Gulnoza Saidazimova
A EurasiaNet Partner Post from RFE/RL
Penguasa Tajikistan menyatakan pada 16 Januari bahawa 99 orang termasuk 16 wanita penyokong (dipercayai ahli) Hizb ut-Tahrir ditahan tahun lepas. Kebanyakkan mereka (38 orang) dijatuhkan hukuman penjara yang panjang atas kesalahan "kegiatan ekstrimis". Pakar berkata serangan pembanterasan Hizb ut-Tahrir oleh kerajaan di wilayah terbabit menyebabkan peningkatan jumlah ahli dan penyokong beberapa tahun kebelakangan ini.
Sukar untuk dianggarkan jumlah keahlian Hizb ut-Tahrir di Asia Tengah. Sesetengah pakar mengatakan jumlahnya menjangkau ribuan yang rata-ratanya menyebarkan seruan untuk mengembalikan Khilafah Islam atau Daulah Islam. Ahli Hizb ut-Tahrir berkata jumlah mereka
menjangkau angka puluhan ribu.
Setiausaha Menteri Keselamatan, Abdulqader Mohamadiev mengatakan dua diantara yang ditahan adalah pimpinan Hizb ut-Tahrir.
"Menurut siasatan, salah seorang dari mereka ialah timbalan ketua (wilayah) parti berkenaan di Tajikistan , dan penyelaras pejabat Soghd (utara Tajikistan ) sedang menjalankan siasatan kes tersebut" kata Mohamatiev. "Seorang lagi, siasatan keatasnya hampir selesai, adalah ketua unit parti berkenaan di bahagian utara
Tajikistan (Soghd). Kedua-duanya ditahan dan kes mereka diperingkat Akhir."
Seruan Kepada Khilafah
Hizb ut-Tahrir atau Parti Pembebasan ditubuhkan pada tahun 1950an di Timur Tengah dan dikenali di Asia Tengah sekitar pertengahan 1990.
Wakil Hizb ut-Tahrir berkata, kegiatan parti itu ada aman dan tidak
terlibat dalam politik keganasan, hanya mengajak dan menyeru kaum muslim kepada penegakkan Khilafah.
Tetapi kerajaan Uzbekistan , Tajikistan , Kyrgyzstan , Kazakhstan dan Rusia menganggap parti itu sebagai pertubuhan ekstrimis. Dan beratus-ratus ahli yang ditahan sekarang menjalani hukuman penjara diserata Asia Tengah atas kesalahan "ekstrimis agama" yang membawa ancaman kepada undang-undang dan perintah.
Tetapi banyak pertubuhan hak kemanusiaan tidak menyenangi tindakan penahanan tersebut. Mereka mendakwa kerajaan Uzbek cuba untuk melumpuhkan semua bentuk kegiatan politik dan berkata biarpun secara aman, kaum Muslim tetap menghadapi risiko kezaliman.
Menyokong Kebangkitan
Biarpun dipenjarai, bilangan ahli dan penyokong Hizb ut-Tahrir terus bertambah dalam negara-negara terbabit di wilayah itu.
"Bukan hanya bilang ahli mereka bertambah, bahkan penyokong mereka juga bertambah" seorang wanita Uzbek yang mengaku dirinya ahli pertubuhan tersebut, yang juga ibu kepada dua orang anak yang sedang dalam tahanan. "Mengapa demikian? Sebab rakyat mahupun sistem yang adil.
Mereka ingin tinggal dalam keadilan dan kesaksamaan dalam pemerintahan. Kini tidak ada keadilan ! Penyelewengan dan rasuah dimerata-rata. Pengangguran adalah masalah besar rakyat. Sebab itulah mereka memahami ayat-ayat Allah. Sejak abad ke 7, apabila Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam wafat, Khilafah diwariskan selama 14 abad. Ianya adalah sistem yang adil. Saya yakin bahawa jika orang memahami perkara ini, mereka akan lebih adil (dalam kehidupan)"
Pemerhati mengatakan kumpulan keagamaan, termasuk Hizb ut-Tahrir, kadangkala menjadi tempat untuk meluahkan bangkangan terhadap polisi kerajaan dimana hak kemanusian sering dicabuli dalam situasi krisis ekonomi.
Saluran Untuk Membangkang
Hizb ut-Tahrir menjadi semakin aktif dan dilaporkan mempunyai jumlah penyokong terbanyak di Uzbekistan -walaupun mendapat tekanan hebat dari penguasa. Pakar mengatakan kejayaan Hizb ut-Tahrir di Uzbekistan adalah kerana kelemahan kerajaan sekular menyalurkan suara bangkangan.
Tetapi kumpulan itu terus aktif di Kyrgyrzstan
akhir-akhir ini, dimana jumlah kerusi parti pembangkang bertambah terutama selepas penggulingan kuasa bekas Presiden Askar Akayev Mac 2005.
Michael Hall, pengarah projek International Crisis Group's (ICG) di Asia Tengah berkata dari Bishkek, sokongan kepada Hizb ut-Tahrir adalah kerana dasar keterbukaannya seperti di Kyrgyzstan.
Hall berkata lagi, "Saya fikir luahan pandangan melalui politik adalah sebahagian darinya. Tetapi yang menjadi asas adalah keadilan, keboleh-percayaan dan kesaksamaan. Apabila rakyat merasakan tidak puashati dengan sistem sedia ada, mereka (pada pandangan saya) dapat menerima kenyataan yang
mencadangkan agar Khilafah mampu mengatasi permasalahan ini. Di Kyrgyzstan, dimana institusi negara sangat lemah, dan tiada masa depan, saya rasakan ianya merupakan faktor penyumbang kepada peningkatan sokongan Hizb ut-Tahrir"
Minggu lepas, Kyrgyzstan menyambut Aidiladha, Hari Raya Korban, pihak penguasa menahan beberapa orang di bahagian selatan Bandar Osh dan mendakwa mereka ahli Hizb ut-Tahrir.
Penguasa Kedekut
Tangkapan dilakukan ketika mana tahanan sedang memasak untuk diagihkan kepada yang memerlukan sempena musim cuti. Tahanan menafikan keahliannya dalam Hizb ut-Tahrir dan menentang tindakan penguasa terhadap rakyat tempatan yang sedang menjalankan aktiviti pendermaan.
Rafiq Qori Kamoliddin adalah seorang ulamak dari Osh .
"Penguasa melakukan sesuatu yang menghapuskan 'mood' perayaan, menangkap dan menindas mereka" Kata Kamoliddin. "Mereka
lakukannya sewenang-sewenangnya kerana mereka tidak mengerti kehendak rakyat. Ini masalah politik yang serius. Mereka mencabul hak orang-orang Islam"
Kamoliddin menyifatkan tindakan kerajaan ini meningkatkan simpati kepada Hizb ut-Tahrir.
Michael Hall pula menambah, persepsi kepada ketidakadilan sistem dirantau ini berubah, sokongan kepada Hizb ut-Tahrir akan terus bertambah. Kecuaian kerajaan menangani masalah pengangguran dikalangan remaja hanya menambahkan risiko dan menjadikan masalah itu semakin rumit.
17 Januari 2006
http://www.eurasianet.org
Sumber: RFE/RL
Yahoo! Autos. Looking for a sweet ride? Get pricing, reviews, & more on new and used cars.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
