| Hina Nabi, Pemuda PAS gesa Kerajaan Denmark mohon maaf secara rasmi |
| Oleh Wan Nordin Wan Yaacob | |
| KUALA LUMPUR, 3 Feb (Hrkh) - Meskipun akhbar Denmark, Jyllands-Posten yang menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad s.a.w telah membuat permohonan maaf atas siarannya itu, Dewan Pemuda PAS Pusat tetap mahu kerajaan Denmark membuat permohonan maaf secara rasmi kepada umat Islam di seluruh dunia. Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS, Hanipa Maiden kerajaan Denmark seharusnya bertanggungjawab ke atas sikap biadap akhbar tempatan negara itu yang menghina Nabi Muhammad. "Menghina Nabi Muhammad bermakna menghina Islam itu sendiri.Ini satu perkara yang biadap,
dan kerajaan Denmark harus bertanggungjawab ke atas rakyatnya," katanya ketika berucap di hadapan Wisma Denmark (bangunan yang menempatkan Kedutaan Denmark di Malaysia) selepas menyerahkan memorandum kepada Duta Denmark di Malaysia, Borge Peterson dekat sini sebentar tadi. Memorandum yang mendesak kerajaan Denmark memohon maaf secara rasmi itu diserah kepada Peterson di Lobi Wisma Denmark selepas pihak kedutaan Denmark dikatakan hanya mahu bertemu dengan rombongan Pemuda PAS di lobi wisma tersebut. Turut serta dalam penyerahan memorandum itu ialah, Ketua Pemuda PAS Perak Ustaz Norazli Musa, Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Pusat, Azli Yusof dan 100 penyokong PAS. Bagaimanapun tiada kekecohan berlaku ketika perhimpunan sempena menyerahkan memorandum itu diadakan. Menurut Peterson, beliau berjanji akan menyerahkan memorandum Pemuda PAS itu kepada Perdana Menteri Denmark, Anders Fogh Rasmussen bagi tindakan selanjutnya.
Bagaimanapun ketika ditanya mengenai permohonan maaf itu, Peterson menyatakan bahawa akhbar Denmark itu telahpun membuat permohonan maaf atas karikatur menghina Nabi Muhammad itu. Begitupun, beliau tetap hormat dengan desakan yang dibuat umat Islam di Malaysia yang turut tersinggung dengan penghinaan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w itu. Terdahulu sebelum ini, Ketua Pengarang akhbar Denmark yang menyiarkan siri kartun menghina Nabi Muhammad s.a.w. memohon maaf kerana telah menyinggung perasaan umat Islam. Langkah itu diambil ketika kemarahan merebak di seluruh dunia Islam sehingga mengancam kegiatan perdagangan dan menimbulkan ancaman keselamatan bagi rakyat negara-negara Nordik. "Kartun yang disiarkan tidak melanggar undang-undang Denmark tetapi ternyata telah menyinggung perasaan ramai orang Islam dan kerana itu kami memohon maaf,'' tulis Ketua Pengarang akhbar Jyllands-Posten, Carsten Juste dalam sepucuk surat
kepada agensi berita Petra di Jordan. Siri 12 kartun yang disiarkan pada September lepas itu pada mulanya tidak menimbulkan banyak reaksi tetapi disiarkan semula kemudian dalam sebuah majalah Norway lalu mencetuskan kemarahan antarabangsa dan mendorong pemimpin Islam menuntut pihak terbabit memohon maaf. (Ikuti laporan lanjut komen dari pelbagai pertubuhan termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam, dan parti politik dalam Harakah cetak 9 Februari ini) |
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
