Antara tujuan diadakan ibadah Haji ini adalah untuk menunjukkan tiada perbezaan antara si kaya dengan si miskin,itu juga hikmah memakai ihram, serba putih baik laki juga perempuan. Tetapi apa yang berlaku sejak beberapa tahun adalah pakej2 yang berpuluh ribu ringgit juga riyal disediakan oleh Tabung Haji (kalau tidak silap ana pakej VIP aja RM40,000) dan ada pakej travel swasta dibawah Tabung Haji menawarkan lebih dari itu. Yang Terhebat adalah dari Arab Saudi sendiri dengan menawarkan pakej2 yang lebih menarik dan selesa bersesuaian dengan harganya yang tinggi.. Ini yang disebut Haji Gazebo oleh Ust Shamsuri. Sudah lari niat dan tujuan asal Ibadah Haji itu. Alasan kepada yang mampu, untuk keselesaan.. seolah Ibadah Haji pada
anggapan mereka seperti satu sessi melancong (spt Ziarah/Umrah yang kerap dilakukan) dan bukannya Ibadah... Semoga kita semua bermuhasabah dan merenung dan mengkaji kembali tujuan asal kita menunaikan Haji. Semoga ALlah cucuri roh hamba-hamba-NYA yang terkorban.. dan semua jama'ah dikurniakan Haji Mabrur insha ALlah.. WALlahu'alam
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Angkara VIP
Oleh Zainal Zawawi Mohamed
Oleh Zainal Zawawi Mohamed
KUALA LUMPUR: Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata apabila puluhan ribu jemaah menyerbu sebaik pasukan keselamatan Arab Saudi membuka semula kawasan jamrah selepas seorang VIP (orang kenamaan) selesai melontar.
Sebelum itu kawasan melontar ditutup sementara menyebabkan jemaah berkumpul di sekitarnya sementara menunggu untuk melontar, kata Timbalan Ketua Perkhidmatan Perubatan Tabung Haji, Dr Suhaimi Ismail ketika dihubungi Harian Metro di Mina, dekat Makkah, awal pagi tadi.
Dr Suhaimi yang berada di rumah mayat Hospital Muissin, berkata beberapa jemaah yang berasak memasuki kawasan melontar, terjatuh menyebabkan ribuan jemaah di belakangnya tidak sempat mengelak lalu memijak mangsa.
Katanya, keadaan mula menjadi tidak terkawal apabila seorang demi seorang jemaah haji terjatuh dan dipijak jemaah lain sehingga akhirnya lebih 345 jemaah terkorban.
Dr Suhaimi berkata, beliau diberitahu mengenai detik cemas itu yang berlaku antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang waktu tempatan (jam 6 petang hingga 7 malam waktu Malaysia) oleh waris mangsa yang ditemuinya di rumah mayat hospital berkenaan.
Bagaimanapun, sehingga jam 11 malam (4 pagi waktu Malaysia), belum ada pengesahan sama ada rakyat Malaysia turut terbabit dalam tragedi pada hari terakhir melontar.
Sebelum ini, ada laporan mengatakan lima hingga 10 jemaah haji Malaysia berada di kawasan melontar ketika kejadian rempuhan di jamrah berlaku selepas solat Zuhur.
Menceritakan lebih lanjut, Dr Suhaimi berkata kejadian itu mungkin turut disebabkan perbuatan segelintir jemaah yang membawa barang-barang termasuk beg pakaian ketika melontar menyebabkan mereka mudah terjatuh apabila ditolak jemaah lain.
Menurutnya, senarai nama mangsa yang terkorban dijangka dikeluarkan menjelang pagi ini (tengah hari waktu Malaysia).
Sementara itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Dr Azmi Ahmad, berkata kumpulan jemaah Malaysia yang dilaporkan berada di kawasan melontar, terdiri mereka yang berulang alik antara maktab kediaman mereka di Masjidil Haram dan tempat melontar di Mina yang jaraknya kira-kira tujuh kilometer.
Beliau berkata, pengurus maktab jemaah haji sudah diarahkan mengenal pasti siapa di antara mereka yang tidak mengikut jadual melontar yang sudah ditetapkan.
Ada laporan sebahagian daripada mereka yang terbunuh dan cedera terdiri jemaah dari negara Asia Tenggara. Namun, kami belum dapat pastikan dari negara mana mereka berasal, katanya.
Seramai 26,000 jemaah Malaysia menunaikan ibadat haji pada tahun ini.
Ini adalah insiden kedua pada musim haji ini yang menyaksikan jemaah haji terkorban. Seminggu lalu, empat rakyat Malaysia adalah antara 76 jemaah yang terbunuh apabila sebuah hotel berusia 30 tahun runtuh di Makkah.
Sementara itu, jenazah mereka yang terbunuh dalam kejadian rempuhan di tempat melontar jamrah itu dikumpul dan dipindahkan ke dalam empat kontena sebelum dibawa ke hospital.
Petugas Tabung Haji, Nazari Sharif, yang menyaksikan peristiwa itu berkata, kontena yang digunakan itu berada kira-kira 400 meter dari tempat kejadian.
Menurut Nazari, kontena itu sebelum ini digunakan untuk mengangkut air mineral bagi keperluan jemaah haji.
Katanya, ketika kejadian, beliau berada di tingkat bawah jamrah dan masih belum mengetahui apa yang berlaku sekalipun ada jemaah yang kelihatan terburu-buru turun dan naik ke tingkat atas.
Katanya, beliau hanya menyedari sesuatu yang buruk berlaku apabila melihat beberapa ambulans masuk ke kawasan itu dan ratusan tentera Arab Saudi mengadakan kawalan.
Berikutan itu, katanya, beliau segera mencari tempat yang agak tinggi untuk melihat kejadian berkenaan dengan jelas.
Pada waktu itu saya lihat banyak jenazah dibawa ke empat kontena berkenaan dan kotak-kotak air mineral dikeluarkan untuk menempatkan jenazah-jenazah itu, manakala yang cedera terus dibawa ke ambulans. Beberapa helikopter memantau keadaan dari udara, katanya.
Waris jemaah boleh menghubungi Bilik Gerakan Tabung Haji di talian 03-78741033 atau melayari laman web www.tabunghaji.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Ramai jemaah Asia Tenggara terkorban
Oleh Mohd Sabran Md Sani dan Mohamad Hussin
[EMAIL PROTECTED]
Oleh Mohd Sabran Md Sani dan Mohamad Hussin
[EMAIL PROTECTED]
KUALA LUMPUR: Lima hingga 10 jemaah Malaysia mungkin berada di tempat melontar di Mina, dekat Makkah, ketika kejadian rempuhan yang mengakibatkan 345 jemaah, kebanyakannya dari Asia Tenggara, terkorban petang semalam.
Ini berikutan laporan yang menyatakan kumpulan terbabit keluar melakukan ibadah melontar selepas solat Zuhur, iaitu ketika kejadian rempuhan antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang waktu tempatan (jam 6 petang hingga 7 malam waktu Malaysia).
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Dr Azmi Ahmad, berkata mereka terdiri jemaah yang berulang alik antara maktab kediaman mereka di Masjidil Haram dan tempat melontar di Mina yang jaraknya kira-kira tujuh kilometer.
Beliau memberitahu Bernama di Mina malam tadi, pengurus maktab jemaah haji sudah diarahkan mengenal pasti siapa di antara mereka yang tidak mengikut jadual melontar yang sudah ditetapkan.
Menurutnya, sehingga lewat malam tadi belum ada laporan jemaah haji Malaysia terbabit dalam tragedi ketika puluhan ribu jemaah haji secara serentak berpusu-pusu membuat ibadat melontar pada hari terakhir menunaikan haji di Mina itu.
Ada laporan sebahagian daripada mereka yang terbunuh dan cedera terdiri jemaah dari negara Asia Tenggara. Namun, kami belum dapat pastikan dari negara mana mereka berasal, katanya.
Seramai 26,000 jemaah Malaysia menunaikan ibadat haji pada tahun ini.
Ini adalah insiden kedua pada musim haji ini yang menyaksikan jemaah haji terkorban. Minggu lalu, empat rakyat Malaysia adalah antara 76 jemaah yang terbunuh apabila sebuah hotel berusia 30 tahun runtuh di Makkah.
Sementara itu, jenazah mereka yang terbunuh dalam kejadian rempuhan di tempat melontar jamrah itu sedang dikumpul dan dipindahkan ke dalam empat kontena.
Petugas Tabung Haji, Nazari Sharif, yang menyaksikan peristiwa itu berkata, kontena yang digunakan itu berada kira-kira 400 meter dari tempat kejadian.
Menurut Nazari, kontena itu sebelum ini digunakan untuk mengangkut air mineral bagi keperluan jemaah haji.
Katanya, ketika kejadian, beliau berada di tingkat bawah jamrah dan masih belum mengetahui apa yang berlaku sekalipun ada jemaah yang kelihatan terburu-buru turun dan naik ke tingkat atas.
Katanya, beliau hanya menyedari sesuatu yang buruk berlaku apabila melihat beberapa ambulans masuk ke kawasan itu dan ratusan tentera Arab Saudi mengadakan kawalan.
Berikutan itu, katanya, beliau segera mencari tempat yang agak tinggi untuk melihat kejadian berkenaan dengan jelas.
Pada waktu itu saya lihat banyak jenazah dibawa ke empat kontena berkenaan dan kotak-kotak air mineral dikeluarkan untuk menempatkan jenazah-jenazah itu, manakala yang cedera terus dibawa ke ambulans. Beberapa helikopter memantau keadaan dari udara, katanya.
Nazari menganggarkan lebih 200 mayat dibawa ke kontena itu.
Beliau berkata, tragedi itu berlaku apabila jemaah yang balik melontar merempuh jemaah yang hendak pergi melontar.
Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat Tabung Haji, Shaharudin Abu Bakar, berkata ketika kejadian kebanyakan jemaah haji Malaysia sedang berehat di khemah khas sebelum dibenarkan melontar pada sebelah malam.
Buat masa ini (semalam) semua jemaah kita di Mina, selamat. Mereka tidak melakukan jamrah ketika kejadian, sebaliknya sedang berehat di khemah masing-masing dan dijadualkan melakukan jamrah selepas solat Isyak iaitu pada jam 10 malam (3 pagi waktu Malaysia).
Kita (Tabung Haji) menerima arahan daripada pihak berkuasa Arab Saudi supaya membenarkan jemaah haji Malaysia melontar jamrah mengikut jadual ditetapkan terutama selepas solat Isyak bagi mengelakkan kesesakan di kawasan melontar, katanya.
Shaharudin berkata, kebanyakan jemaah haji Malaysia yang dijangka melakukan Jamratul Aqabah dan Kubra membabitkan mereka yang menetap kira-kira 500 meter dari kawasan lontaran berkenaan, berbanding dua penempatan lain iaitu di Mina Muassim dan penempatan haji ketiga Mina.
Untuk keterangan lanjut, waris jemaah boleh menghubungi Bilik Gerakan Tabung Haji di talian 03-78741033 atau melayari laman web www.tabunghaji.gov.my.
345 jemaah maut dipijak * 300 lagi cedera * Belum ada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat
| |
MINA, Arab Saudi 12 Jan. - Lebih 345 orang terbunuh dan lebih 300 lagi cedera apabila puluhan ribu jemaah haji terpijak sesama sendiri semasa bersesak-sesak untuk mengerjakan ibadah melontar di kawasan Jamratul Usta, di sini hari ini.
Sehingga pukul 11.50 malam ini (waktu Malaysia), tiada laporan jemaah haji Malaysia terbabit dalam insiden itu yang berlaku antara pukul 1 hingga 2 petang waktu tempatan (pukul 6 hingga 7 malam waktu Malaysia).
Ini kerana jemaah Malaysia diarah melakukan ibadah melontar pada waktu malam sahaja iaitu selepas pukul 6 petang waktu tempatan.
Bagaimanapun, Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Dr. Azmi Ahmad serta para pegawai Malaysia di sini masih menunggu laporan rasmi berhubung perkara itu.
Menurut pihak berkuasa Arab Saudi,
jumlah kematian dijangka meningkat kerana masih ramai lagi mangsa yang belum dihantar ke hospital berada dalam keadaan kritikal.
Jemaah-jemaah haji terbabit dikatakan tergesa-gesa menuju ke tempat melontar itu sebelum matahari terbenam.
Jurucakap Menteri Dalam Negeri, Mejar Jeneral Mansour al-Turki berkata, kejadian tersebut berlaku di laluan masuk sebelah timur kawasan berkenaan.
Tragedi itu dipercayai berlaku apabila beberapa buah beg terjatuh dari sebuah bas yang sedang bergerak di salah satu pintu masuk di situ menyebabkan puluhan jemaah haji tersepak beg-beg berkenaan sebelum terjadi perlanggaran sesama sendiri.
Kejadian rempuhan di kalangan jemaah masih berlaku walaupun pihak berkuasa Arab Saudi berusaha memperbaiki laluan bagi memudahkan kira-kira 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia mengerjakan ibadah melontar.
Setiap jemaah haji wajib
melakukan ibadah tersebut sebagai salah satu rukun haji.
Sebahagian jemaah haji sudah selesai melakukan ibadah melontar hari ini dan kembali semula ke Mekah untuk melakukan tawaf selamat tinggal.
Sementara itu, suasana agak cemas apabila deretan ambulans keluar masuk membawa mangsa yang cedera dan maut dalam kejadian itu.
Beberapa buah helikopter turut terlibat dalam operasi menyelamat selain menjaga keselamatan kawasan berkenaan.
Siaran televisyen Al-Arabia turut menunjukkan visual puluhan mayat dan mereka yang cedera diletakkan dalam dua buah kontena di tepi jalan besar menuju ke Jamratul itu.
Tragedi ini berlaku lima hari selepas kejadian hotel runtuh di kawasan Al Ghazzah dekat Masjidil Haram yang mengorbankan 76 nyawa termasuk empat jemaah dari Malaysia.
Kali terakhir kejadian jemaah mati
akibat terpijak ketika hendak melontar di Mina ialah pada 2004 yang mengorbankan 224 jemaah ketika berada di kawasan melontar di Jamratul Aqabah di Mina.
Tragedi paling buruk ialah peristiwa rempuhan besar-besaran sehingga menyebabkan kesesakan di Terowong Al-Muasseim di Mina pada 1990 menyebabkan 1,426 jemaah haji terbunuh termasuk 153 orang dari Malaysia. - Agensi
Lebih 300 maut di Jamrah
MAKKAH: Seramai 300 jemaah mungkin maut dipijak ketika berasak-asak untuk melontar di laluan masuk sebelah timur Jamrah semalam, tragedi kedua di Tanah Suci selepas runtuhan asrama yang mengorbankan 76 orang baru-baru ini.
Angka itu diberi sumber perubatan manakala angka rasmi melaporkan 200 korban dan 1,000 cedera setakat ini.
Kejadian berlaku ketika jemaah bergegas menyempurnakan ibadat itu, sebelum matahari terbenam semalam.
Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berkata, kejadian berlaku selepas beberapa jemaah terbabit terlanggar beg yang terjatuh dari bas di kawasan laluan.
Ada beg terjatuh daripada bas yang bergerak di depan sebuah pintu masuk ke Jamrah, menyebabkan jemaah terlanggar lalu terjatuh, tertiarap dan dipijak, kata jurucakap kementerian itu, Mansour al-Turki.
Stesen televisyen Arab, Al-Arabiya pula melaporkan, ramai jemaah terkorban dalam kejadian berkenaan.
Ketua Operasi Bencana Kementerian Kesihatan, Tarek al-Arnus yang berada di tempat kejadian berkata, masih terlalu awal untuk mengetahui bilangan sebenar mangsa.
Katanya, pasukan perubatan dan ambulans segera dikejarkan ke tempat kejadian.
Kejadian terbaru itu berlaku ketika berpuluh-puluh ribu jemaah haji mengerjakan ibadat melontar pada hari kedua di ketiga-tiga lokasi iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah.
Kawasan jamrah disifatkan paling berisiko dan beberapa tragedi berlaku sebelum ini termasuk pada 1990 apabila 1,426 jemaah maut dan pada 2004 yang meragut 244 nyawa.
Ketiga-tiga jamrah itu terletak di jejantas pejalan kaki yang luas, selebar lebuh raya lapan laluan di atas satu kawasan di Mina, pinggir kota ini.
Beberapa laluan khas menghala ke kawasan melontar itu turut disediakan dan kejadian jemaah dipijak ini berlaku di satu laluan berkenaan.
Pihak berkuasa Arab Saudi berusaha memastikan lalu lintas dapat dipermudahkan sempena kebanjiran kira-kira 2.5 juta jemaah musim ini.
Ia juga bertujuan memastikan jemaah selamat dalam menyempurnakan ibadat melontar. Agensi
No Malaysian pilgrim injured in haj stampede
MINA: No Malaysian was reportedly involved in the haj stampede between 1pm and 2pm (6pm and 7pm Malaysian time), said Malaysian haj
delegation head Datuk Dr Azmi Ahmad.
There were reports that some of those killed and injured were from South-East Asia but we are not sure which country they came from, he said while the Saudi authorities were still retrieving victims at the scene of the stampede.
Malaysians had earlier been told to perform the ritual only after 6pm (11pm Malaysian time) while the incident occurred in the afternoon after Zohor prayers.
But Dr Azmi said about five to 10 Malaysians were reported to have defied the order and went ahead to perform the ritual after the Zohor prayers.
They were being identified, he said.
He said the Saudi government had promised to issue the list of names of the dead and injured soon after the rescue operation ended.
Some 26,000 Malaysian pilgrims are here for this years haj.
This is the second
incident during this haj season that claimed the lives of many pilgrims.
Last week, four Malaysians were among 76 people killed when a hotel collapsed in Mecca.
Dr Azmi said following the stampede, Malaysian pilgrims had been told to perform the stoning ritual at dawn when the crowd would be smaller.
He said those killed and injured in the stampede had been taken to three hospitals.
The Malaysian medical team led by Tabung Haji medical director Dr Shuhaimi Ismail had been instructed to go to the hospitals to check if any Malaysians were among the victims, he said.
The AlArabiya television station reported the incident occurred on the top level of one of the three places for the stoning ritual.
In 2004, about 250 haj pilgrims were crushed to death in a similar fashion during the stoning ritual.
Tabung Haji employee
Nazari Sharif said he was on the lower floor of the multi-storey jamrat when the incident happened.
He only knew something bad had happened when several ambulances came and hundreds of soldiers began deploying in the area.
Then I saw many bodies being taken and placed in four containers that were earlier used to transport bottled mineral water.
The injured were carried into the ambulances while several helicopters hovered overhead, he said.
Nazari said over 200 bodies were taken to the containers.
Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara berhemah.. insha ALlah
layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete
untuk keterangan lanjut
New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
The AlArabiya station said 345 people were killed and the number was expected to increase. Bernama
Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara berhemah.. insha ALlah
layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete
untuk keterangan lanjut
New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
