Lagi rumah diroboh MPAJ di Kampung Fajar pagi tadi
Tuesday, January 17 @ 14:06:03 MYT


Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Hrkh) - Beberapa buah rumah setinggan di Kampung Fajar Hulu Kelang yang kosong telah dirobohkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Meskipun pada asalnya MPAJ dikatakan hendak merobohkan semua rumah setinggan di penempatan setinggan tertua di Selangor itu, tetapi akhirnya dengan ada campur tangan polis hanya rumah yang telah dikosongkan sahaja dirobohkan, kata wakil penduduk, Nazri Ibrahim yang ditemui dilokasi kejadian pagi tadi.
Menurut Nazri penduduk enggan berpindah berikutan tiada jaminan penempatan dari pihak berkuasa tempatan sekiranya mereka keluar dari rumah.
"Perkara ini tidak pernah dibawa berbincang.Ahkirnya pada pertengahan Disember lalu kami menerima notis dari MPAJ yang mahu kami mengosongkan rumah," katanya.
"Kami juga kesal, wakil rakyat tidakpun turun untuk mendengar rintihan penduduk," katanya.
Harakahdaily difahamkan, berikutan desas desus MPAJ mahu merobohkan setinggan di Kampung Fajar,penduduk sejak dua malam lalu telah berjaga dan mengawal sekitar jalan masuk ke kampung tersebut.
Setibanya Harakahdaily ke lokasi pagi tadi, lebih 50 orang mula berkumpul dan menaikkan sepanduk yang berbunyi 'Kami Tak Mahu Pindah Selagi Rumah Tidak Siap'.
Malah kelihatan kanak-kanak turut mengusung sepanduk membantah pengusiran penduduk itu.
Bagaimanapun pada jam 11.00 pagi, pasukan polis dari Balai Polis Ampang Jaya yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ASP Azri Ahmad tiba dilokasi kejadian bertemu dengan pihak penduduk.
Satu perbincangan kecil diadakan antara wakil penduduk dengan wakil MPAJ, Awang dengan disaksikan ASP Azri sendiri.
Dalam perbincangan tersebut Azri sebagai orang tengah menetapkan MPAJ hanya boleh meroboh rumah kosong dan rumah mereka yang telahpun mengambil wang pampasan dari MPAJ bernilai RM1500.
"Saya mahu semua pihak tidak menimbulkan sebarang kekecohan.Kepada pihak setinggan mereka boleh mempertahankan hak sekiranya mereka mendapati termaktubnya hak mereka dalam hal tersebut," kata ASP Azri.
Malah ASP Azri turut menasihatkan semua pihak untuk melanjutkan perbincangan dengan pohak berkuasa termasuk kerajaan negeri dalam masa terdekat ini.
Perbincangan yang mengambil masa 15 minit itu selesai dengan semua pihak bersetuju dengan arahan ASP Azri.
Terdahulu sebelum itu seorang penduduk, Alias Omar yang menetap di kawasan itu sejak 40 tahun lalu berkata, beliau kesal sehingga kini MPAJ mahupun pihak kerajaan tidak memberi jaminan kepada penduduk sebuah rumah yang siap sebagai ganti.
"Yang dijanjikanpun (rumah flat di Sungai Sering) belum siap lagi.Jadi kami tidak mahu berpindah selagi rumah yang dijanjikan belum siap,"katanya.
Sumber penduduk yang enggan namanya disiarkan berkata, setakat ini tidak ada 'hitam putih' berhubung proses pemindahan dan jaminan rumah sekiranya mereka berpindah dari setinggan tersebut.
Sehubungan itu katanya penduduk tetap berkeras untuk tidak berpindah selagi pihak berkuasa tidak memberi jaminan yang jelas dan bertulis mengenai hak mereka, katanya.
Setinggan Kampung Fajar diteroka oleh penduduk kampung tersebut sejak 50 tahun lalu.
Kira-kira 60 keluarga berbangsa India dan 65 keluarga Melayu tinggal di kampung tersebut dalam suasana yang aman damai serta bersatu hati.-wn.
Advertisement
Black Knight - Ramuan Khas Untuk Lelaki:
Black Knight diadun dari campuran herba terkenal yang mempunyai banyak khasiat seperti Mengkudu, Roselle , Tongkat Ali dan Gingko Biloba. Oleh itu, kombinasi 4 herba unggul ini untuk kesihatan manusia telah menghasilkan suatu produk yang telah melalui penyelidikan canggih yang diberi nama BLACK KNIGHT khusus untuk memperkayakan kehidupan lelaki hari ini.


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke