Zakaria Latif <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

(Embedded image moved to file: pic06334.pcx)
Semoga semua beroleh keberkatan yang berpanjangan dari Allah SWT.

Hadis riwayat Muslim, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
'Barang siapa melewati jalan di mana ia menuntut ilmu pada jalan itu,
nescaya Allah SWT memudahkan kepadanya jalan menuju ke syurga'.

Berikut adalah Tentatif Program Karnival Maal Hijrah Sempena Tahun Baru
Hijrah 1427 anjuran Masjid Asy-Syakirin, KLCC bermula dari 10 hb - 12 hb
Februari 2006 ini, Insya'Allah.


KARNIVAL MAAL HIJRAH 1427.

HARI PERTAMA JUMAAT (10 FEBRUARI 2006)
12.00-01.30 FORUM PERDANA SEMPENA MAAL HIJRAH 1427
PENGERUSI FORUM : YG BBHG. USTAZ ZULKARNAIN HAMZAH.
PANELIS 1 : YG BBHG. DATO' HAJI DAUD CHE NGAH.
PANELIS 2 : YG BBHG. PROF. SALLEH HAJI AHMAD
(UIAM).
FORUM PERDANA DITAJA OLEH MUSLIM CARE DENGAN KERJASAMA
MASJID ASY-SYAKIRIN.
PETANG
02.00 - 07.00 PAMERAN / GERAI OLEH NGO DAN PRODUCT BARANGAN
ISLAM.
PAMERAN INI AKAN BERTERUSAN DISEPANJANG TEMPOH KARNIVAL
INI DIADAKAN.

MALAM
07.45 - 09.00 CERAMAH SEMPENA MAAL HIJRAH OLEH YG BBHG USTAZ
ZULKARNAIN HAMZAH.

HARI KEDUA SABTU (11 FEBRUARI 2006)
PAGI
08.00 - 08.30 PENDAFTARAN PERSERTA NASYID KANAK KANAK
08.30 ? 09.00 UCAPAN PENGERUSI MAJLIS UCAPTAMA PERASMIAN
09.00 ? 01.00 PELANCARAN KELAB REMAJA PERTANDINGAN NASYID
KANAK ? KANAK

PETANG
01.00 ? 02.00 REHAT , SOLAT ZOHOR
02.00 ? 03.00 SLOT TAYANGAN AIR MATA PALESTIN
03.00 ? 04.30 PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN NASYID KANAK ?
KANAK
04.30 ? 05.00 REHAT , SOLAT ASAR
05.30 ? 07.00 PERSEMBAHAN MULTIMEDIA , TANGISAN AIR MATA PALESTIN
? DR. ZAINOR RASHID

MALAM
07.00 ? 09.00 SOLAT MAGRIB , CERAMAH OLEH US. ZULKIFLI AHMAD ,
SOLAT ISYAK
09.00 ? 09.15 PERSEMBHAN MULTIMEDIA
09.15 ? 10.15 FORUM MAAL HIJRAH
10.15 ? 12.00 KONSERT NASYID - KUMP. NASJID JEMPUTAN: UNIC &
NASYID PELAJAR UM


HARI KETIGA AHAD ( 12 FEBRUARI 2006)

PAGI.
04.00 - 05.45 QIAMULLAIL PIMPINAN YG BBHG USTAZ ZULKARNAIN
HAMZAH.

PROGRAM SEMINAR KELUARGA MUSLIM ANJURAN MASJID ASY-SYAKIRIN KLCC.
08.30 ? 09.00 PENDATARAN SEMINAR KELUARGA MUSLIM
09.00 ? 10.30 CERAMAH 1 HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI
TERHADAP KELUARGA
OLEH YG BBHG USTAZ AHMAD DASUKI ABD RANI.
10.30 ? 11.00 REHA, MINUM PAGI
11.00 ? 12.30 CERAMAH 2 PENDIDIKAN ANAK ? ANAK DARI PERSPEKIF
ISLAM
OLEH YG BBHG USTAZ WAN AKASHAH / USTAZAH SITI NOR BAHYAH.
12.30 ? 02.00 REHAT, MAKAN, SOLAT ZOHOR

PETANG
02.00 ? 04.00 CERAMAH 3 UNDANG ? UNDANG KELUARGA ISLAM DARI
PERSPEKTIF SYARAK DAN PERUNTUKANNYA DI
MALAYSIA OLEH USTAZ ZAWIYAH HASSAN.
04.00 ? 04.30 MAJLIS PENUTUP
04.30 ? 05.30 MINUM PETANG , SOLAT ASAR , BERSURAI

PENDAFTARAN SEBANYAK RM 10.00 TEMPAT TERHAD / MAKANAN & MINUMAN DISEDIAKAN
SILA HUBUNGI : IMAM 1 MASJID ASY-SYAKIRIN US MOHD ABD NASIR ABDULLAH -012 3205038 / PEJABAT  03 23801291 /
US SHAARANI- 012 6458083 / EN SAIFUL- O12 6484650 / EN ZAKARIA  012 6935938


Seperti biasa Masjid Asy-Syakirin, KLCC ingin mengajak muslimin dan
muslimat, agensi kerajaan/swasta dan Ngo untuk menyumbang derma bagi
menjayakan program masjid mendekati masyarakat ini demi kepentingan Dakwah
Islamiah dan syiar Islam. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi pejabat
Masjid 03-23801291 atau 012-6935938.

Pihak Masjid Asy-Syakirin, memohon jasa baik muslimin dan muslimat semua,
agar memanjangkan e-mail ini kepada kaum keluarga dan sahabat-handai.
Kerjasama dan sokongan semua didahului dengan ucapan ribuan terima. Semoga
ianya diterima sebagai amalan yang soleh di sisi Allah SWT.

Apa yang baik dari Allah SWT, kekurangan adalah kelemahan kami. Ribuan
kemaafan dipohon.

Taqabalallah minna wa minkum.

B/P Pihak Masjid Asy-Syakirin, KLCC.

(Embedded image moved to file: pic26500.pcx)
Berita berhubung Misi Ke-4 Bantuan Kemanusiaan Muslim Care untuk Mangsa
Gempa Bumi di Pakistan.

Alhamdulillah, Misi Ke-4 Muslim Care ke Balakot, Pakistan dari 27 hb
Januari hingga 03 hb Februari 2006 berjalan dengan jayanya. Melalui Misi
tersebut Muslim Care telah menyumbang sumbangan tuan-puan sejumlah RM32K
untuk membantu mangsa gempa bumi tersebut. Jumlah ini termasuk yang
diagihkan melalui Al-Khidmat Foundation (untuk pembinaan rumah-rumah
kediaman yang sempurna kepada mangsa-mangsa) dan melalui PIMA (Pakistan
Islamic Medical Ass.) untuk hal-ehwal rawatan kesihatan dan perubatan
mangsa-mangsa terbabit. Data agihan sumbangan tersebut akan disiarkan dalam
e-mail akan datang.

Apa yang menarik ialah Dasar yang diamalkan oleh Al-Khidmat dalam membantu
mangsa tersebut dengan mengamalkan Konsep memberi pengail dan bukan memberi
ikan. Al-Khidmat lebih berminat mendidik mangsa-mangsa agar lebih berdikari
dengan cara menyediakan banyak bengkel-bengkel memproses pokok pine untuk
dijadikan kayu-kayan / bahan binaan. Manakala untuk mencari pokok pine dan
kerja-kerja memprosesnya serta membina diserahkan kepada penduduk tempatan
untuk mengerjakannya secara gotong-royong.

Setakat ini jumlah bengkel-bengkel tersebut amat minima. Untuk tujuan itu,
semasa perundingan pertama diadakan bersama Al-Khidmat, Muslim Care telah
menyerahkan sumbangan tuan/puan sebanyak USD4000.00 untuk tujuan pembelian
3 mesin memproses kayu bernilai USD3000.00 setiap satu. USD1000.00 lagi
untuk tujuan pembelian bahan binaan bumbung (Metal Deck). Dihari akhir
lawatan, kami tambahan lagi sumbangan sebanyak USD2000.00. Total sumbangan
-/+ USD6000.00.

Setakat ini keperluan mesin-mesin ini amat mendesak. Kami diberitakan
khemah-khemah penempatan mangsa-mangsa ini akan ditutup pada bulan March
ini. Mangsa terlibat dan Ngo Al-Khidmat yang tenaga kerjanya membantu
secara sukarela amat terdesak untuk menyiapkan rumah-rumah tersebut. Oleh
itu, ini adalah salah satu peluang untuk kita membantu saudara seislam kita
menyediakan keperluan asas mereka disamping mendapat ganjaran dari Allah
swt dihari kemudian kelak, Insya'Allah.

Disamping itu, Muslim Care telah mengadakan perundingan dengan pihak Gilani
Hospital Complex, di Abbottabad yang diwakil oleh Prof. Dr. Syed Ali Asghar
Shah, untuk Projek Baik-pulih dan Pembinaan semua hospital tersebut yang
terjelas fizikalnya kesan gempa bumi yang berlaku baru-baru ini. Hospital
ini adalah Medical Centre yang terdekat kawasan-kawasan yang terlibat
dengan bencana gempa bumi tersebut. Semua kes-kes rawatan kecemasan akan
dirujuk ke hospital ini. Oleh itu Muslim Care terpanggil untuk mengajak
tuan-puan semua untuk menjayakan projek ini demi memenuhi keperluan saudara
kita yang ditimpa bencana.

Sekali lagi, kepada para muslimin dan muslimat yang ingin bersama-sama
Muslim Care untuk menjayakan Missi di atas selain Misi Bantuan Mangsa
Tsunami Acheh, boleh menyalurkan sumbangan melalui Akaun Muslim Care di
Bank RHB atas nama Muslim Care. No.Akaun : 26-2120-0000-4747. Mohon kepada
penderma agar memaklumkan setiap sumbangan kepada saya melalui e-mail ini
atau sms melalui no. H/phone 012-6935938 untuk tujuan rekod dan tindakan
selanjut.

Sebelum mengudur diri, saya sampaikan di sini salam dan ucapan penghargaan
daripada saudara-saudara seislam kita khasnya di Balakot dan umumnya di
Pakistan kepada tuan/puan semua. Mereka amat menghargai dan mengharap
sokongan dari kita semua. Kehadiran dan pemergian rombongan kami, disambut
dan diiringi dengan airmata. Kerana pada mereka, amat jarang mereka
menerima tetamu seagama daripada luar Pakistan datang meziarah mereka yang
ditimpa bencana. Nasihat kami kepada yang berkesempatan, kami cadangkan
pergilah ziarah mereka. Insya'Allah di sana tuan/puan akan menemui erti
betapa kukuhnya ikatan persaudaraan apabila ianya diikat dengan ikatan
Akidah Islamiah.

Sekian untuk kali ini. Maaf diatas segala kelemahan. Terima kasih kepada
para penderma semua.
Sokongan dan sumbangan amat diperlukan dan dihargai. Moga Allah membalas
segala kebaikan tuan/puan. Wassalam.

B/p Muslim Care.


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke