salam,
saya rasa fokus saudara tidak tepat dlm membicarakan berkenaan aspek kepercayaan beragama diantara org islam dan org agama hindu. saudara mengatakan "Orang
Islam cintakan juga agama mereka, tetapi jarang
kelihatan mereka membawa ahli keluarga mereka daripada
cucu hinggakan ke pangkat datuk apabila ada keraian di
masjid, apatah lagi pada ketika solat Jumaat.
 
adalah tidak benar sama sekali. saudara mempunyai pemikiran yg sempit dan mengikut andaian sendiri, pernah kah saudara merantau semua tempat di Malaysia dan di Negara Islam yg lain, tidak kah saudara nampak dengan jelas ch. org islam mengerjakan haji dan umrah membawa anak yg masih bayi lagi untuk menunaikan fardu haji dan umrah, itu ch di mekah dan madinah tp di negara melaysia juga saya banyak kali melihat org islam dtg satu keluarga dr atuk ke cucu menunaikan solat fardu dan juga mendengar Tazkirah serta Tilawatul Al-Quran. 
Saudara jgn suka mencerca org islam saudara seagama sendiri.!
 
kedua.
 Orang Islam cintakan juga agama mereka,
tetapi adakalanya pakaian pergi kerja lebih cantik dan
kemas daripada pakaian apabila pergi ke masjid.
 
Saudara lihat hanya dr sudut kacamata saudara sendiri tidak meluas skopnya, tidak kah saudara tahu bahawa iman tidak diukur dr pakaian, songkok tp dr keikhlasan amalan perbuatan yg dtg dari hati yg ikhlas dan suci yg menentukan TAKWA NYA golongan muslimin dan muslimah itu begitu sengkek nya saudara menilai iman dan amal org lain.Garis panduan untuk melaksanakan amalan untuk mengadap ALLAH YG ESA hanya perlu bersih, suci dari najis tidak perlu pakaian yg berwarna warni macam nak pergi majlis org kahwin tu! dan sebaik baik pakaian ialah yg berwarna putih mengambarkan kebersihan dan kesucian.
KE 3
 Orang Islam cintakan juga
agama mereka, tetapi jarang kelihatan menghiasi cermin
kenderaan mereka dengan pelekat-pelekat yang
membesarkan kalimah Allah.
Tidak kah saudara tahu bahawa kalimah allah bukan nya setakat di tampal di dlm kereta dan digantung di dinding dan sebagai nya tetapi dibaca dan diamalkan dlm hati dan diajar kepada semua golongan umat manusia bukan nya di jadikan perhiasan seperti mana golongan kafir menghias kan kenderaan mereka dengan "KATA KATA AJARAN HINDU DAN SEBAGAINYA"tahukah? saudara sekiranya meniru apa yg dibuat oleh kaum kafir maka perbuatan anda adalah perbuatan sia sia dan berdosa .MENGAPA ANDA BERBANGGA DENGAN PERBUATAN GOLONGAN KAFIR?saya rasa saudara masih perlu belajar masuk kelas pengajian agama untuk memantapkan AKIDAH saudara dan sebagainya.
ke 4
Orang Islam
cintakan juga agama mereka, tetapi sentiasa
mengharapkan pihak berkuasa untuk mendirikan masjid
atau surau.
JELEKNYA pandangan saudara ni, tidak kah saudara tahu bahawa didlm masjid dan surau ada disediakan bekas wang untuk sumbangan mendirikan masjid dan surau yg baru atau yg hendak diperbaiki dan diperbesarkan dan kariah masjid dan surau yg dtg lah yg selalu mendermakan wang saku mereka untuk memperbaiki surau dan memperbesarkan masjid.maafler berapa persen sangat KERAJAAN dan menyumbangkan wang? bukan 100% saudara. wang dr jemaah lah yg banyak menampung keperluan masjid dan surau ye? BULAN PUASA sendiri kerajaan menyumbang hanya suku bahagian saja untuk menampung masjid dan surau yg TERPILIH dan bukan SEMUA MASJID ye!DUIT SUMBANGAN PARA JEMAAH LAH yg menampung keperluan masjid. saya rasa saudara ni bukan ahli jawatan kuasa masjid atau org kuat masjid sebab tu ikut suka jer bukan cerita sendiri dr pandangan sendiri. tidak kah saudara tahu saudara secara sedar dan tidak sedar telah merendah-rendah kan saudara seagama dengan saudara?.
ke 5
Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi
jarang bertemu para ulamak untuk mendapat restu
mereka.
CETEK NYA pandangan saudarani, tahu kah saudara berapa ramai yg berjumpa dengan ustaz dan ustazah di JAWI , JAKIM, kauselor di MASJID MASJID yg menyediakan peruntukkan -untuk menyelesaikan masalah peribadi mereka, hukum-hakam dan sebagainya sehingga kan kekadang tu tak cukup 9 jam untuk mendengar masalah mereka dan memberi penyelesaian ke atas permasalahan mereka. hingga kan kauselor bertugas tidak keluar makan tengahari dan minum kerana tidak cukup waktu disamping menyelesaikan bebanan tugas yg sedia ada.s=SILA DPTKAN STATISTIK DR TEMPAT YG BERKENAAN.
 
ke 6
Orang Islam cintakan juga
agama mereka, tetapi masjid dan surau semakin lama
semakin sepi.


TIDAK semua masjid dan surau sepi saudara ? mungkin di beberapa tempat saja , ketahuilah di masjid dan surau  laaa ni banyak program tazkirah, mengaji al-quran, program belajar hadis dan sebagai nya di adakan dan sambutan nya amatlah mengalakkan dan kadang kala tak cukup tempat kerana terpaksa duduk di tembok masjid .Program-program rakan masjid dan sebagainya diadakan untuk menambah keahlian golongan muda untuk mendampingi masjid disamping mendapat ilmu. Tambahan PAK LAH  our new PM kita  lebih cenderung kepada memberi penekanan dan pendekatan ke arah pemeliharaan ISLAM THE WAY OF LIVE dan juga memantapkan intitusi pengajian alquran, di waktu antara magrib dan isyak juga diadakah tazkirah ringkas selepas selesai solat isyak diadakan tazkirah dan membaca alquran.  ...solat sunat dan sunat tasbih juga diadakan di waktu pagi 9.00 pagi hingga 11.00 tengahari.diikuti dengan kuliah dr ustaz dan ustazah yg mendapat tauliah dr jawi, penceramah bebas yg mendapat tauliah .. termasuk lah kelas masakan sendiri di adakan dlm kawasan masjid diwaktu pagi 10pagi -12.30 tengahari dan diikuti dengan solat zohor. Mungkin di tempat yg saudara tuju jer yg begitu.
ke 7
Maka apakah kita mempertahankan Artikel 121 (1A)
Perlembagaan Persekutuan atas dasar kita cintakan
agama Islam, sedangkan kecintaan kita kepada agama
kita tidak seperti kecintaan penganut Hindu terhadap
agama mereka. Kecintaan kita kepada sesama Islam tidak
sama seperti kecintaan penganut Hindu sesama mereka.
Apatah lagi kecintaan kita kepada mereka yang baru
memeluk agama Islam.
SAUDARA, pergi lah ke PERKIM, JAWI MAIWP DAN SEBAGAI NYA. tidak kah saudara ketahui disana ramai org yg baru memeluk islam mendapat perlindungan dan pertolongan dr institusi tersebut bahkan saudara baru itu mendpt biaya dr org perseorangan dan pihak swasta untuk menangung kos perbelajaan dan pelajaran mereka di mesir UNIVERSITI AL-KAHERAH, UMUL QURRA-MEKAH dan universiti yg mendapat diiktiraf kerajaan, bahkan mendapat hak sebagai mualaf -PUSAT ZAKAT membayar fidyah puasa dan sedekah dr golongan berkemampuan kepada mereka. saudara tidak mempunyai maklumat lengkap kot.... tulis sesukahati jer nak memperlekeh kan umat islam yg lain dan secara tak langsung menakutnakut kan org yg baru memeluk islam dengan mempertikai kan keutuhan tali silaturrohim umat islam yg lebih mantap dr golongan kafir sendiri. DANGKAL NYA PANDANGAN SAUDARA NI. DOsa saudara memalukan dan menjatuhkan maruah umat islam ingatlah jgn mempertikaikan sesuatu yg tidak pasti dan tak tepat tetapi memelihara dan memperbaiki adalah jln penyelesaian yg sepatutnya  bukan memburukkan keadaan lagi.


[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Orang Hindu cintakan agama mereka, mereka pergi
bersembahyang di kuil membawa semua ahli keluarga
mereka, daripada cucu mereka yang masih dalam buaian
hinggalah ke datuk nenek mereka yang bertongkat. Orang
Islam cintakan juga agama mereka, tetapi jarang
kelihatan mereka membawa ahli keluarga mereka daripada
cucu hinggakan ke pangkat datuk apabila ada keraian di
masjid, apatah lagi pada ketika solat Jumaat.

Orang Hindu cintakan agama mereka, semua ahli keluarga
mereka berpakaian cantik dan bewarna-warni apabila
pergi ke kuil. Orang Islam cintakan juga agama mereka,
tetapi adakalanya pakaian pergi kerja lebih cantik dan
kemas daripada pakaian apabila pergi ke masjid.

Orang Hindu cintakan agama mereka, mereka menghiasi
cermin kenderaan mereka dengan kata-kata ajaran Hindu
yang memberi semangat kepada mereka untuk lebih
menghayati agama mereka. Orang Islam cintakan juga
agama mereka, tetapi jarang kelihatan menghiasi cermin
kenderaan mereka dengan pelekat-pelekat yang
membesarkan kalimah Allah.

Orang Hindu cintakan agama mereka, dimana mereka
berada mereka akan membina tempat sembahyang tanpa
mengharapkan sumbangan pihak berkuasa. Orang Islam
cintakan juga agama mereka, tetapi sentiasa
mengharapkan pihak berkuasa untuk mendirikan masjid
atau surau.

Orang Hindu cintakan agama mereka, dimana mereka
sentiasa pergi ke kuil untuk mendapat restu sami
mereka. Orang Islam cintakan juga agama mereka, tetapi
jarang bertemu para ulamak untuk mendapat restu
mereka.

Orang Hindu cintakan agama mereka, mereka menjadikan
kuil sebagai tempat rujukan. Orang Islam cintakan juga
agama mereka, tetapi masjid dan surau semakin lama
semakin sepi.

Maka apakah kita mempertahankan Artikel 121 (1A)
Perlembagaan Persekutuan atas dasar kita cintakan
agama Islam, sedangkan kecintaan kita kepada agama
kita tidak seperti kecintaan penganut Hindu terhadap
agama mereka. Kecintaan kita kepada sesama Islam tidak
sama seperti kecintaan penganut Hindu sesama mereka.
Apatah lagi kecintaan kita kepada mereka yang baru
memeluk agama Islam.


Sudi-sudi layari blog saya di waghih.blogspot.com





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com





Do you Yahoo!?
With a free 1 GB, there's more in store with Yahoo! Mail.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke