Kelantan negeri pertama agih dividen ladang untuk rakyat miskin
Thursday, January 26 @ 19:59:46 MYT


Oleh SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU, 26 Jan (Hrkh) - Kelantan merupakan negeri pertama di negara ini melaksana Program Pembangunan Ladang Rakyat sebagai usaha untuk membantu penduduk miskin melalui pengagihan dividen bulanan.

Sebanyak 1606 keluarga miskin disenarai menerima dividen tersebut. Program bersejarah itu dilancarkan Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di sebuah hotel di sini, hari ini.
Serentak itu juga satu perjanjian persefahaman antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan sebuah syarikat swasta, Bold Balance Sdn Bhd diadakan. Menteri Besar mewakili PMBK, manakala Bold Balance diwakili Pengarah Urusannya, Ayub Alias dan Mohd Kamil Harun.
Hadir sama di majlis berkenaan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri Alias, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat, pegawai kanan kerajaan negeri dan ketua-ketua jajahan.
PMBK diberi tanggungjawab mengurus kira-kira 50,000 ekar tanah bagi melaksanakan program pembangunan ladang rakyat. Projek pertama bagi pembangunan tersebut melibatkan kawasan seluas 10,000 ekar di Lubok Bongor, Sokor (Tanah Merah) dan Kandek (Kuala Krai).
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan negeri tidak memberi sumbangan ‘one-off’ kepada rakyat miskin sebaliknya mewujudkan ladang untuk mendapatkan hasil sebelum diagih kepada mereka.
Katanya, melalui program itu rakyat miskin diberi secara berterusan sebanyak RM200 hingga RM300 sebulan dalam bentuk dividen hasil keuntungan ladang yang dijalankan.
“Program ini bukannya untuk menampung perbelanjaan hidup, tetapi ia merupakan program pendidikan kewangan dan peningkatan taraf hidup. Rakyat yang miskin akan memasuki ‘akademi ladang rakyat’, sebagai peserta program, bukannya sebagai tuan tanah,” ujarnya.
Tambahnya, mereka akan dibantu sehingga menjadi ‘graduan’ dari akademik berkenaan, dan dapat keluar dari garis kemiskinan.
Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob berkata, keunikan program terbabit iaitu tanah-tanah kerajaan yang diberi milik kepada PMBK tidak dipajak kepada syarikat sebaliknya diberi milik kepada rakyat.
“Pemilihan syarikat pemaju dibuat menerusi tawaran terbuka secara terperinci. Melalui program ini syarikat diberi hak untuk membangunkan tanah dengan tanaman kelapa sawit dan membayar setiap awal tahun kepada Akaun Amanah Peserta Program Ladang Rakyat untuk menampung program pembasmian kemiskinan.
- /mj


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke