Insinerator: Penduduk Broga bantah EIA baru![]()
Tuesday, January 17 @ 11:34:17 MYT
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Hrkh) - Jawatankuasa Penduduk Broga melahirkan rasa tidak puas hati dalam satu pertemuan selama dua jam bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) kerana laporan Tahap Kualiti Alam Sekitar (EIA) yang baru telah dikeluarkan sedangkan EIA yang lama tidak lagi diluluskan dan masih dalam proses mahkamah.
Pertemuan yang diadakan di pejabat JAS, Putrajaya itu dihadiri kira-kira 100 orang wakil penduduk Broga.

Pengerusi Jawatankuasa No Insinerator di Broga, Zulkifli Muhammad Omar mengetuai perbincangan itu turut mengemukakan sebanyak 3,147 ulasan EIA daripada penduduk Beroga kepada Pengarah Penilaian JAS Halimah Hassan.
"Kami rasakan ada sesuatu perkara yang kurang wajar
berlaku bagaimana EIA yang dulu tidak diluluskan timbul pula EIA yang baru diberi kepada rakyat untuk dinyatakan komen mereka, tambahan pula EIA baru itu dikeluarkan dalam tempoh yang singkat," katanya dalam satu sidang media yang diadakan selepas pertemuan itu.
Tambahan pula katanya, laporan EIA tersebut ditulis dalam Bahasa Inggeris menyukarkan penduduk untuk memahami dan membuat ulasan tersebut.
Justeru, beliau meminta JAS mengeluarkan laporan EIA dalam dwi bahasa memandangkan tidak ramai di kalangan penduduk yang fasih Bahasa Inggeris.
Berhubung ulasan yang diberikan terhadap laporan EIA itu, beliau berkata kebanyakannya masih tidak berpuas hati dengan dengan laporan berhubung pelupusan cara 'landfill' (menimbus).
Jelasnya, pembinaan 'landfill' untuk insinerator itu tidak sesuai kerana ia masih berada dalam kawasan tadahan air, kawasan bercerun tinggi dan kawasan membangun.
Laporan kedua EIA projek insinerator itu dikeluarkan oleh JAS pada pada
minggu ketiga Disember tahun lepas. Ia merupakan pembaharuan kepada EIA pertama untuk projek insinerator terbesar negara yang mampu mengendalikan 1,500 tan sisa pepejal sehari itu. - mks.
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
Advertisement
| Black Knight diadun dari campuran herba terkenal yang mempunyai banyak khasiat seperti Mengkudu, Roselle , Tongkat Ali dan Gingko Biloba. Oleh itu, kombinasi 4 herba unggul ini untuk kesihatan manusia telah menghasilkan suatu produk yang telah melalui penyelidikan canggih yang diberi nama BLACK KNIGHT khusus untuk memperkayakan kehidupan lelaki hari ini. | |
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.