Perhimpunan desak Noh Omar dipecat![]()
Friday, January 13 @ 16:55:55 MYT
Dalam perhimpunan itu beberapa sepanduk yang mengecam tindakan pihak berkuasa seperti Cepat Pecat Noh Omar, Betulkan Tingkah Laku Polis, Mesra kepada media, Save China Press dan Polis Cepat dan Brutal direntangkan.
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Hrkh) - Satu perhimpunan yang disertai kira-kira 100 orang telah diadakan di hadapan Bangunan Tun Razak bagi membantah tindakan pemecatan dua orang pengarang akhbar China Press ketuk-ketampi bogel dalam sebuah lokap polis penghujung tahun 2005 lepas, dekat sini, hari ini.
Perhimpunan tersebut diadakan serentak dengan penyerahan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bertajuk Campurtangan Politik dalam China Press.
Friday, January 13 @ 16:55:55 MYT
Dalam perhimpunan itu beberapa sepanduk yang mengecam tindakan pihak berkuasa seperti Cepat Pecat Noh Omar, Betulkan Tingkah Laku Polis, Mesra kepada media, Save China Press dan Polis Cepat dan Brutal direntangkan.
Perhimpunan tersebut diadakan serentak dengan penyerahan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bertajuk Campurtangan Politik dalam China Press.
Memorandum tersebut mendapat sokongan daripada 54 badan bukan kerajaan (NGO)
negara ini.
Pelbagai wakil NGO, kesatuan akhbar dan parti-parti politik hadir bagi menyatakan sokongan.
Dalam perhimpunan itu beberapa sepanduk yang mengecam tindakan pihak berkuasa seperti Cepat Pecat Noh Omar, Betulkan Tingkah Laku Polis, Mesra kepada media, Save China Press dan Polis Cepat dan Brutal direntangkan.
Peserta juga turut melaungkan Free Free The Media, Save China Press' dan Sack Noh Omar.
Sementara menunggu lima orang wakil menyerahkan memorandum itu kepada Pesuruhjaya Suhakam, Dato Siva Subramaniam, di pejabat Suhakam yang terletak dibangunan tersebut, beberapa orang wakil lain turut memberi ucapan kepada orang ramai.
Antara yang berucap ialah Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua, Pengarang Malaysiakini.com, Stevan Gan, wakil Merdeka Review, dan wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Penyelaras Suara Rakyat Malaysia
(Suaram), Yap Siew Seng yang merupakan salah seorang deligasi yang menyerahkan memorandum kepada Suhakam berkata, pihaknya membuat tiga permintaan kepada Suhakam.
Katanya Suhakam perlu menubuhkan satu inkuari awam mengenai isu pemecatan dua ketua penyunting akhbar China Press.
Suhakam juga perlu mengambil tindakan untuk memansuhkan sistem memaksa organisasi media memohon permit setiap tahun.
Selain itu Suhakam juga diminta mengambil tindakan meminta supaya satu akta kebebasan informasi dibuat oleh kerajaan bagi menjamin kebebasan informasi dan hak untuk mengetahui apa yang berlaku dalam negara ini.
Dalam pada itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli yang berucap dalam perhimpunan menegaskan mereka berhimpun di situ adalah bagi menuntut supaya kebebasan media dikembalikan.
Tidak ada demokrasi tanpa kebebasan media dan Malaysia tidak boleh mengaku ia mengamalkan demokrasi jika tidak memberikan kebebasan media yang sepatutnya.
Malaysia
berbangga dan bersuara di serata dunia mengatakan ia memberikan kebebasan media, ini sebenarnya tidak berlaku, katanya.
Beliau berkata, peristiwa yang berlaku kepada dua pengarang akhbar China Press mengesahkan dan membuktikan bahawa di negara ini tidak ada kebebasan media.
Oleh sebab itu katanya, tindakan memaksa mereka meletak jawatan atau menarik balik permit akhbar adalah suatu tindakan membuli yang memalukan. - RR/mns
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
