| Sharon oh! Sharon Posted on Tuesday, January 24 @ 14:36:29 MYT by admin |
Oleh : Maszlee Malik
Jika Amerika Syarikat (AS) berjaya menonjolkan Saddam Hussein sebagai penjenayah nombor satu di Timur Tengah, itu merupakan satu usaha yang amat baik. Bagaimana tidak?, sememamngnya Saddam merupakan seorang penjenayah yang kejam. Malangnya, penjenayah ini juga merupakan tali barut AS pada suatu waktu dahulu.
Malangnya di dalam menghukum para penjenayah perang dan juga para pengganas, AS sengaja tidak melihat kepada seorang penjenayah yang tiada tolok bandingnya di dalam sejarah manusia bertamadun pada abad ke-20 dan awal abad ke-21. Samada di Timur Tengah, di Asia, mahupun di seluruh dunia dan maya pada ini, penjenayah ini tiada tolok bandingnya.
"Pesta" Sabra Shatila , antara produk beliau
Malangnya penjenayah ini telah diberikan jolokan sebagai "Man of Peace" oleh Presiden AS. Lebih malang lagi, ada di antara umat Islam yang naïf dan cetek pemikirannya telah mengiktiraf jasa penjenayah ini, yang mana apa yang dilakukannya bukanlah satu jasa, jauh sekali untuk maslahat rakyat Palestin seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak yang buta sejarah. Penjenayah yang amat hebat ini ialah Ariel Sharon. Seharusnya, pengadilan seumpama pengadilan ke atas Sharon juga wajib dikenakan ke atas Sharon. Perdana Menteri rejim Zionis yang kini sedang berada di dalam keadaan tenat di hospital Hadasah di Baitul Maqdis itu selayaknya menerima hukuman yang jauh lebih berat daripada Saddam. Malangnya, pelbagai jenayah perang yang telah dilakukan oleh beliau terhadap rakyat Palestin semenjak tahun 1953 lagi tidak pernah dipedulikan oleh dunia, apatah lagi oleh AS.
Ariel "Arik" Sharon dilahirkan di Kufr Malal, salah sebuah daerah di Palestin pada 27 Februari 1928 sewaktu zaman penjajahan British ke atas bumi tersebut. Dilahirkan dari keluarga Yahudi yang berhijrah ke Palestin di atas ketetapan deklarasi Belfour, Sharon merupakan seorang yang membenci Arab semenjak kecil kerana tanah yang diduduki oleh keluarganya merupakan tanah yang telah mereka rampas dari warga Arab. Pada tahun 1942 beliau telah menyertai kumpulan pengganas bersenjata Yahudi, Haganah.
Sharon sentiasa dikelilingi penasihat2 yang ingin menjahanamkan rakyat Palestin
Di waktu itu, umurnya baru sahaja mencecah 14 tahun, tetapi ....(seterusnya di www.palestinkini.info atau terus ke
http://www.palestinkini.info/modules.php?name==News&file==article&sid=v8)
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
