Boikot segera barangan Denmark PDF Cetak
Sun | Feb 05, 06 | 05:29:41 PM
Oleh Saidatul Amani
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Hrkh) - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepakat menyeru seluruh umat Islam sedunia supaya memboikot barangan Denmark dan negara yang terlibat menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Jyllands-Posten akhbar bersifat bebas dan paling besar serta berpengaruh di Denmark telah menyiarkan lakaran 12 karikatur Nabi Muhammad s.a.w yang antaranya menggambarkan baginda memakai serban berbentuk peluru berpandu selain dilabel sebagai pengganas yang paling dikehendaki.
Mengulas tindakan biadap itu, Presiden Persatuan Penguna Islam, Dr Ma'amor Osman menyeru seluruh umat Islam supaya memboikot semua barangan Denmark walaupun barangan keluaran itu tidak banyak terdapat di Malaysia.
Beliau menegaskan, semua umat Islam amat wajar menyatakan rasa marah dan kesal dengan sikap serta tindakan keterlaluan daripada pihak akhbar Jyllands-Posten (JP).
Menurut beliau, sempena Maal Hijrah sudah tiba masanya umat Islam perlu bersatu padu menyatakan kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w. dengan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bukan sahaja menghina Rasulullah bahkan memperlekeh kesucian agama Islam.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Yusri Mohamad pula berharap umat Islam tidak mengambil tindakan di luar batas demi menjaga nama baik dan kesucian agama Islam
Katanya, tindakan provokosi yang dicetuskan oleh akhbar JP Denmark itu tidak boleh dibalas dengan cara melulu kerana ia mungkin akan menghilangkan isu asal sebaliknya tindakan agresif umat Islam akan diperbesarkan.
Beliau turut mencadangkan supaya umat Islam melakukan boikot terhadap barangan Denmark memandangkan Malaysia tidak bergantong sepenuhnya terhadap ekonomi negara tersebut.
Katanya, Abim juga akan menghantar memorandum kepada kedutaan Denmark bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap penghinaan tersebut.
Sementera itu, Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin menegaskan, umat Islam akan membantah tindakan mana-mana individu serta negara yang bukan sahaja menghina Rasulullah s.a.w. bahkan semua nabi yang menjadi ikutan umat Islam.
Beliau berkata, walaupun umat Islam memahami bahawa masyarakat Barat mempunyai kebebasan bersuara dan sebagai tetapi mereka juga perlu faham tentang agama serta sensitiviti umat Islam yang ada hadnya.
Katanya, bagi masyarakat Barat mereka tidak pelik untuk mempersendakan agama mereka kerana ia merupakan suatu perkara biasa sebaliknya dalam konteks Islam ia merupakan suatu perkara yang terlalu sensitif.
Beliau menegaskan, Denmark dan negara terlibat perlu bersedia dengan tindakan umat Islam untuk terus memboikot barangan mereka kerana ia merupakan satu perkara yang paling mudah untuk dilakukan. - mks.


Yahoo! Cars NEW - sell your car and browse thousands of new and used cars online search now


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke