| PAS Johor ucap takziah kepada keluarga mangsa rogol dan bunuh |
| Oleh Salman Hussin | |
| JOHOR BAHRU, 3 Feb (Hrkh) PAS Johor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa rogol dan bunuh, Syafiqah Mohd Borhan, 15, yang ditemui mati baru-baru ini. Ucapan takziah ini telah disampaikan Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) PAS Johor, Haji Dzulkifly Ahmad, semasa mengunjungi rumah keluarga mangsa di Bandar Baru Uda (BBU) Skudai, dekat sini, Rabu kelmarin. Hadir sama Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman, YDP Pulai, Abdullah Ideris serta lebih 100 ahli PAS
lainnya. Turut hadir menziarahi keluarga ini bapa kepada seorang lagi mangsa kejadian yang sama kira-kira dua tahun lalu di Kampung Pekajang Gelang Patah, Nurul Huda Abd Ghani, 10, yang ditemui mati di tandas balai pengawal Stesyen Janakuasa Elektrik, tidak jauh dari rumah mangsa. Syafiqah, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim (SIGS) dekat sini, Jumaat lalu ditemui mati kira-kira 200 meter dari rumahnya ketika dalam perjalanan ke sekolah. Terdahulu keluarga mangsa telah membuat lapuran polis setelah mangsa tidak pulang ke rumah, bagaimana pun tiga hari kemudian iaitu pada 27 Januari mayat mangsa ditemui tidak jauh dari rumah mereka. Sebagai tanda simpati PAS Johor telah mengadakan solat hajat, tahlil dan bacaan yasin di rumah keluarga tersebut, selain itu PAS Johor juga turut menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga berkenaan. Ketika ditemui, Dzulkifly memberitahu, insiden malang yang menimpa Syafiqah ini mengingatkan kembali peristiwa malang yang turut menimpa adik Nurul Huda Abd Ghani, 10, di Kampung Pekajang Gelang Patah, kira-kira dua tahun lalu. Doa balasan setimpal "Kita mengharapkan penjenayah yang kejam dan tidak berperkemanusiaan ini segera diberkas polis dan solat hajat yang kita lakukan tadi juga memohon kepada Allah SWT supaya memberi pembalasan setimpal kepada penjenayah tersebut," katanya. Sementara itu Abd Ghani Juni (bapa Nurul Huda) ketika ditemui memberitahu, beliau merasa terpanggil untuk memberi sokongan moral serta berkongsi pengalaman dengan keluarga mangsa kerana insiden yang menimpa keluarga ini sama seperti yang dialami keluarga beliau dua tahun lalu. Bukan sesuatu yang mudah untuk melupakan kejadian yang menyayat hati ini, walau pun sudah dua tahun berlalu namun ingatan terhadap orang tersayang yang pergi buat selama-lamanya ini seringkali mengganggu perasaan kami sekeluarga," katanya lagi. - zs |
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
