Orang ramai diminta hadiri demonstrasi pertahankan kuasa mahkamah syariah
Tuesday, January 17 @ 14:47:40 MYT


Oleh SAIDATUL AMANI
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Hrkh) - Umat Islam di Selangor dan Wilayah Persekutuan diminta hadir dalam demonstrasi mempertahankan kuasa Mahkamah Syariah Perkara 121 (A) selepas solat Jumaat ini (20 Januari 2005).

Demonstrasi tersebut anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dan akan diketuai Ketuanya, Salahuddin Ayub serta exco Pemudanya yang akan berkumpul di pekarangan Masjid Negara untuk menyerahkan memorandum bagi mempertahankan kuasa Mahkamah Syariah tersebut kepada Pesuruhjaya Suhakam.
Beliau yang menghubungi Harakahdaily menyeru orang ramai berkumpul di pekarangan Masjid Negara untuk sama-sama membantah bagi pertahankan kuasa mahkamah syariah pada hari berkenaan.
Selain itu, Dewan Pemuda akan turut memfailkan saman terhadap kerajaan kerana meneruskan pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
Katanya, saman tersebut akan dilakukan pada pagi Jumaat tersebut jam 11 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Ketua Penerangannya, Mohamed Hanipa Maidin berkata, tindakan saman itu perlu dilakukan kerana pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris itu bertentangan dengan Akta Kebangsaan, Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. - mks
Advertisement
Black Knight - Ramuan Khas Untuk Lelaki:
Black Knight diadun dari campuran herba terkenal yang mempunyai banyak khasiat seperti Mengkudu, Roselle , Tongkat Ali dan Gingko Biloba. Oleh itu, kombinasi 4 herba unggul ini untuk kesihatan manusia telah menghasilkan suatu produk yang telah melalui penyelidikan canggih yang diberi nama BLACK KNIGHT khusus untuk memperkayakan kehidupan lelaki hari ini.


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke