| Caj air di Kelantan antara termurah di Malaysia |
| Oleh Wajdi Mayusoh | |
| Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman berkata, Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang mengendalikan bekalan air bersih
di negeri ini bukan semata-mata berorientasikan keuntungan. Sebaliknya untuk memberi perkhidmatan dan kebajikan kepada rakyat. Biar pun beroperasi sebagai syarikat swasta, namun masih boleh memberi perkhidmatan yang baik kepada pengguna tanpa mengenakan caj yang tinggi, katanya ketika merasmikan perlepasan air AKSB di Kampung Belukar Limbat, Pasir Tumboh petang kelmarin. Hadir sama, Adun Pasir Tumbuh, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah dan pegawai kanan AKSB. Md Anizam berkata, bagi memastikan AKSB beroperasi mengikut kehendak kerajaan negeri, syarikat itu diletakkan di bawah Perbadanan Menteri Besar. Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan bekalan air yang lebih baik kepada semua rakyat dengan menyediakan prasarana antaranya membina loji baru, mengganti paip lama dan menaik taraf loji sedia ada. Misalnya untuk loji air Kampung Chicha kerajaan membelanjakan sebanyak RM60 juta, walaupun perbelanjaannya
besar tetapi demi kemudahan untuk rakyat kerajaan sanggup berbuat demikian, katanya. Selain itu katanya, kerajaan negeri memperuntuk sebanyak RM5,000 bagi setiap DUN untuk membantu rakyat miskin mendapatkan kemudahan bekalan air bersih. Beliau juga berkata, bagi menggalakkan orang ramai menggunakan bekalan air bersih, AKSB memperkenalkan permohonan secara berkelompok, di mana caj pemasangannya yang dikenakan lebih murah berbanding permohonan secara individu. Misalnya permohonan dibuat secara berkelompuk melibatkan 30 pemohon ke atas, caj sambungan air paip ke rumah dikenakan sebanyak RM22, berbanding RM65 bagi permohonan secara individu. Menurut juga, AKSB sehingga sekarang mempunyai saluran paip sejauh kira-kira 8,000 kilometer untuk menyalurkan bekalan air kepada lebih 700,000 pengguna di seluruh Kelantan. Setakat ini 70 peratus bekalan air di negeri ini dibekalkan air di bawah AKSB dan 30 peratus lagi oleh pihak
lain antaranya Kesedar di kawasan Hulu Kelantan, Jabatan Kesihatan dan pasukan tentera, katanya. |
Win a BlackBerry device from O2 with Yahoo!. Enter now.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
