Waa'laikumsalam warahmatullahi wabarokatuh..
 
Jazakumullahu khairan kasiro atas penjelasan tuan berkenaan dengan pergerakkan jemaah tabligh yang mana bagi sesetengah orang sebagai satu gerakkan yang lupakan tanggungjawab ke atas keluarga dan tak kurang juga yang melabelkan sebagai Sesat.... Nauzubillahi min zalik...
 
Syukur ke hadrat Ilahi atas asbab usaha jemaah tabligh ke atas orang semacam saya yang hanyut dengan kehidupan sementara dunia dan sering lupa akan akhirat yang kekal abadi dapat hidayah dari Allah SWT yang mana hanya Allah SWT saja yang berhak memberi hidayah pada hambaNya... Subhanallah............
 
Saya yang kurang ilmu agama ini insya Allah akan azam untuk usahakan pula pada saudara-saudara Islam kita yang lain untuk sama-sama tukar fikir kita tentang akhirat yang hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya dan juga risau atas umat yang sebagaimana risaunya Nabi Muhammad SAW.
 
Wassalamua'laikum warahmatullah

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamualaikum warahmatullah…
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh dan kesekalian dari kita.
 
Bismillahir Rahmanir Raheem…
 
Apabila tersebut sahaja nama Jemaah Tabligh, kebanyakan dari kita akan berubah sifat serta merta. Ada yang marah2, ada yang mencebik bibir dan tidak kurang juga yang mentertawakan. Ada pula di antara kenalan saya yang menggelarkan barisan jemaah ini sebagai 'tak balik' disebabkan perbuatan ahli jemaah atau karkun yang sering keluar beriktiqaf di masjid2 yang dipanggil keluar bertabligh.
 
Jika ditanya mereka mengapa bersikap sebegitu, berbagai2 jawapan atau fakta2 yang dikeluarkan. Antara yang paling popular adalah karkun2 ini sering dikaitkan dengan kejadian mengabaikan anak isteri dan rumahtangga. Jika dinilai sekali lalu, ada juga benarnya. Memang tidak dinafikan terdapat segelintir karkun yang dipanggil 'jaws' yang terlalu ghairah untuk keluar bertabligh hingga mengabaikan keperluan keluarga sendiri.
 
Persoalannya, apakah benar Jemaah Tabligh ini menyuruh orang mengabaikan keluarganya? Benarkah gerakan yang ditubuhkan oleh yang mulia Sheikhul Hadith Maulana Zakariya rah menyuruh ahlinya mentarbiyah orang ramai sedangkan mereka sendiri ketandusan ilmu agama? Apakah adil untuk menilai sesuatu pergerakan hanya dengan melihat sebahagian kecil ahlinya? Dan lebih perit lagi, benarkah sebagaimana dakwaan sesetengah pihak yang kurang berpengetahuan bahawa pergerakan ini sesat?
 
Setelah menilai fakta2 yang dibentangkan oleh kebanyakan yang saya temui, kesimpulan yang saya perolehi adalah, keluarnya tuduhan2 sebegini disebabkan oleh keadaan orang ramai yang tidak mengenali apa itu Jemaah Tabligh. Sebagaimana pandangan orang2 tua bahawa jika ke hospital pasti akan dibedah dan dipotong sana dan sini, begitulah juga takutnya masyarakat awam terhadap pergerakan ini.
 
Maka di kesempatan ini, ingin saya memetik sedikit dari Kitab Fadilat Amal dalam bahagian 'Kemunduran Umat Dan Penyelesaiannya' di bawah topik 'Adab-Adab Tabligh' karangan Maulana Zakariya rah yang diterjemahkan oleh Lujnah Terjemahan Madrasah Miftahul-Uloom, Masjid Jamek Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur dan diterbitkan oleh Era Ilmu Sdn. Bhd. untuk tatapan dan penilaian saudara2 yang mulia sekalian. Kitab Fadhilat Amal ini boleh didapati di kebanyakan kedai buku atau markaz2 karkun di seluruh Malaysia.
 
Suka untuk saya mengingatkan bahawa saya bukan (atau lebih tepat belum lagi menjadi) ahli kepada pergerakan ini. Apa yang saya lakukan ini adalah atas nama cintakan Allah, Rasulullah dan agama yang dibawa oleh Baginda saw serta mereka yang berusaha untuk menjalankan amanah Allah. Bukan maksud meminta anda menyertai pergerakan ini tetapi sekurang2nya cukup sekadar untuk tidak menghalang kerja2 mereka…
 
*********
 
ADAB-ADAB TABLIGH
 
            Kerja ini adalah satu ibadat dan kurniaan yang besar dari Allah swt. Kerja ini menyerupai kerja para nabi as. Setakat mana kepentingan sesuatu kerja itu, maka setakat itulah ia memerlukan adab-adab (peraturan, tertib dan kesopanan). Maksud kerja ini bukanlah untuk mengislahkan orang lain tetapi lebih penting untuk mengislahkan diri sendiri, untuk menunjukkan pengabdian kepada Allah swt dan mentaati perintahNya di samping mendapatkan keredhaanNya. Oleh itu, hendaklah mengambil berat dan memberi perhatian terhadap beberapa perkara berikut,
 
1.            Menanggung sendiri sedaya mungkin segala perbelanjaan, sama ada untuk makan minum, tambang dan lain-lain. Sekiranya berkemampuan maka kita boleh membantu rakan-rakan yang kurang mampu.
2.            Hendaklah berasa diri kita bertuah apabila dapat memberi khidmat bantuan serta semangat kepada rakan-rakan dan semua orang yang menjalankan kerja yang mulia ini. Janganlah lupa untuk bersopan menghormati mereka.
3.            Berhubunglah dengan semua orang Islam dengan penuh tawaduk dan rendah diri. Bercakap dengan mereka dengan lemah lembut dan dengan cara memujuk. Janganlah memandang mana-mana orang Islam dengan pandangan benci dan menghina. Khususnya, janganlah cuai dalam menghormati dan memuliakan para ulama. Sebagaimana kita wajib memuliakan, membesarkan, beradab serta menghormati al-Quran dan hadith, maka demikian jugalah penting bagi kita memuliakan, membesarkan, beradab dan nenghormati para ulama yang mulia yang telah dikurniakan oleh Allah swt dengan nikmat ilmu agama yang agung itu. Menghina para ulama yang haq bererti menghina agama yang akan membawa kapada kemurkaan dan kemarahan Allah swt.
4.            Waktu-waktu lapang hendaklah digunakan untuk membaca buku-buku agama serta untuk duduk di samping orang yang taat lagi soleh supaya dapat mempelajari selok belok agama.   Dengan ini dapat mengelakkan diri daripada berbohong, mengumpat, bergaduh atau melakukan kemungkaran berfoya-foya. Hendaklah menjauhkan diri daripada perbualan dan perbuatan yang sia-sia, khasnya semasa keluar bertabligh. Sebaliknya, masa-masa itu hendaklah digunakan untuk berzikir, berfikir, berselawat, beristighfar, belajar dan mengajar.
5.            Carilah pendapatan yang halal dengan cara-cara yang diharuskan dan kemudiannya belanjakannya dengan jimat cermat dan tunaikanlah hak-hak ahli keluarga dan sanak saudara mengikut hukum syarak.
6.            Jangan sentuh perkara-perkara yang boleh menyebabkan pertengkaran dan masalah-masalah furu' (cabangan) sebaliknya dakwahlah manusia kepada asas tauhid dan sampaikanlah kepada mereka rukun-rukun Islam.
7.             Hiasilah segala perbuatan dan perkataan dengan niat yang ikhlas kerana dengan adanya ikhlas, amal yang sedikit pun akan mendatangkan keberkatan dan kebaikan serta hasil yang baik.
 
*********
Harapan saya hanya satu. Semoga penerangan ini dapat mengubah pendirian kita semua terhadap gerakan ini. Dan sekiranya di lain waktu, anda bertemu dengan karkun 'jaws' yang mengabaikan keluarga mereka kerja2 tabligh, maka bentangkan adab2 ini dan ingatkan mereka tentang pesanan Maulana Zakaria. Tabligh itu sebenarnya menyampaikan. Tabligh itu sebenarnya mengislahkan diri. Semoga kita semua dikurniakan hidayah olehNya…
 
Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik adalah akibat kejahilan saya sendiri.
 
Wabillahitaufiq walhidayah.
 
Wassalamualaikum warahmatullah…
 
-Abu Naqibah-
 
Komen dan kritikan membina dialu2kan. Email saya di [EMAIL PROTECTED] atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/


Bring words and photos together (easily) with
PhotoMail - it's free and works with Yahoo! Mail.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke