SIS tu sebenarnya mmg kena tukar nama dia. Mmg most of the point tiap kali diorang2 ni bukak mulut bercanggah dgn Islam. Nama SIS tu mmg x layak langsung dgn kumpulan ni...

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Dunia nak kiamat dah.....bersedialah kita semua...
  apabila org jahil membicarakan isu agama.......
  bodoh tindakan yang tv3 ambil...memang bodoh...
  inilah islam hadhari katanya..........



Date: Sat, 14 Jan 2006 13:57:26 +0800
From: norjannah mohamed noh <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Tindakan TV3 pilih panel hina Islam dikesali




  Tindakan TV3 pilih panel hina Islam dikesali
Wednesday, January 11 @ 12:57:38 MYT


Oleh SAIDATUL AMANI
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Hrkh) - Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan berharap pihak TV3 khususnya penerbit rancangan Wanita Hari Ini perlu berhati-hati memilih ahli panel bagi membincangkan isu yang berkaitan dengan hukum Islam.

Ketuanya, Ustaz Salleh Sani Al-Hafiz berkata, ahli panel yang bercakap tentang Islam perlu terdiri daripada seorang yang mahir atau arif dengan perundangan Islam dan bukannya mempertikaikan hukum Islam.   Beliau berkata demikian ekoran kenyataan yang mempertikaikan hukum Islam oleh wakil Sister's In Islam (SIS) dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang disiarkan jam dua petang pada hari Jumaat lalu.   Menurut beliau, wakil SIS itu telah mempertikaikan tentang pembahagian harta pusaka yang tidak adil kerana hak isteri hanya mendapat separuh daripada suami manakala jika suami itu mempunyai anak hak isteri hanya mendapat 1/8 sahaja.   Katanya, wakil SIS itu juga mempertikaikan tentang hak talak mengapa hanya diserahkan kepada suami sahaja.   Sehubungan itu, Ustaz Salleh Sani berkata, jika wakil SIS itu mengaku Islam dia tidak patut mengeluarkan kenyataan itu kerana jelas bercanggah dengan ajaran Islam.   Menurutnya, orang seperti ini tidak sepatutnya diberi peluang dan ruang untuk
mengeluarkan pandangan, cadangan dan kenyataan di tv yang disiarkan secara langsung.   "Rancangan itu ditonton seluruh Malaysia kalau wakil SIS yang terdiri daripada orang Islam boleh mencabar hukum Islam, apatah lagi orang yang jahil tentang Islam," katanya.   Menurut beliau, dari segi hukum orang yang mempertikaikan hukum Islam boleh membawa murtad kerana hukuman itu sudah ada nas yang jelas.   Dewan Ulama PAS Wilayah amat kesal dengan kenyataan tersebut dan berharap pihak kerajaan khususnya Jabatan Perdana Menteri tidak membiarkan kumpulan seperti ini untuk terus menghina Islam.   Beliau berharap pihak kerajaan perlu menasihati kumpulan yang menghina Islam supaya sikap itu tidak akan merosakkan akidah mereka.   "Saya sedih kumpulan seperti ini diberi peluang bercakap tentang hukum Islam. Kumpulan seperti ini jika bercakap tentang Islam dan tidak ada orang yang membetulkan kenyataannya sudah pasti ramai orang akan terpengaruh dengan mereka," tegasnya.   Tambahan pula katanya, umat
Islam masih mempunyai tahap pengetahuan Islam yang sangat rendah.   Menurut beliau, kejahilan itu membuktikan kegagalan sistem pendidikan yang tidak menekankan tentang pendidikan Islam sebaliknya pendidikan yang ada sekarang belum boleh melahirkan orang yang mahir tentang perundangan Islam.   Sebaliknya tambah beliau, umat Islam hari ini akan lebih mudah dipengaruhi dengan idea barat atau mereka yang memusuhi agama Islam. - mks.
 



Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke