Assalamu'alaikum....
SIS tak payah nak cakap banyak laa tentang undang2
Islam...Pada saya, Pengerusi SIS sendiri secara
terang-terangan MENOLAK Islam sbb dia secara nyata dan
jelas melanggar HUKUM Islam apabila tak tutup.
Dia tak tahu ker yang dalam Islam ni diwajibkan tutup
'aurat? Kalo dia dah keluar kat TV, nak bercerita
pasal hukum2/undang2 Islam, tetapi dalam masa yang
sama dia sendiri melanggar hukum2/undang2 Islam, agak2
kita boleh pakai ke hujah2 dia? 
'Aurat bagi wanita Islam ialah seluruh tubuh kecuali
muka dan tapak tangan. Yang paling simple macam tu pun
tak boleh ikut, ada hati nak argue pasal hal2 yang
lagi complicated spt undang2 keluarga dalam Islam....

APA....TAK CUKUP SEMPURNA LAGI KE HUKUM ALLAH YANG
MAHA AGUNG NI? DAH TU, NGUCAP SYAHADAT BUAT APE????

Dalam mengamalkan Islam ni, yang bersalahnya kita yang
mengamalkannya, bukan undang2 yang salah mintak, tapi
kita yang salah ikut, salah faham! Sbb tu dalam
Al-Quran, Allah berfirman..
" WA LANAB LUAN NAKUM BI SYAI IN MINAL KHOUFI WAL
JUU'I WA NAQ SHIM MINAL AMWAALI"
Tau apa maksud???

WASSALAM.


--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:

> 
> [EMAIL PROTECTED],
> [EMAIL PROTECTED] wrote: 
> ---------- Forwarded message ----------
> From: R2G 
> Date: Jan 20, 2006 11:47 AM
> 
> 
> *Polemik Rang Undang-Undang Keluarga Islam *
> 
> *(Wilayah Persekutuan)(Pindaan) 2005 *
> 
> 
> 
> Pada 26 September 2005, Dewan Rakyat telah
> meluluskan Rang Undang-Undang
> Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005
> ("UUKI") dengan tujuan
> memperbaiki Akta Undang-Undang Keluarga Islam
> (Wilayah Persekutuan) 1984 dan
> untuk memastikan agar ianya akan memupuk dan
> menegakkan keadilan. Isu ini
> mula hangat diperkatakan rakyat Malaysia dari
> segenap lapisan masyarakat
> apabila ia menimbulkan kontroversi setelah dikatakan
> mengandungi
> diskriminasi dan penindasan terhadap wanita Islam di
> negara ini. Susulan
> dari itu, Kabinet pada 11 Januari 2006 telah
> menangguhkan pewartaan UUKI ini
> yang mana menurut Menteri Di Jabatan Perdana
> Menteri, Datuk Seri Mohamed
> Nazri Aziz, ia tidak akan diwartakan sehingga kajian
> semula mengenainya
> dilakukan *[Utusan Malaysia 13/01/06].*
> 
> * *
> 
> Seperti biasa, peruntukan tentang poligami menjadi
> fokus utama oleh
> golongan-golongan *feminis* disamping beberapa isu
> lain yang dikatakan
> condong kepada lelaki. Pelbagai pihak terutamanya
> badan-badan bukan kerajaan
> (NGO-NGO) yang memperjuangkan hak-hak wanita telah
> mengkritik hebat
> peruntukan tersebut sehingga Perdana Menteri
> Malaysia 'terpaksa' tunduk
> kepada tekanan dan memberi jaminan bahawa kajian
> semula akan dijalankan
> mengenainya. Sautun Nahdhah kali ini menjemput kaum
> muslimin dan muslimat
> untuk melihat dan menyelesaikan isu ini dari
> perspektif syara' dan bukan
> penyelesaian dari mana-mana individu, menteri,
> NGO-NGO dan lain-lain sumber
> yang berasal selain dari Islam. Walaupun terdapat
> beberapa isu yang ingin
> kami perjelaskan, namun disebabkan keterbatasan
> ruang, kami hanya akan
> memfokuskan perbincangan kepada isu yang 'sentiasa
> mengerikan' bagi
> sesetengah wanita iaitu poligami. Antara peruntukan
> yang diperdebatkan dan
> dikatakan mendiskriminasi kaum wanita (terutamanya
> oleh Sisters In Islam,
> SIS) yang terdapat dalam UUKI adalah seperti berikut
> *[
> www.sistersinislam.org.my]*:-
> 
> * *
> 
> *Hujah SIS **1** - Seksyen 23(3) dan 23(4)(a):
> Menjadikan poligami lebih
> senang terhadap lelaki *
> 
> Peruntukan asal seksyen 23, Akta Undang-Undang
> Keluarga Islam (Wilayah
> Persekutuan) 1984 memperuntukkan bahawa perkahwinan
> yang dicadangkan itu
> hendaklah *'patut dan perlu'* tetapi dipinda kepada
> *'patut atau perlu'*.
> Ini bermakna suami hanya perlu memenuhi syarat
> *'keperluan'* untuk
> berpoligami dan tidak perlu membuktikan persoalan
> *'kepatutan'* kepada
> Mahkamah. Ini bertentangan dengan penghakiman
> Jawatankuasa Rayuan Syariah
> dalam kes *Aishah vs Wan Mohd Yusof *(1990)7 JH 152
> yang menekankan bahawa
> kesemua syarat di bawah sub-seksyen ini sama
> pentingnya dan hendaklah
> dibuktikan berasingan. **
> 
> 
> 
> *Kekeliruan SIS** : *a) SIS nampaknya tidak bersikap
> adil di mana mereka
> hanya memetik sebahagian dari peruntukan tersebut
> dan terus membuat
> penafsiran. Peruntukan penuh Seksyen 23(4) berbunyi
> " *bahawa perkahwinan
> yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu,
> memandang kepada antara lain,
> hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, (i)kemandulan,
> (ii)keuzuran jasmani,
> (iii)tidak layak dari segi jasmani untuk
> persetubuhan, (iv)sengaja ingkar
> mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak
> persetubuhan, atau gila di pihak
> isteri atau isteri-isteri yang sedia ada"; *Para
> pengamal undang-undang
> menginterpretasi bahawa bahawa persoalan "patut atau
> perlu" tersebut hanya
> timbul di dalam 4 perkara di atas sahaja dan tidak
> dalam perkara-perkara
> lain. Maksudnya, si suami hanya perlu membuktikan
> bahawa dia "patut atau
> perlu" kahwin sekiranya permohonan poligami tersebut
> adalah berdasarkan 4
> alasan tadi *(Tn. Hj. Zainal Rijal – Timbalan
> Presiden Persatuan Peguam
> Syarie Malaysia, di seminar anjuran JIM pada
> 15/01/06)*. Jadi tidak akan
> timbul soal jika kes yang sama seperi kes *Aishah vs
> Wan Mohd Yusof ***muncul,
> maka Mahkamah perlu membenarkan poligami, sebab
> alasan permohonan poligami
> dalam kes ini tidak termasuk dalam mana-mana 4 tadi.
> Nampaknya SIS di sini
> tidak memahami seksyen tersebut dengan betul.
> 
> 
> 
> b) Namun demikian, sekiranya SIS betul dalam
> penafsirannya sekalipun, soalan
> yang perlu ditanya adalah "apa salahnya dari segi
> hukum syara' sekiranya
> seorang lelaki ingin berpoligami dengan wanita yang
> dicintainya seperti di
> dalam kes *Aishah vs Wan Mohd Yusof*?" Di dalam
> kehidupan ini, kita perlu
> menerima hakikat bahawa ada golongan wanita yang
> memang jatuh cinta pada
> suami orang walaupun mereka mengetahui bahawa si
> lelaki telah berpunya
> tetapi mereka tetap ingin berkahwin dengan lelaki
> tersebut. Malahan di dalam
> banyak kes, ramai wanita hidup bahagia walaupun
> bermadu. Kenapa SIS tidak
> membela atau memperjuangkan hak wanita yang ingin
> bermadu ini, mereka inikan
> juga wanita, yang memerlukan sokongan? Sebagai
> pembela kaum hawa, SIS
> sepatutnya membela nasib golongan ini dengan memberi
> sokongan kepada
> mereka, seterusnya tunjuk ajar kepada mereka
> bagaimana cara hidup bermadu
> sebagaimana yang ditunjukkan oleh isteri-isteri
> Rasulullah selaku ummul
> mukminin.
> 
> 
> 
> c) SIS juga langsung tidak menjelas dan menekankan
> keseluruhan Sekyen 23(3)
> yang telah mengetatkan lagi syarat bagi suami yang
> ingin berpoligami.
> Peruntukan baru ini jauh lebih ketat berbanding
> undang-undang lama kerana di
> bawah undang-undang baru ini, setiap permohonan
> untuk kebenaran berpoligami,
> mahkamah hendaklah memanggil isteri sedia ada, bakal
> isteri, wali bakal
> isteri dan pihak lain yang berkenaan untuk memberi
> keterangan bersabit
> permohonan suami itu. Peruntukan ini tidak ada dalam
> undang-undang lama.
> Ramai pengamal undang-undang berpendapat bahawa ini
> jauh lebih susah kerana
> secara logiknya tidak ada ibu bapa yang mahu anak
> gadis mereka bernikah
> dengan suami orang dan bakal isteri pun tidak akan
> tertipu dengan mudah.
> Sebagai NGO yang memperjuangkan *gender equality*,
> SIS sepatutnya bersikap
> 'lebih adil' dalam soal ini.
> 
> 
> 
> *Hujah SIS 2 **- Seksyen 23(9): Memaksa isteri
> memilih nafkah atau
> pembahagian harta sepencarian apabila suami
> berpoligami*
> 
> Seksyen ini yang bertujuan untuk melindungi isteri
> sedia ada dalam
> perkahwinan poligami boleh mendatangkan
> ketidakadilan kerana ia sebenarnya
> memaksa seorang isteri memilih sama ada untuk
> memohon perintah nafkah
> 
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke