Edisi KL: Gelas plastik bahaya

Oleh Manan Samad - [EMAIL PROTECTED]

KUALA LUMPUR: Penggemar makanan di warung, kedai makan dan restoran boleh
menempah maut dalam jangka panjang jika menggunakan gelas plastik untuk
minum teh tarik atau minuman panas lain.

Ini kerana tindak balas kimia berlaku apabila air panas dimasukkan ke dalam
gelas plastik.

Penggunaan secara berterusan boleh mengundang risiko penyakit barah usus,
selain kerosakan ginjal dan hati.

Difahamkan risiko bagi penggemar teh tarik lebih tinggi kerana untuk
membancuhnya memerlukan air panas supaya teh yang dihasilkan lebih pekat.

Lebih membahayakan, apabila proses menarik teh menggunakan gelas plastik
boleh menghasilkan lebih banyak tindakan balas kimia.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor
Osman, berkata penggunaan gelas plastik lebih berisiko berbanding bekas
plastik untuk teh tarik bungkus.

“Teh tarik bungkus bahaya kerana bekas plastik boleh menghasilkan tindak
balas kimia, tetapi ia bersifat pakai buang. Berbanding gelas plastik lebih
bahaya kerana tindak balas berkenaan akan berlaku berulang kali.

“Malah, risiko meningkat jika bahan pewarna digunakan untuk membuat teh
tarik kerana menghasilkan ‘carsinogenic’. Penggunaan bahan itu secara kerap
boleh menyebabkan barah usus, selain kerosakan ginjal dan hati. Potensi
terkena penyakit juga bergantung kepada beberapa faktor lain seperti
kekerapan penggunaan, kuantiti kandungan bahan terbabit yang meresap dalam
badan serta faktor umur.

“Kanak-kanak dan warga emas lebih berisiko (berbanding orang dewasa kerana
tahap antibodi lemah). Apapun, semua ini penyakit jangka panjang yang boleh
dielak jika pengguna lebih berhati-hati dalam soal makanan dan minuman,”
katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam.

Dr Maamor berkata, pelbagai gelas lain boleh digunakan untuk mengelak kesan
jangka panjang itu, termasuk gelas tanah liat, kaca dan kristal.

“Bekas makanan dan minuman orang dulu berasaskan tanah liat, contohnya
belanga.

“Kalau kita lihat orang berada, ramai yang gunakan gelas kristal... mahal
memang mahal, tetapi mereka pentingkan kesihatan. Bagi golongan
berpendapatan rendah dan sederhana, mereka boleh gunakan gelas kaca atau
tanah liat,” katanya.

“Sebagai pengguna, kita perlu memikirkan kesan jangka panjang. Mengapa
fikirkan soal kos yang bezanya hanya sedikit, sedangkan apabila berdepan
penyakit kronik ia membabitkan kos ribuan ringgit,” katanya yang mempunyai
klinik sendiri di Ampang, dekat sini.

Dr Maamor mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam mengenai
kecenderungan penduduk menggunakan botol air mineral plastik secara
berulang untuk menjimatkan kos.






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke