Assalamualaikum dan salam aura buat rakan-rakan yg dikasihi...
Buat TM terima kasih di atas laluan...
Alhamdulillah pagi ini, menyinggah lagi di tasik yg permai ini...berkongsi sedikit ilmu berkaitan KELEBIHAN DZIKIR DALAM KEHIDUPAN MANUSIA...Petikan yang aniz bawakan kali ini aniz perolehi dr 145 KEISTIMEWAAN DZIKIR & SELAWAT.
Memang hebat kelebihan berzikir ini rakan-rakan...Antara fungsi atau peranan dzikrullah (menyebut atau meningati Allah) ini adalah :
1) Berfungsi memperoleh atau mendapatkan sesuatu yang berguna
2) Berfungsi memelihara atau menjaga kepentingan tertentu dalam hal ini termasuklaa pendinding diri
3) Berfungsi membukakan sesuatu yang baik
4)
Berfungsi memasukkan sesuatu yang baik
5) Berfungsi melepaskan sesuatu yang buruk
6) Berfungsi membersihkan
7)Berfungsi menghidupkan sesuatu...biar ada "ruh" gitu dlm setiap peranan yg diberikan
8) Berfungsi menguatkan sesuatu
9) Berfungsi melahirkan sesuatu
10) Berfungsi mendekatkan sesuatu
11) Berfungsi menjauhkan sesuatu
12) Berfungsi menghapuskan sesuatu....
Demikian antaar rumusan yg dapat dikesan dlm menyeluk RAHSIA-RAHSIA yang perlu direbut dan dikejar sebelum seseorang menemui ALLAh yang diharapkan dapat MENEMUINYA dengan hati yang sejahtera.
Antara KELEBIHAN BERZIKIR :
1. Memperolehi kerihaan Allah swt
2. Memperolehi kegembiraan hati
3.Memperolehi keladzatan
4.Memperolehi hati dan wajah yang bersinar...aura yang cun...bersih, tulus, ikhlas terpancar kejernihan hati di wajah....
5. Memperolehi kemurahan rezeki..konteks rezeki ini luas bukan shj wang ringgit mahupun kemewahan tapi juga ketenangan hati, kesihatan, ilmu, anak-anak yg soleh & bijak, rumahtangga yang bahagia dll...
6. Memperolehi kehebatan, kemanisan & kejernihan
7.Memperolehi kecintaan kpd Allah swt
8. Mempeolehihakikat muraaqabah (selalu memerhatikan pentadbiran Allah) dan mertabat ihsan
9. Memperolehi rasa agung dan hebat terhadap Allah
10.Memperolehi perhatian Allah dimana apabila ingat apabila seseorang ingat kpd Allah, maka Allah akan ingat kepadanya
11.Memperolehi santapan ruh dan hati....(inilah sindrom penyakit dunia akhir zaman ramai kalangan ahlinya yang lemah tenaga syahwat dlm bab ruh & hati....bila ruh & hati lesu, kelam, kelabu, mendung macam mana nak meraih hidup yang BERMAKNA...maka lalujerlaa hidupnie tanpa ada jiwa...diperkotak-katik org ker...dihina...dicerca...dsbgnya...takde masalah...tanpa ada perasaan, tanpa ada matlamat diri yang mantap & jelas kehidupan ini dilalui)
12.Memperolehi sebutan baik di Arsy : dimana kalimah-kalimah dzikir itu sendiri akan menyebut pendzikirnya
13. Memperolehii perhatian Allah dalam masa kesusahan, bila seseorg ingat kpd Allah di waktu senang
14. mmeperoleh cahaya ketenangan (sakiinah)
15.Memperoleh penghormatan dan rahmat para malaikat
16.Meperolehi naungan Arsy Ilahi
17. Memperolehi permohonan melebihi
apa yang dipohonkan...Subhanallah! Inilah sebghn pengalaman yg aniz sendiri lewati...takjub, malu dan syukur sesungguhnya atas nikmat yang Allah kirimkan....hanya menerusi memberikan "hak " dengan lebih baik itulaa yang mmapu aniz laksanakan sbg PENZAHIRAN KESYUKURAn itu...peringatan utk diri lebih mendekatiNYA lagik...bukan lantaran nikmat buat kita lupa...Nauzubillah cukuplaa persekitaran menjadi ikhtibar...rezeki besar...pangkat tinggi...lagi tunggang langgang hidup...tanggungjawab pd Allah dienteng-entengkan...jawabnya sahlaa tidak akan bertemu keberkatan & ketenangan dlm hidup...aura manjang pecah & bocor...ini sebhgn janji Allah...kalau Allah masih kasihkan hambaNYA nantikan shj peringatan terbaik atau sebaliknya Allah biarkan shj...
Nampakkan kekawan betapa amazingnya kelebihan DZIKIR dalam memangkin AURA...perisai diri yg cun buat kita melewati kehidupan...bukan itu shj melahirkan rasa
keladzatan...ketenangan dan banyak lagi...InsyaAllah di lain kesempatan aniz akan susuli kelebihan selanjutnya...
Salam aura & harmoni :
Aniz Hj Anwar...
Yahoo! Photos
Ring in the New Year with Photo Calendars. Add photos, events, holidays, whatever.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
