Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan MAPAN dengan ini merayu dan meminta
kerjasama serta sokongan SEMUA RAKYAT MALAYSIA terutamanya umat Islam,
ahli-ahli Kariah Masjid dan Surau, ahli
dan kekanda PEKIDA, NGO, persatuan persatuan pengguna negeri, FOMCA, CAP,
ACCIN, IIS, DPMM, JIM, CUEPACS, GPMS, keluarga FELCRA, FELDA dan RISDA,
NUTE, PERKIM, KIMMA, PERMIM, PRESMA, UMNO, PAS, Barisan Nasional, PESAKA
dan ahli-ahli Silat Gayung, Silat KALAM, Silat Cekak,
persatuan-persatuan silat, para usahawan, ahli-ahli politik, para mahasiswa

dan mahasiswi IPTA/IPTS, pelajar-pelajar sekolah, para pensyarah dan ahli
akademik, kakitangan kerajaan, para pekerja, para persatuan! sukarela dan
para pejuang keadilan yang prihatin dengan perjuangan kemanusian dan
keadilan sejagat agar tidak lagi membeli UBAT GIGI COLGATE sehingga COLGATE
belajar menghormati kita sebagai pengguna.


Kita renung antara fakta-fakt a berikut :-

1. COLGATE  adalah  sebuah syarikat yang SANGAT TIDAK PRIHATIN kepada
sensitiviti  umat  Islam. Sejak bertapak di Malaysia lebih 40 tahun   lalu,

  ia  tidak  pernah  mendapatkan  atau  berusaha
untuk memperolehi  sijil  Halal JAKIM bagi menjaga hati para pengguna Islam

atau menyatakan yang produk mereka HALAL;

2. Tanpa  sijil  halal  ini sejak begitu lama dan tanpa sebarang  tanda
Halal di kotak ubat gigi tersebut, wajar dan patutkah kita  menganggap
Colgate  sebagai Halal sedangkan Colgate sendiripun
tidak mendakwa ianya halal atau ditanda sebagai HALAL;

3. COLGATE  begitu  angkuh  sehingga tidak menghiraukan pertanyaan  PPIM
dan
orang ramai atau mengambil langkah untuk memberi sebarang  keyakinan secara

pro aktif kepada masyarakat Islam
terhadap status halal produk mereka h ingg! a ke hari ini;

4. Ia  dibuat  di  Thailand  yang  mana  juga menyokong ekonomi Thailand
yang terbukti melakukan penganiayaan kepada penduduk Selatan  Thailand
(PPIM  telah  melancarkan  BOIKOT COLGATE
sebagai bantahan kepada pembunuhan kejam rakyat Islam di Selatan Thailand);

5. Puluhan atau ratusan juta telah dibelanjakan oleh syarikat ini untuk
pengiklanan  tetapi  kenapa tidak ada peruntukan kewangan  untuk menjaga
hati masyarakat Islam,  contohnya mendapatkan sijil halal daripada  JAKIM.
Kos untuk  mendapatkan sijil halal   kurang RM 1,000 sahaja. Bukankah ini
satu penghinaan besar di sebuah Negara yang agama rasminya Islam;

6. Sehingga kini Colgate enggan bekerjasama dengan PPIM untuk  membuktikan

sijil  halal  Thailand  yang didakwanya ada serta membuktikan bahawa
produk-produknya  HALAL.

7. Apa pula status produk Colgate di pasaran yang datang daripada  China,
Vietnam  dan Amerika? Siapakah yang memberi jaminan ini? 'Ustaz' Bush...?

8. Janganlah kita berurusan dan menyokong syarikat yang menghina   dan
tidak   menghormati umat  Islam.  Kita sokonglah produk-produk  daripada
syarikat  yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap keperluan masyarakat
Islam setiap kali kita membeli; gigi tak sakitpun kalau pakai produk lain.

9. Kita  bersatulah  dalam  memboikot Ubat Gigi Colgate serta  menghantar
isyarat  jelas  bahawa  para  pengguna  Islam akan bersatu   memulau
produk   yang  tidak  menghormati  keperluan dan kepentingan umat Islam.


BERSATU KITA SEHATI SEJIWA sebarkan nota ini kepada seramai mungkin rakan
dan taulan sebagai satu perjuangan melawan keangkuhan serta menunjukkan
bantahan kepada syarikat multi-nasional  yang tidak menghormati serta
mempermainkan para pengguna Islam sejak sekian lama.

Cuba buat kali ini , kita buktikan bahawa kita pengguna juga MEMPUNYAI
KEKUATAN JIKA BERSATU. Kita hantar isyarat jelas, para pengguna  tidak
mengira Islam atau bukan Islam tidak rela ditipu secara berterusan. Kita
mahu mereka lebih prihatin dan bertanggungjawab.


"BOIKOT PRODUK HINA PENGGUNA"


PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA & MAPAN






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke