| Sahih Bukhari Jilid 2 Bab meninggikan suara di dalam masjid Ahmad menyampaikan kepada kami (imam al-Bukhari) katanya, Ibnu Wahab
menyampaikan kepada kami (Ahmad) katanya, Yunus berkata Yazid telah mengajar kepada aku daripada Ibnu Syihab katanya, Abdullah bin Ka`ab bin Malik menyampaikan kepada aku bahwa Ka`ab bin Malik memberitahukan kepadanya bahwa sesungguhnya Ka`ab menuntut hutang daripada Ibnu Abi Hadrad, iaitu hutang yang dipinjamkan olehnya kepada Ibnu Abi Hadrad dan ini terjadi di zamannya Rasulullah saw di dalam masjid. Suara kedua orang itu terdengar keras sekali, sehingga didengar oleh Rasulullah saw yang di waktu itu sedang berada dalam rumahnya. Rasulullah saw lalu keluar kepada dua orang tadi, sehingga membuka tabir biliknya dan lalu berseru: "Hai Ka`ab bin Malik." Ka`ab berkata: "Labbaik (kupatuhi panggilan anda) ya Rasulullah." Baginda saw lalu memberi isyarat dengan tangannya yang mengandung erti supaya dibebaskan separuh hutangnya. Ka`ab berkata: "Hal itu sudah saya lakukan, ya Rasulullah." Rasulullah saw lalu bersabda: "Sudah tinggalkanlah, lalu yang berhutang itu supaya melunasi
hutangnya." Semua kita sedia maklum bahwa rumah Nabi hanya bersebelahan dengan masjid Nabawi, so no wonder Nabi saw boleh dengar dengan jelas pertengkaran sahabat-sahabatnya di masjid. Namun hari ini, sekiranya tuan-tuan pi ziarah Masjid Nabawi, perlu diingatkan bahwa tapak bekas rumah Nabi yang di situ juga adalah makam Nabi, maka ia tidak termasuk dikalangan Masjid Nabawi, ini disebabkan Nabi saw sendiri yang melarang kuburnya dijadikan sebagai masjid. Jadi, kalau tuan-tuan pi sembayang tahiyatul masjid betul-betul di tapak bekas rumah Rasulullah, maka tuan-tuan tidak akan dapat pahala fadhilat Masjid Nabi, sebab kawasan
tersebut tidak termasuk dalam kawasan masjid. Larangan Nabi supaya tidak dibina masjid di atas kuburnya disebabkan baginda tidak mahu melihat adanya anasir syirik di kemudian hari. Baginda tidak mahu kita ikut jejak perbuatan kaum Yahudi dan Nasrani, yang apabila ada orang soleh dikalangan depa mati, depa akan buat masjid (tempat depa beribadat) di atas kubur orang soleh itu dan pi lukis macam-macam gambar dalam masjid yang depa buat tadi. Kata Nabi saw dalam hadith Aisyah itu, "Mereka itulah seburuk-buruk makhluk di sisi Allah di hari qiamat kelak." Namun hari ini berapa banyak masjid didirikan di atas makam para wali walaupun Nabi
melarang keras perbuatan tersebut?...Banyak tuan-tuan. Sahabat ana yang bertugas di konsulat M`sia di Madras cerita, kebanyakan masjid-masjid kat area Madras cantik-cantik belaka, tapi disebalik kecantikan itu terdapat benda kurafat di dalamnya. Setiap masjid yang dibina indah di sana kalau tuan-tuan check, mesti akan ada kubur wali di dalam masjid tersebut. Nak ceritanya disini, bagaimana masjid-masjid yang ada makam wali di dalamnya dijaga dengan begitu rapi oleh kerajaan India. Walhal semua masjid sama saja dari segi syara`, melainkan tiga masjid seperti yang disebut oleh Nabi saw, iaitulah Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa. Jadi, kat M`sia ni kalau ada orang dakwa semayang kat masjid tempat dia boleh lebih pahala dari masjid-masjid lain, maka dia mendustai Rasulullah saw (nauzubillah). Tuan-tuan, yang kata wali Allah ni, bukan kerja dia bagi pahala kat orang, atau bukan kerja dia buat demonstrasi berjalan atas air tak tenggelam, atau bukan kerja dia ajar ilmu kebal kat orang; tetapi yang dikatakan auliya` itu ialah orang-orang yang komited sebagai penolong-penolong agama Allah. Ketika Islam dicabar, ketika itu dia turun jihad dengan niat mempertahankan Islam, maka wali Allah lah dia. Tuan-tuan, hari ini orang bukan Islam punya benci kat Islam dah sampai ke tahap terang-terang. Kat Afghanistan, kat Iraq, takyah ceritalah, terang-terang depa mai bunuh orang Islam di dalam negara orang Islam itu sendiri. Depa bunuh tu pula, depan mata orang-orang Islam yang lain, yang sekadar boleh tengok saja tanpa boleh buat apa pun. Di Eropah hari ini, kita lihat bagaimana depa hina
Rasulullah saw dengan buat gambar kartun. Lagi sekali, kita hanya sekadar boleh boikot saja barang-barang dari negara-negara Eropah tersebut. Dan hari ini juga, dalam negara kita sendiri, terang-terang orang-orang bukan Islam telah merancang sesuatu yang amat membimbangkan. Tahun lalu depa bentuk IRC (Inter Religion Counsil) dengan tujuan kononnya nak berbincang tentang agama masing-masing, tetapi sebenarnya mereka sedang buat survey tentang kekuatan Islam di M`sia. Hasilnya bila depa tengok Islam di M`sia semakin layu, hari ini depa bentuk lagi satu lagi pertubuhan, iaitulah IFC (Inter Faith Commission), sebagai gambaran kebencian mereka kepada Islam sudah sampai ke kemuncaknya. Pertubuhan ini disokong oleh lawyer-lawyer yang bukan Islam (bukan kecik anak punya lawyer, semua depa hat lawan high court punya kes), semua menteri bukan Islam di dalam parlimen, dan 50 ahli politik beragama Islam (geng ni yang bagi kita pening). Baru-baru ini ketika umat Islam menyambut Eidul Adha,
pendokong-pendokong IFC telah melakukan demostrasi di KL yang langsung tidak dikacau oleh FRU (refer foto-foto yang di snap oleh wartawan majalah Millenium Muslim). Namun apabila NGO-NGO Islam, buat sepanduk-sepanduk sebagai bantahan kepada IFC, belum lagi depa buat demonstrasi, tapi terus NGO-NGO Islam itu ditegur oleh FRU. Nampak tak tuan-tuan, apa yang sedang berlaku dalam negara kita hari ini? Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong
penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia. Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...Depa send memorandum kepada PM minta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Antaranya: 1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, "Hang nak ikut ugama apa?"...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara. 2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu, depa minta di"tiada"kan. 3) Mana-mana orang bukan Islam
kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam. 4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam. 5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam. 6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam. 7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau takdak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar. 8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam. 9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka. 10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang. 11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di
seluruh negara. 12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, antum boleh refer dalam majalah Millenium Muslim. Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!"...Datuk Harussani balas dalam majalah "Millenium Muslim", katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!"...Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai
tak boleh nak buka! -------------------------------------------------------------------------- [3] Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya:
"Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain. Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut) Allahu ta`ala `alam. 6 Februari 2006 |
Yahoo! Mail - Helps protect you from nasty viruses.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
