Assalamualaikum semua,
Setelah tamat membaca artikel ini,
Klik ke laman web ini iaitu di http://mukminin.hf4l.com/
Malu pada seorang wanita itu sebenarnya di situlah letaknya keindahan dan kecantikannya.
Bersopan santun, berakhlak mulia, maruahnya dijaga kerana ia adalah harga dirinya.
Pandai bergaul tapi tidak bebas dan terbabas.
Pakaiannya kemas tapi tidak menampakkan terlalu mewah atau menunjuk-nunjuk dan tidak pula terlalu rendah mutunya kecuali tidak ada.
Berbudi bahasa, peramah dan mesra, tapi tidak mengada-ngada.
Auratnya dijaga tidak didedahkan kepada yang bukan muhramnya.
Matanya selalu ditundukkan terutama kepada laki-laki ajnabi kecuali perlu sahaja.
Bahasa bersahaja, mengikut fitrah semulajadinya, tidak dibuat-buat atau mengada-ngada.
Percakapannya dijaga, tidak menyindir-nyindir atau mengata-ngata orang atau memuji-muji diri dan keturunannya.
Suaminya dihormati dan ditaatinya, keluarga suaminya dimuliakannya.
Berkasih sayang dan berlemah lembut dengan anak-anaknya tetapi tidak terlalu dimanja dan dimewah-mewahkan.
Rajin bekerja dan mengemaskan rumahtangga budaya hidupnya.
Beribadah dengan Tuhan tidak diabaikan bahkan istiqamah ibadahnya.
Jiran dan kehormatan jiran sangat dijaga, macam menjaga keluarganya.
Ketika berjalan jauh bersama muhramnya atau bersama 3 orang wanita yang boleh dipercaya.
Tidak tamak, tidak bakhil, sentiasa baik sangka dengan suaminya.
Apatah lagi cemburu dan prejudis dengan suaminya tidak ada di benak kepalanya.
Jika suaminya susah, sanggup bersama-sama susah dengan suaminya.
Tidak suka meminta-minta dengan suaminya kecuali terlalu perlu sahaja.
Tidak suka bertanya-tanya suaminya ketika balik, Abang ke mana? Dari mana?
Buat apa di sana? Mengapa lambat balik?
Suaminya balik disambut dan dilayan dengan baik.
Di waktu itu dia tahu dan faham apa keperluan suaminya.
Hingga sikapnya itu suaminya senang, tenang, terhibur dan lapang fikirannya.
Tidak meninggikan
suara dengan suaminya, kalau dia bersalah cepat meminta maaf dengan suaminya.
Kesalahan dan kesilapan suaminya dilupa-lupakan sahaja.
Tidak mengungkit-ungkit suaminya, sekalipun di waktu dia tidak senang dengan suaminya.
Itulah kecantikan dan keindahan seorang wanita.
Manalah hendak kita cari wanita semacam ini sekarang?
Tuan2 dan Puan2,
Klik
ke laman web ini iaitu di http://mukminin.hf4l.com/
Wassalam.
Yahoo! Photos Showcase holiday pictures in hardcover
Photo Books. You design it and well bind it!
Yahoo! Photos
Ring in the New Year with Photo Calendars. Add photos, events, holidays, whatever.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
