Seremban Jumaat 27 Jan - Dewan Pemuda PAS Pusat serta Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan hari ini telah mengadakan perjumpaan dan menyerahkan memorandum sokongan diatas pengekalan Artikel 121 (1A) kepada Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Sohibussamah Dato Hj Murtadza bin Hj Ahmad.
Perjumpaan tersebut telah diketuai oleh Sdr Hanipa Maidin Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Tn Hj Taufek Abd Ghani Timbalan Ketua Pemuda PAS N.Sembilan, Sdr Zulkefly Omar Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan serta beberapa barisan kepimpinan pemuda di peringkat negeri. Dalam pertemuan yang diadakan dalam suasana yang mesra tersebut Dewan Pemuda telah menyatakan pendirian mereka betapa perlunya Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan perlu dipertahankan demi kepentingan umat Islam di Malaysia ini. Disamping itu penerangan kepada rakyat yang bukan Islam haruslah diberikan agar mereka tidak dikelirukan daripada perkara yang sebenarnya, iaitu keadilan untuk semua bangsa dan agama yang diamalkan Islam. Perjumpaan yang diadakan di Jabatan Mufti ini adalah sebahagian daripada program Road Show Dewan Pemuda PAS Pusat untuk memberikan gambaran sebenar mengenai Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com Untuk menyertai forum PAS N.Sembilan sila klik sini http://groups.yahoo.com/group/pasn9 Untuk maklumat lanjut sila hubungi : Lajnah Penerangan dan Dakwah Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji, Ampangan, Seremban Tal : 013-3426346 e-mel : [EMAIL PROTECTED] MEMBANGUN BERSAMA ISLAM __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
<<attachment: mufti.jpg>>
