yang diwujudkan.
Kita menganjurkan program ini untuk memberi ilmu kepada mereka. Dengan ilmu yang ada mereka boleh mencari rezeki secara halal melalui titik peluh sendiri, ujarnya.
Beliau juga berkata, memandangkan sambutan golongan wanita begitu memberangsangkan, sebanyak 15 PPWK lagi akan ditubuhkan tahun ini. PPWK akan diwujudkan di semua DUN secara berperingkat-peringkat.
Terdahulu ketika berucap beliau
berharap peserta kursus manfaatkan kemudahan yang disediakan kerajaan demi masa depan mereka. Katanya, sekiranya mereka menghargai sumbangan diberikan, besar kemungkinan peruntukan akan ditambah lagi pada masa akan datang.
Bukan itu sahaja, kita juga bersedia mencari peluang kontrak jahitan daripada syarikat ternama untuk dijahit peserta-peserta kita. Jadi jangan sekali-kali persiakan peluang ini, katanya.
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
Abdul Aziz menasihati peserta supaya mencontohi tokoh korporat negara yang berjaya bukan kerana bantuan semata-mata, sebaliknya melalui pinjaman kerajaan.
Katanya, jutawan negara seperti Allahyarham Tan Sri Yahya berjaya dalam perniagaannya bukan dengan bantuan kerajaan, sebaliknya melalui pinjaman yang terpaksa dibayar balik.
- SMH/mj
- SMH/mj
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.