Lebuhraya Sungai Udang - Durian Tunggal berharga RM14 juta sekilometer
Thursday, January 05 @ 12:48:45 MYT


Oleh OMAR SAIDI
MELAKA, 5 Jan (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Melaka Mohd Yusof Wahab hairan kos perbelanjaan Projek Lebuhraya Sungai Udang - Durian Tunggal yang sejauh 21 Km, begitu mahal iaitu RM280 juta.

"Ini bermakna Projek Lebuhraya Sungai Udang ke Durian Tunggal berharga RM14 juta sekilometer," kata Mohd Yusof.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perbelanjaan kos membina jalan raya yang ditimbulkan oleh wakil DAP dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Melaka baru-baru ini semasa membahaskan Usul dan Enakmen Perbekalan 2006 baru-baru ini.
Kata Mohd Yusof RM14 juta sekilometer adalah mungkin yang termahal di Malaysia.
Apa yang menghairankan kata beliau, mengapa projek yang pada awalnya berjumlah RM205 juta boleh dinaikan RM10 juta walau pun projek tersebut lewat disiapkan.
Difahamkan kontrator berkenaan dikenakan bayaran denda lewat sebanyak RM2,084.16 setiap hari dan sehingga sekarang denda keseluruhannya berjumlah RM187,574.00.
"Hairannya mengapa tambahan kos RM10 juta boleh diberikan sungguh pun ia sudah lewat," kata Mohd Yusof. - mns
VCD-Allah The Creator:
Ini adalah sebuah siri pembelajaran untuk kanak-kanak mengenal Penciptanya iaitu Allah. Ianya seumpama sesi pelajaran ala ‘Sesame Street’, namun VCD ini lebih hebat daripada itu.’Puppet’ dan boneka yang digunakan pasti mencuit hati dan menarik minat kanak-kanak seperti unta, gajah dan pelbagai lagi.


Yahoo! Cars NEW - sell your car and browse thousands of new and used cars online search now


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke