Laporan ekslusif "School of terror' disyakki ada motif tersembunyi PDF Cetak
Sat | Feb 04, 06 | 11:46:56 AM
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
 
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Hrkh) - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mendakwa tajuk utama “School of terror” yang dilapor dalam akhbar harian berbahasa Inggeris sebagai cerita eksklusif pada 2 Februari lalu disyakki mempunyai motif tersembunyi.
Menurut Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, dalam laporan ekslusif akhbar itu menyatakan Jemaah Islamiah (JI) mempunyai sebuah rumah di Pakistan yang didiami oleh pelajar-pelajar Malaysia dan Singapura yang diindoktrinkan dan dipersiapkan untuk kegiatan militan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan akhbar harian berbahasa Inggeris itu kepada Harakah sebentar tadi. 
Turut disiarkan ialah pengakuan berkenaan dibuat oleh Gungun Rusman Gunawan, (adik kepada Ridwan Ishamuddin atau lebih dikenali sebagai Hambali), yang katanya membuat pengakuan kepada polis Indonesia tahun lalu, katanya.
Menurut laporan akhbar itu , kandungan tersebut didedahkan kepada mereka baru-baru ini oleh ‘satu sumber’, kata Syed Ibrahim.Menurut laporan itu lagi, Gungun dan 18 orang lagi (termasuk 13 warga Malaysia) telah ditahan oleh Agensi Persekutuan Pakistan dan Agensi Perisik Persekutuan (CIA) di Karachi pada September 2003 kerana disyaki terlibat dalam aktiviti-aktiviti militan.
Gungun yang kemudiannya dihantar balik ke Indonesia selepas penahanan beliau, kini sedang menjalani hukuman empat tahun penjara di Indonesia kerana didakwa membantu membiayai pengeboman Hotel J.W. Marriott  di Jakarta, katanya yang merujuk kepada laporan itu.
Mengulas laporan itu Syed Ibrahim berkata, GMI kecewa pihak tertentu sekali lagi menggunakan media untuk memaparkan laporan eksklusif sebegitu dalam keadaan di mana sumber maklumatnya tidak jelas dan pengakuan dibuat oleh individu-individu terlibat ketika atau masih dalam tahanan polis, katanya.
GMI mempersoalkan motif keluaran laporan ini terutamanya oleh akhbar tersebut yang pembacanya lebih ramai di kalangan kaum Cina sedangkan individu yang dikatakan terlibat di sekolah-sekolah di Pakistan terdiri daripada kalangan orang Islam, katanya.
"Media pernah digunakan dua tahun lalu untuk mengemukakan pengakuan oleh individu-individu yang dikatakan terlibat dengan aktiviti militan. GMI telah mengemukakan bantahannya dalam bentuk kenyataan akhbar, masing-masing pada 1 dan 4 April 2004 dan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam)  pada 9 April 2004," kata Syed Ibrahim.
Sehubungan itu, GMI memandang serius laporan seperti ini kerana beberapa sebab, antaranya ianya mencabuli hak asasi, pemaksaan tahanan dalam membuat pengakuan dan kesempatan yang diambil media serta pihak tertentu ketika ini sangat dicurigai, kata Syed Ibrahim lagi.
Ianya berlaku kepada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang pernah dilaporkan oleh GMI sebelum ini.
(Ikuti laporan lanjut dalam Harakah cetak 9 Januari ini)


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke