Sent: Wednesday, January 25, 2006 12:42 PM
Subject: ISLAM UNGGUL

 
CARA PENYEMBELIHAN ISLAM ZALIM?



Binatang yang halal dalam Islam dibahagikan kepada dua kategori,
pertamanya, yang susah ditangkap untuk disembelih (seperti rusa dan 
kijang), dan yang keduanya, yang mudah ditangkap untuk disembelih 
(lembu dan kambing). Hal ini dijelaskan Allah dalam surah al-Maidah ayat 94
yang bermaksud, "Wahai mereka yang beriman, sesungguhnya Allah 
mengujimu dengan sesuatu dari binatang buruanmu yang dapat ditangkap oleh 
tangan-tanganmu dan dengan menggunakan tombak-tombakmu." Daging binatang liar 
yang halal dimakan menjadi halal selepas ia diburu dengan menggunakan senjata 
tajam dan ia mati selepas dilukai oleh senjata itu. 
Berhubung dengan ini Adi ibn Hatim pernah bertanya Nabi SAW tentang 
binatang yang mati selepas terkena golok. Baginda bersabda, "Jika kamu melempar 
dengan golok dan golok itu menembusi kulitnya (dan melukainya) maka makanl ah 
dagingnya. Jika tidak maka janganlah dimakan dagingnya." Hadis ini diriwayatkan 
oleh Bukhari dan Muslim. 



Sembelihan dalam Islam dilakukan dengan memutuskan saluran pernafasan
(trachea) dan penghadaman (oesophagus) haiwan di samping pembuluh darah arteri 
karotid (carotid arteries) dan saluran darah jugular  (jugular 
veins) di bahagian kiri dan kanan. Yang tidak boleh dipotong ialah 
saraf tunjang yang terletak di belakang leher haiwan itu. Pemotongan saluran 
pernafasan dan pembuluh-pembuluh darah ini menyebabkan darah terus melimpah 
keluar sekali gus menurunkan tekanan darah secara mengejut di samping 
menjadikan sistem otak terputus dari bekalan oksigen dan glukosa. Keadaan ini 
menyebabkan haiwan itu terus pingsan tanpa 
menderita sakit diikuti dengan kelupur beberapa saat selepas itu. 
Haiwan yang disembelih ini menggelupur disebabkan otaknya telah kehilangan 
oksigen dan bukannya disebabkan sakit. Walau bagaimanapun jantungnya masih 
terus mengepam darah disebabkan saraf tunjangnya yang mengawal sistem denyutan 
jantung masih berada dalam keadaan yang elok kerana ia tidak dipotong ketika 
penyembelihan dilakukan. 



Sebahagian golongan di barat menganggap cara penyembelihan yang
dilakukan oleh umat Islam adalah kejam. Justeru mereka mengetengahkan
pendekatan baru yang dikenali sebagai stunning sebelum penyembelihan 
dilakukan ke atas haiwan. Stunning bermaksud haiwan yang akan 
disembelih dipingsankan terlebih dahulu agar ia tidak berasa sakit ketika
penyembelihan dilakukan. Pendekatan seperti ini dianggap sebagai tidak
kejam. Benarkah begitu?



Antara cara sembelihan yang dipopularkan di barat ialah menggunakan
konsep Captive Bolt Pistol Stunning atau CBP. Mengikut Wikipedia
Encyclopedia, CBP menggunakan sejenis pistol yang diisikan dengan 
peluru dalam bentuk besi pengancing (bolt) yang ditembak di bahagian dahi
binatang. Bagi binatang biasa peluru besi pengancing ini ditembak pada
kelajuan 55 meter./ saat dan bagi binatang yang besar 75 meter / saat. 
Terdapat dua jenis besi pengancing yang sering digunakan sebagai 
peluru.
Pertamanya besi pengancing yang merosakkan bahagian utama otak iaitu
bahagian serebrum dan serebelum dan yang keduanya besi yang sekadar 
memberikan gegaran kuat kepada otak. Selepas ditembak peluru akan
memasuki semula ke dalam pistol. Kedua-dua pendekatan ini menyebabkan
binatang sembelihan jatuh pingsan supaya selepas itu sembelihan dapat
dilakukan ke atasnya tanpa binatang itu menderita sakit. 



Di samping C.B.P., sebahagian haiwan dipingsankan dengan mengenakan
kejutan elektrik ke dalam otak melalui alat tertentu yang dipasang di
kiri kanan kepala haiwan.  Sesetengah haiwan pula, seperti itik, ayam 
dan angsa, dipingsankan melalui kejutan elektrik dalam tangki air
(electric waterbath). Untuk tujuan ini, mengikut laporan yang dibuat
oleh FAWC pada tahun 1982 , haiwan-haiwan ini digantung melalui kakinya
dan kemudiannya kepalanya dicelup ke dalam air untuk menerima kejutan 
elektrik. 



Benarkah pendekatan barat dengan stunning tidak menzalimi binatang?
Mengikut Rebecca Smith dalam artikel Sentenced to Death yang dilaporkan
dalam laman web rasmi Viva (Vegetarians International Voice for 
Animals)di viva.org.uk, setiap tahun 900 juta binatang ternakan disembelih 
untuk dimakan di UK. Beliau menjelaskan, undang-undang UK menuntut agar setiap 
haiwan dipingsankan terlebih dahulu sebelum sembelihan dilakukan. 
Tujuannya ialah agar setiap haiwan tidak berasa sakit ketika sembelihan
dilakukan. Namun, kata Rebecca Smith, "kami telah menganalisi
kajian-kajian saintifik yang terkini serta mendapat pendapat pelbagai
pakar berhubung perkara ini dan kami mendapati apa yang sebenarnya
berlaku amat membimbangkan. Sebenarnya, pendekatan yang dilakukan 
adalah tidak efektif menyebabkan puluhan juta ha iwan berada dalam keadaan 
sedar ketika sembelihan dilakukan. Setiap tahun lebih kurang 1.8 juta khinzir 
dan 5 juta kambing biri-biri yang dipingsankan melalui kejutan elektrik sedar 
semula ketika penyembelihan dilakukan. Tambahan dari itu terdapat kajian yang 
menunjukkan penggunaan kejutan elektrik memang tidak berkesan untuk menyebabkan 
haiwan pingsan. Mengikut seorang pakar, Dr Harold Hillman, haiwan sebenarnya 
berasa sakit ketika kejutan elektrik dikenakan dan baginya ini merupakan satu 
bentuk penyeksaan. Berhubung dengan penggunaan pistol berpeluru seperti 
pengancing besi (captive bolt pistol), setiap tahun penggunaan teknik yang 
salah menyebabkan 230,000 kambing terpaksa menanggung kesakitan selepas 
tembakan dilakukan di kepala. Kadangkala tembakan yang kedua terpaksa dilakukan 
disebabkan tembakan yang pertama gagal menyebabkan kambing-kambing itu pingsan. 
Kajian juga menunjukkan penggunaan kejutan elektrik melalui tangki air
(electric waterbath) ke atas itik, ayam, tu rkeys, geese juga tidak
mencapai matlamat yang dikehendaki. Lebih kurang 62 juta daripada
binatang ternakan ini sedar semula ketika penyembelihan dilakukan." 



(Untuk perincian tentang tajuk ini bacalah dalam Majalah terbitan
Karangkraf bulan Februari, 2006)



Nukilan Dr Danial Zainal Abidin (M.B.Ch.B. Alexandria)

Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy & Motivator Radio Mutiara FM. 

UNTUK MEMBACA IDEA-IDEA DR DANIAL DAPATKAN BUKU-BUKU BELIAU IAITU:



  a.. Buku 'Bahan Berdakwah Untuk Remaja Moden.'
  b.. Buku 'Kit Kombat Islam.'
  c.. Buku 'Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden.' 
  d.. Buku 'Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad.'
  e.. Buku 'Empayar Minda Muslim.'
  f.. Buku '7 Formula Individu Cemerlang.'
  g.. Buku Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran.'
 
WALLAHUA'LAM





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke