Episod penghantaran dan penarikan balik memorandum
meminda artikel 121 1(a) Perlembagaan Persekutuan 
oleh menteri-menteri kabinet bukan Islam telah
mendebarkan semua pihak. Sudah pasti semua rakyat
Malaysia ingin hidup dalam keadaan aman dan harmoni di
dalam sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada
pelbagai lapisan agama dan bangsa.

Ianya menggambarkan bahawa masih terdapat jurang
kefahaman antara agama dan bangsa di Malaysia ini.
Justeru itu rumah-rumah ibadah antaranya
masjid-masjid, kuil-kuil serta gereja-gereja
seharusnya memainkan peranan untuk memberikan
pemahaman kepada penganut agama masing-masing betapa
peri pentingnya rakyat Malaysia ini harus hormat
menghormati antara satu sama lain.

Sekiranya selama ini kerajaan begitu efisien mengawal
serta memantau masjid-masjid serta pendakwah-pendakwah
Islam yang memberi ceramah agar tidak mencampur
adukkan politik dan agama yang boleh membawa kepada
perpecahan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia
ini. Maka perkara yang sama haruslah diberi penekanan
dan pemantauan kepada rumah-rumah ibadah yang lain,
agar sami-sami, paderi-paderi , penceramah-penceramah
bukan Islam tidak memberikan ceramah yang boleh
membawa kepada perpecahan antara rakyat Malaysia yang
berbilang agama dan bangsa.

Sekiranya selama ini teks-teks khutbah Jumaat sentiasa
dipantau dan diteliti oleh pihak berkuasa agama serta
Majlis Agama Islam Negeri maka perkara yang sama
haruslah dilakukan agar teks-teks khutbah serta
ceramah agama lain sentiasa dipantau dan mendapat
kelulusan kementerian yang berkaitan seperti
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Malah tidak keterlaluan jika kerajaan mengambil
inisiatif supaya diadakan perhimpunan tahunan
imam-imam masjid, sami-sami dan paderi-paderi, dimana
dalam perhimpunan ini diberi penerangan kepada
ketua-ketua agama ini dimana mereka ini memainkan
peranan yang penting untuk membentuk pengikut-pengikut
agama masing-masing yang mempunyai sikap bertoleransi
dalam agama, bukannya bersikap mengapi-apikan sentimen
keagamaan dikalangan penganut –penganut agama mereka.

Ini adalah kerana imam-imam, sami-sami serta
paderi-paderi adalah orang yang sentiasa menjadi
tempat rujukan penganut-penganut pelbagai agama.
Mereka-mereka inilah sebenarnya yang dapat membentuk
masyarakat disekeliling mereka samada untuk menjadi
masyarakat yang pasif, agresif, ofensif atau
bertoleransi. Malah mereka ini jugalah yang menjadi
sumber rujukan pihak pimpinan masyarakat dan pimpinan
politik.



 Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com
 




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke