Berita Harian 07-01-06
300,000 kondom diedar di 20 lokasi
Oleh Rohaniza Idris


Usaha YMM tingkat kesedaran berhemah bahaya HIV/Aids 
 


KUALA LUMPUR: Sebanyak 300,000 kondom akan diedarkan Pergerakan Pemuda Malaysia 
(YMM) di 20 lokasi di seluruh negara ketika Kempen Kesedaran HIV/Aids 
Kebangsaan anjuran persatuan itu bermula Ahad ini.

Presiden YMM, Ng Chin Long, berkata bagaimanapun, kondom itu akan diedarkan 
secara berhemah kepada orang ramai dalam usaha meningkatkan kesedaran mereka 
mengenai bahaya jangkitan HIV yang boleh menyebabkan penyakit Aids.

Katanya, 5,000 kondom akan diedarkan kepada orang ramai ketika pelancaran 
kempen di Jalan Petaling, Ahad ini.

€ ¦’³Kempen ini akan menjelajah ke seluruh negara termasuk Kangar, Alor Star, 
Sungai Petani, Taiping, Pantai Remis, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Seremban, 
Muar dan Kuala Selangor,€ ¦’´ katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Hadir sama Penasihat YMM yang juga Pengerusi Barisan Nasional Bukit Bintang, 
Datuk Dr Lee Chong Meng.

Ng berkata, selain mengagihkan kondom, YMM juga mengadakan ceramah, pameran dan 
mengedarkan risalah mengenai HIV/Aids selain menyediakan persembahan hiburan 
bagi menarik orang ramai.

Katanya, YMM menganjurkan kempen itu bagi meningkatkan kesedaran umum mengenai 
bahaya HIV/Aids dan cara mengelakkan diri daripada terkena jangkitan penyakit 
berkenaan.

€ ¦’³Pada masa sama, kempen berkenaan adalah sumbangan sosial bagi membantu 
negara menangani HIV/Aids yang mana jumlah penghidap bertambah setiap tahun,€ 
¦’´ katanya.

Sementara itu, Dr Lee berkata, pemilihan Jalan Petaling di buat kerana ia 
menjadi tempat tumpuan orang ramai termasuk pelancong asing, selain mengambil 
kira kawasan sekitarnya kini menjadi sarang penagih dadah dan pekerja seks.

Katanya, kawasan sekitar Jalan Chow Kit dan Jalan Haji Taib tidak lagi menjadi 
tumpuan penagih selepas operasi membersihkan kawasan berkenan dilancarkan 
besar-besaran sejak dua tahun lalu.

€ ¦’³Kita mahu membersihkan Jalan Petaling yang kini semakin tercemar kerana 
pelbagai jenayah termasuk penagihan dadah, pelacuran dan terbaru kes samseng,€ 
¦’´ katanya.

Naib Presiden, Majlis Belia Malaysia (MBM), Loka Ng Sai Kai berkata, setiap 
tahun kira-kira 6,000 kes baru dikesan membabitkan HIV/Aids dan jangkitan 
membabitkan wanita semakin bertambah.

Katanya, pada 1990, seorang wanita dikesan HIV/Aids bagi setiap 100 kes dan 
kini angkanya bertambah kepada 10 orang bagi setiap 100 kes.

€ ¦’³Bagaimanapun, berdasarkan pemantauan kadar kesedaran wanita terhadap 
kempen kesedaran HIV/Aids semakin meningkat. Kita juga dapati pekerja seks 
mengamalkan pemakaian kondom sebagai langkah mengelakkan jangkitan HIV/Aids,€ 
¦’´ katanya.

FAKTA NOMBOR:
67,528 - Penghidap HIV
10,024 - Pesakit Aids
7,651 - Kematian akibat Aids
80% - Penghidap HIV/Aids di Malaysia adalah penagih dadah



mm bp wrote: 
http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=17361 
 
 
Kenaikan yuran satu penindasan terhadap rakyat - PKPIM
Thursday, January 05 @ 16:05:56 MYT 


Oleh SALMIYAH HARUN
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Hrkh) - Kenaikan yuran sekolah termasuk barangan aksesori 
sekolah dianggap satu bebanan berbentuk penindasan kepada rakyat terutamanya 
terhadap golongan kurang upaya yang menghantar anak mereka ke sekolah, demikian 
menurut Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), 
Mohd Hilmi Ramli.

Mengikut maklumat yang diperoleh mereka, ada pihak sekolah mengenakan yuran 
tambahan yang ditetapkan sendiri oleh pihak sekolah, walhal ia bukan perkara 
yang ditetapkan oleh kementerian. 
Mohd Hilmi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini berkata, ada pihak 
sekolah yang mengenakan yuran tuisyen dan kelas komputer serta aktiviti lain 
yang sepatutnya diberi percuma sahaja kepada para pelajar. 
"Dalam perkara lain yuran yang dikenakan lebih mahal daripada sekolah aliran 
Cina sebagai contoh murid tahun satu sahaja mencecah RM100 malah yuran itu pula 
bersifat paksaan yang tiada kompromi lagi," katanya. 
Beliau juga berkata, sekolah yang mengenakan yuran yang tinggi perlu dikenakan 
tindakan kerana mengadakan undang-undang sendiri tanpa merujuk kepada 
kementerian. 
Sehubungan itu, PKPIM mencadangkan agar pihak sekolah lebih prihatin memikirkan 
nasib orang lain dan jangan menjadi mentaliti kapitalis yang menekankan kepada 
keuntungan semata-mata. 
"Apabila keadaan menjadi sebegini orang akan terus melihatkan sekolah dan 
pendidikan sesuatu yang menyusahkan akhirnya akan membebankan, janganlah 
terkejut jika rakyat sudah tidak langsung memperdulikan pendidikan sebagai 
wahana ilmu akan tetapi menjadi pusat mengaut keuntungan," jelasnya. 
Justeru, PKPIM mencadangkan agar yuran sekolah diberi percuma kepada semua 
golongan berpendapatan rendah agar keupayaan 'bermain di padang yang sama rata' 
dapat diwujudkan tanpa memikirkan orang kaya atau tidak. - mks. <




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke