>From: Tinta Biru <[EMAIL PROTECTED]> >Date: Thu, 26 Jan 2006 00:58:17 +0000 (GMT) >Subject: Surat Untuk Bapa Pesalah Jalanraya <bU> > >Tuan, >Isu (yang kononnya) seorang pegawai JPJ membaling kerusi ke arah anak >tuan, setelah melakukan kesalahan jalan raya nampaknya menjadi satu isu >yang sensasi. Media tv nampak seperti menyebelahi anak tuan dan difokuskan >kepada kecederaan yang dialami - atas sebab anak tuan adalah minor/juvana. > >Tujuan undang-undang jalan raya dibuat adalah untuk memastikan keselamtan >pengguna jalan raya. PESALAH jalan raya adalah tetap bersalah kerana >membelakangkan undang-undang dan membahayakan diri sendiri serta pengguna >lainnya. Tambahan pula jika memakai uniform sekolah. Tambahan lagi jika >PESALAH tersebut membuat 7 (tujuh?!!!) kesalahan. Tindakan pegawai >tersebut, jika terbukti salah, dia juga akan dikenakan tindakan oleh >Jabatannya sendiri (dan kesalahannya cuma satu). Kesimpulannya, yang >bersalah akan menerima padahnya. > >Tuan, >Untuk tuan sebagai bapa PESALAH tersebut, tanggung jawab tuan adalah >memastikan keselamatan anak tuan. Tanggung jawab tuan adalah memastikan >anak tuan berdisiplin. Tanggung jawab tuan adalah mengajarnya bahawa >membelakangkan undang-undang adalah satu kesalahan. Tanggung jawab tuan >adalah memastikan anak tuan ke sekolah dengan cara yang terbaik dan paling >selamat... mengikut undang-undang yang sah. > >Tuan, >Tindakan menyaman JPJ adalah umpama menghukum seluruh rakyat Malaysia dan >menuntut wang dari rakyat Malaysia untuk membayar saman tuan berjumlah >RM130,000. Ini semua nanti akan juga menggunakan duit cukai yang dibayar >oleh rakyat Malaysia. Saya tidak redha wang cukai saya digunakan untuk >tuntutan tuan. Saya tidak redha wang cukai saya digunakan untuk tuntutan >orang yang terang-terangan kurang ajar dan melanggar undang-undang. Saya >tidak redha wang cukai saya saya diberikan bagi memenuhi tuntutan orang >yang membahayakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. saya tidak >redha wang cukai saya digunakan sebagai "pengajaran" bahawa budak sekolah >boleh melanggar undang-undang bila-bila masa. > >Saya takut wang RM130,000 akan juga mengambil hak orang lain. Mungkin di >satu sudut, seorang pesakit kronik mati kerana wang RM130,000 tertangguh >pembayarannya bagi membayar tuntutan seorang bapa PESALAH jalan raya. > > >Saya yang tidak redha, >Tinta Biru >(<mailto:[EMAIL PROTECTED]>[EMAIL PROTECTED]) >
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
