Assalamualaikum,
Sekadar pandangan dari saya yang masih meraba-raba mencari galah untuk memetik cempedak nun di luar pagar...
 
Perbincangan di alam siber hanyalah satu uslub tetapi bukan satu-satunya uslub. Perbincangan secara tuntas hanya dapat dilakukan dengan bertemu secara empat mata. Pertemuan fizikal itu lebih awla kerana apa yang ditulis mungkin tidak sama dengan yang dimaksudkan.
 
Seorang rakan saya pernah memberitahu berkenaan dengan pesanan Imam Syafie untuk memperolehi ilmu. Salah satu darinya ialah mempunyai hubungan baik dengan guru. Maka ilmu akan mudah didapati. Di alam siber ini despite its constraints, ilmu masih juga boleh diperturunkan jika mempunyai hubungan baik dengan "tukang sampai". Perbincangan akan suatu isu di dalam email peribadi lebih menjelaskan maksud yang tersurat. Better off jika dapat jumpa maka segala pre-conceived idea yang tak tepat dapat dihilangkan. Ingatkah saudara/i bagaimana dakwah Rasulullah dilakukan? baginda approach "bakal pelanggan" dengan pertemuan fizikal, tidak melalui wakil atau dengan surat...
 
Wassalam.

 
On 1/18/06, JamalAbdillah <JamalAbdillah> wrote:
Assalamualaikum,
 
Adakah komen sdra ditujukan pada saya ?
 
Tengah ada masa skit ini, dah nak masuk bulan 2 kerja akan banyak, tak gerenti boleh ada di group ni lagi. Anyway, saya jawab sikit lah.
 
Kita nak berbincang, kebanyakkan perbincangan menerusi pendapat individu iaitu apa yang dipegang di hati masing2.
Kita bukan hendak mewartakan hukum. Bukan untuk berceramah. Semasa menuntut ilmu kita wajib ada guru. Semasa berbincang tidak perlu. Jika salah, katakan di mana salahnya. Semoga yang salah akan berasa salah dan memperbetulkan.
 
Dalam Ilmu islam, apa yang ditelah dibelajar, disampaikan, Praktikkan.
 
Kalau belum, kata wallahualam, ana tidak tahu. Kalau nak tunggu sampai Z baru nak memberi pandangan..Dr.Yusof Qardawi kena mengajar sorang2, Bincang sorang2.
masyaAllah
 
Sesekali bila, pembawa isu mengeluarkan petikan Ayat Al-Quran. Tidak salah dan yang tak qulified pun boleh cerita pasal ayat yang di bacanya. Ayat2 yang bersifat 'jelas''  seperti...."Dan Janganlah kamu mendekati zina.." Kalau kita bincang dan bincang insyaAllah dapat menguatkan iman kita, dan menghindar apa yang dilarang. Betul tak?
 
Cuma bila ada ayat2 yang tidak sampai ilmu kita untuk dibuat perbincangan, saya undur diri. (Sila baca tulisan di bawah dgn habis).
 
Islam itu sempurna, manusia tidak.
 
Wassalam
 
 
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Alhamdulilah,
Masih ada orang yang ada ilmu dan pengetahuan dan berani menjawab dan memberi teguran. Tegur dan nasihatkanlah saudara2 kita dengan kasih sayang.Bukan tak boleh berbincang pasal ugama, tetapi kena ada pengerusi/moderator yang qualified. Kalau tak ada, lebih baik diam sahaja atau tanyakan tok2 guru kita. Itu salah satu adat belajar. Mulakan dengan A B C. Step by step.

[EMAIL PROTECTED] wrote:
Bismillah..
Firman Allah,

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-
Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-
ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas
maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-
Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang
samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham
yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-
orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka
mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk
mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya
menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui
Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-
orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu
ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari
sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan
peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
Al-Imraan : 7

Assalamualaikum,

Ayat dia atas insyaAlah menjawab tulisan 'budak UKM' yang diposted
oleh cik suria. Ayat yang diposted dari surah Al-Anfaal, merupakan
ayat di saat nabi sedang menghadapi peperangan.

Allah suruh kita jangan berpecah-belah dari 'tali'nya, (sila ruj al-
imraan:103)Menurut para ulama tafsir 'Tali' itu adalah Agama Islam.
Semua ulama seluruh dunia dari zaman dahulu hingga sekarang setuju
Islam adalah menyeluruh.

Orang2 yang tidak menolak hukumNya, maaf cakap..pegi pegang tali
lain . Maknanya yang tak mewajibkan zakat tidak termasuk dalam
package tu, yang menghalalkan pusat judi, riba, penyokong
yang 'gembira ria' tu pun tak termasuk.

Di Zaman Abu Bakar r.a , Golongan tak mewajibkan zakat perangi.Pecah
belah ke tu?

Apa yang orang2 PAS faham ialah setiap pemerintahan pasti ada
kekurangannya dengan Allah,

Allah maha pengasih, pengampun dan maha pemberi pertolongan.

maka, bertaubat, mengaku dan berusaha dan berusaha membaiki adalah
lebih baik dari Sombong, Alasan dan menghalalkan yang haram. Semua
kerana kuasa untuk bermewah-mewah hanya segelintir yang ikhlas.


Contoh orang muadzin yang pekat bahasa jawanya bila Azan
kebanyakkannya..'Aulo hu Akhbbarr..Aulo
kemudian dia mengeluh bila ada orang tegur, aku tak boleh nak
ubah..katanya, sedih.

Sebenarnya disisi Allah, pahala sebutan Muadzin itu berganda.

Begitulah juga dalam hukum hakam dunia, kita dah terjebak dengan
pattern sekuar inggeris, kita ubah lah dengan sedaya upaya sambil
mengaku kesilapan lalu. Mengaku! Ini, Jangan belit pemikiran orang
islam, Sudah 40 tahun, masih ada pusat judi terbesar. Itu sekadar
contoh. Kalau masih ada extention project and renovation
maknanya 'benda' tu takkan terhapus selagi bukan peralihan kuasa.

Ayat dari surah Al-Imraan di atas bukan tujuan saya untuk berfakta,
sebab bukan taraf saya untuk berfakta menggunakan Al-Quran, Saya
sebagai 'end user' dalam islam (dikira cheykai la). Sebab itulah
adanya rujukan ijmak ulama, ulama sebagai pengantar, penterjermah
yang diiktiraf. Ulama yang qualified ada tanda2nya, itu cerita hari
lain.

Diharap selepas ini elakkan menggunakan ayat-ayat2 mutasyabih
sebagai fakta debat, kita bukan ulama.
Ayat2 'pokok, yang jelas iaitu muhkam, pun tak larat kita patuh,

contoh..Riba,
Sesiapa yang memakan Riba...menjalankan Riba , menghalalkan Riba.
Judi dan betenung nasib, yang menghalalkan judi.

Na'uzubillah.

(adab2 beremail ialah: jika ada perbincangan potongan Ayat Al-Quran,
Utamakan ia, iaitu yang paling atas, harap maklum, jangan kurang
adab)

Sekarang kita balik kepada soal yang remeh temeh, macam kes Yusof
islam berdakwah tanpa Poitik. Yusof Islam berbaik2 dengan kerajaan
British dalam menawarkan khidmatnya dalam akademik dan dakwah
komuniti islam di British. Pasti ada involved in politics kalau
tidak macammana nak dapat kelulusan, kalau dia tak dapat kelulusan
dia juga akan menggunakan political strategi juga untuk
memperjuangkan.

Kelantan dah islamic ke belum, jawapannya..Belum? tetapi lebih baik
dan islamic dari semua negeri. Kenapa belum? sebab bukannya kerajaan
100%. Ada kerajaan pusat. Kan Proposal Undang2 islam di 'Cancelled'
siap dengan gelak dari mata dunia yang Maha kuasa tu pulak, tak
ingat ke? Selagi di bawah kerajaan pusat, tiada apa yang akan
berubah.

Jenayah di Kelantan meningkat ke? saya anggap ya sajalah, sebab apa
meningkat? sebab kawan2 sedacing pun dah ramai , dah kuat.
Apa ingat Dacing tak sembahyang ke?
Yang baik tu baik la...
Saya cuma refer yang buat Artis2 keterlaluan, jenayah, penagih,
perompak tak ada yang penyokong PAs pun. Pelik. Diorang beruntung
ada Usatazah, Ustaz yang benci dengan PAS menolong menaikkan
mertabat mereka di mata dunia.

Ada pulak modal pusingan pembenci PAS yang paling sensasi, pasal
imam 2 surau 2. Ini soalan matematik. Sila bawa caculator sekali ya..

Terjadi pun 2 kali sahaja. Itu di Kelantan, kawan dari kelantan
cerita sebab isu tak puas hati AJK la, entah apa-apa. Terus
menjangkit ke isu Parti dan kebencian individu. Sekarang dah selesai.
Tak nak tanya ke siapa yang mengalah dalam isu ini.

Ada 1 kali di lembah kelang, tapi ternyata tuduhan palsu kerana
bukan imam 2 tetapi kebetulan imam 2nd datang sembahyang lambat
(jamaah 1st dah selesai) kemudian makmum yang lambat pun ramai,ikut
jadi ramai. Soal ini diperbesar sebab ada advantage bagi pihak
pmbenci PAS.
Patutnya kita bincang kalau orang yang tidak menghukum dengan kitab
Allah, surau mereka kita boleh berjemaah tak? kalau boleh, bolehah,
alhamdulillah.
Lagi satu bincang imam yang ada ke sifat 'Bulan' dipecat beramai-
ramai.

Tu, cerita budak makan kuah dengan minum air paip tu tak faham la.
Minta maaf. Pada saya budak2 memang kita patut sayang dan rasa
kasihan. Semoga nasib mereka lebih baik di masa akan datang.

Oh ya, ada satu perkara iaitu PAs pernah dikatakan bersekongkol
dengan DAP. Saya dulu memang tak setuju.
Akhirnya Allah membantu, DAP keluar dah. DAP kata no to islamic
state! biasalah tu dia kan kafir. Yang Islam pun kata no to Islamic
State because of...bla..bla
Akhirnya MCA pun sambil berbatuk2 ..No ehemm to Islamic...ehem state
to...ehem, mereka kekal bersekongkol dengan Islam Hadhari. Lagi
bahaya ni...

Setakat ni dulu, bagi orang2 islam diharap bersatu dalam islam

Orang2 perempuan jangan bermain api dalam forum politic, bukan apa,
kalau terkahwin dengan pembangkang, takkan nak mintak cerai.
Wanitaa2 kena faham, gejala hak asasi manusia sekarang banyak
merunthkan kewanitaan islam sekarang.

Dalam islam wanita adalah yang suci, terpelihara dan hebat. Kira2
mereka adala mudah disisi Allah. Taat Allah, taat suami (tak kira
parti mana). Plihlah mana2 pintu syurga.

Selain wanita (lelaki la) amat susah kira2nya disisi Allah, iman,
tawakal, taat, amalan, dakwah, akidah dan macam2...yang nampak baik
belum tentu selamat.

wassalam





 


Yahoo! Photos
Got holiday prints? See all the ways to get quality prints in your hands ASAP.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS






--
Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke