|
ini tandanya dah hampir nak kiamat...
so sama2 lah kita ingat mengingati...
yg dah tak mahu dengar dan buta
hati...
kubur sendiri-sendiri...
doakan aje lah mereka dpt hidayah...
----- Original Message -----
Sent: Friday, January 20, 2006 9:14
AM
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Samy
Vellu Adakan Pertemuan Sulit Dgn Wakil Agama Lain Utk Pinda Perlembagaan
saya berasa amat yang teramat sedih dan pilu sejak akhir-akhir ini,
undang-undang islam di bawah naungan Islam Hadhari dipersenda-sendakn oleh
orang-orang bukan islam. Macam- macam kes yang telah menggugat kesejahteraan
orang-orang islam telah diungkit. Drpd kes nak tukar agama, ayam tak halal,
ikan makan babi rebus, air kumhan babi disalurkan ke sungai, dan macam-macam
lagi.
tak ada gunanya kita perkatakan nak pertahankan kedaulatan islam selagi
pemerintah sendiri mempersendakan hukum hakam allah dan selagi orang-orang
melayu tidak mahu kembali ke ajaran islam yang sebenarnya.
sedarkah kita orang islam, Nabi Muhamad SAW telah diutuskan kepada umat
manusia sebagai perutusan Allah untuk menyelamatkan manusia dari kesesatan
hidup di dunia. Junjungan kita Nabi Muhamad tidak pula menamakan Islam Muhamad
atau ajaran Muhamad. Ini kerana semua ajaran berpandukan wahyu dan al-quran.
Tiba-tiba di akhir zaman timbul pul ak Islam Hadhari . kenapa pemerintah kita
beria-ia sangat memperkenalkan konsep Islam Hadhari tanpa memperkukuhkan
terlebih dahulu asas ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah.
Pada pandangan saya, setakat ucap dengan lidah tanpa disusuli dengan
keazaman yang tinggi tak payah le nak susah-susahkan diri. Tukar saja kuasa
pemerintahan. Itu yang paling penting orang-orang melayu mesti buat.
Takbir! takbir! takbir!
wassalam
[EMAIL PROTECTED] wrote:
AYUH
PERTAHANKAN KEDAULATAN ISLAM PERTAHAN KUASA MAHKAMAH SYARIAH HENTIKAN
PINDAAN ARTIKEL 121 (1A) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Jika
Perlembagaan Dipinda Mereka Yang Hendak Keluar Islam Tidak Perlu Lagi
Melalui Mahkamah Syariah Utusan Malaysia 18 Jan 2006 . Permohonan
isytihar keluar Islam dibatal. Ma hkamah Tinggi hari ini membatalkan
permohonan seorang wanita, Asiah Begam Nahurghani untuk mengisytiharkan
dirinya keluar daripada agama Islam dan memeluk agama Hindu.
Peguam Abdul Muiz Samsuri yang mewakili MAIWP membantah permohonan itu
dengan alasan mahkamah tersebut tidak mempunyai bidang kuasa untuk
mendengar permohonan tersebut mengikut Artikel 121(1A)
Perlembagaan Persekutuan.
Samy Vellu Adakan Pertemuan Sulit Dengan
Wakil Agama Lain Minta Perlembagaan Dipinda Utusan Malaysia 18 Jan
2006 - Pinda perlembagaan jaga hak bukan Islam. MIC meminta kerajaan
meminda Perlembagaan Persekutuan sedia ada bagi memastikan hak orang
bukan Islam di negara ini akan lebih terpelihara. Presidennya, Datuk Seri
S. Samy Vellu berkata, pendirian yang diambil oleh parti itu
adalah hasil daripada pertemuan dengan Majlis Perundingan Agama yang
dianggotai oleh wakil agama Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh di
pejabatnya semalam. Pada akhir pertemuan kita telah sepakat bahawa
satu tindakan yang lebih proaktif iaitu satu pindaan (Perlembagaan
Persekutuan) perlu dilakukan dan jika kerajaan bersetuju ia boleh
mengatasi masalah pada masa depan, kata Samy Vellu
ABIM Pertahan
Kedaulatan Mahkamah Syariah Yang Diperuntukkan Dalam Perlembagaan ABIM
memandang berat kenyataan melalui media, Dato Seri Samy Vellu mengenai
mesyuarat di antara Menteri Bukan Islam yang akan diadakan hari ini.
Mesyuarat tersebut menggambarkan bermulanya satu dikotomi
antara Menteri-menteri beragama Islam dan bukan Islam. ABIM menegaskan
bahawa Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan perlu dipertahankan kerana
perubahan pindaan dengan memasukkan fasal (1A) pada tahun 1988 telah
diluluskan oleh Parlimen. Masyarakat bukan Islam harus mengiktiraf
dengan jelas bahawa hak kebebasan beragama orang-orang bukan Islam tidak
pernah terancam seperti mana yang digemburkan. Sehingga kini mereka
bebas mengamalkan ajaran dan amalan masing menurut
lunas undang-undang. Khairul Anuar Arifin Mohd Munir - Setiausaha
Agung ABIM
Pemuda PAS Kempen Perkara 121 (1A)
Perlembagaan Persekutuan Tidak Dipinda Harakah 18 Jan 2006 -
Dewan Pemuda PAS (DPP) akan mengadakan kempen ke seluruh negara bagi
menjelaskan mengapa cadangan meminda Perkara 121 (1A)
Perlembagaan Malaysia perlu ditolak. DPP juga akan
menghantar memorandum kepada Raja-Raja Melayu melalui Penyimpan Mohor
Besar Raja-Raja Melayu pada 23 Januari ini. Ketuanya, Salahuddin Ayub
memberitahu, kempen penerangan yang pertama akan diadakan di Kuala
Lumpur pada 25 Januari ini. "Dalam perhimpunan itu
kita menjemput kesemua pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) umat Islam
untuk berucap mempertegaskan sikap masing-masing terhadap perkara itu,"
katanya. Ketika ditanya adakah Pergerakan Pemuda Umno juga
akan dijemput untuk bersama-sama dalam perhimpunan itu, Salahuddin
memberitahu kesemua NGO dan umat Islam akan dijemput tanpa mengira
kepentingan politik.
Peringatan Untuk Pemimpin UMNO Untuk
Pertahankan Islam Forum Utusan Malaysia 19 Jan 2006 - Saudara
Pengarang, Kerajaan Malaysia tidak pernah menghalang
mana-mana penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran mereka, bahkan
kerajaan telah pergi terlalu jauh sehinggakan perayaan agama lain seperti
Deepavali dan Krismas disambut sebagai suatu perayaan negara. Apakah
ini tidak menjaga kepentingan penganut agama lain? Cadangan dari
pertubuhan agama bukan Islam (bahkan terdapat pemimpin kerajaan
bukan beragama Islam) yang mencadangkan pindaan terhadap peruntukan
``bahawa setiap anak kepada ibu bapa yang beragama Islam
adalah automatik beragama Islam''. Jika hak dan tanggungjawab ibu bapa
Islam ini dipersoal, bererti pemimpin-pemimpin dan pertubuhan agama bukan
Islam ini telah mencabar dan cuba mencampuri urusan dala m
ajaran Islam itu sendiri. Kepada pemimpin-pemimpin UMNO beragama Islam
dan parti-parti lain yang sudah beragama Islam, ingatlah anda dilantik
dan dipilih oleh Allah menjadi pemimpin untuk menjaga
kepentingan agama Islam di Malaysia tanpa mengenepikan
keperluan penganut agama lain. Namun, jangan sesekali
mudah terpengaruh dengan cadangan dan usul yang boleh menggugat Islam
sebagai agama rasmi di Malaysia ini. Kepada pemimpin pertubuhan agama
lain, ketahuilah bahawa Islam tidak memaksa penganut agama lain
memeluk Islam. Ingatlah bahawa jika kita cuba mencampuri urusan orang
lain, akhirnya orang lain pula akan mencampuri urusan kita. Mohd Noor
Idris , Legeh, Jeli, Kelantan.
Sila layari Blog PAS N.Sembilan
di http://pasns.blogspot.com
Untuk
menyertai forum PAS N.Sembilan sila klik sini http://groups.yahoo.com/group/pasn9
U ntuk maklumat lanjut sila hubungi : Lajnah Penerangan dan
Dakwah Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan Tingkat 2, Bangunan
Tabung Haji, Ampangan, Seremban Tal : 013-3426346 e-mel :
[EMAIL PROTECTED]
MEMBANGUN BERSAMA
ISLAM
__________________________________________________ Do
You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection
around http://mail.yahoo.com
Yahoo! Photos Ring in the New Year with Photo
Calendars. Add photos, events, holidays, whatever.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
|