Assalamualaikum,

 
Ada seseorang menghantar email peribadi kepada saya menyuarakan pendapatnya kenapa isu seperti ini perlu diulas seolah-olah kita terlalu mengambil tahu hal artis. Hal lagho dsb.
 

Sebenarnya saya sendiri pun tak duduk mengadap tv  menonton Juara Lagu kerana ada keutamaan lain. Apa yang mencetuskan saya untuk mengulas ialah apabila melihat orang memiliki kesalah-fahaman berkenaan dengan Juara Lagu yang dikaitkan dengan tinggal solat sahaja. Bagi saya, kita bertanggungjawab untuk highlight bahawa masalah bukan sekadar tinggal solat. Jika bersolat, berpakaian menutup aurat tetapi duduk dalam majlis maksiat – tetap dapat dosa juga. Sebenarnya kita perlu juga menyedarkan kepada umat Islam bahawa setakat menjalankan ibadah khusus sahaja bukan bermakna kita telah cuba semaksima mungkin untuk melihat Islam itu dimartabatkan (rujuk surah at-thagabun 60:16). Islam bukan sekadar duduk di masjid dan di atas sejadah (rujuk asbab an-nuzul surah taubah ayat 24). Dalam pada itu, umat Islam juga perlu dimaklumkan kenapa ia berlaku yang mana saya sentuh tentang menjana keuntungan tanpa mengira halal-haram. Ulasan saya menjurus pada symptom (orang tinggal solat sebab nak tengok juara lagu) dan juga akar masalah (root of the problem) iaitu tidak adanya Islam diterapkan/dilaksanakan secara Kaffah (keseluruhan) menjadikan sistem selain Islam iaitu sistem kapitalis bermaharajalela dan halal-haram tidak dipedulikan. Apabila mereka memegang kuasa – mereka bebas menerapkan apa sistem atau perundangan untuk semua. Hasilnya ialah symptom atau tanda-tanda lahir dari berpaling dari peringatan Allah (rujuk surah taaha ayat 124) iaitu kemaksiatan dsb. Masalah akar disini adalah tidak adanya Islam dalam kehidupan secara syumul, menyeluruh hingga artis muncul setiap hari, ujud majlis maksiat hingga solat entah ke mana dsb. Masalah tidak selesai dengan mengubati symptoms sahaja tetapi akar masalah (punya penyakit sebenar) yang perlu diubati. Punca masalah ini hanya dapat dilaksanakan dengan mengambil/melanjutkan Islam dalam kehidupan (istina' fii al-hayatil Islam) - dalam sistem Sosial, sistem Pemerintahan, sistem Pendidikan, sistem Perundangan, sistem Ekonomi dll. Afterall, jika TV3 memulakan sesi red carpet lepas solat Isyak sekalipun ~ majlis maksiat tetap haram dan tidak boleh diteruskan. Get what I mean?

 
Point utama bukan isu artis tetapi masalah Islam yang dipandang remeh. Maka amat penting memaklumkan kepada umat  Islam sesuatu supaya mereka dapat memikirkan sesuatu dan tidak melihat Islam itu hanya dari aspek ibadah ritual sahaja.
 
Maaf jika tulisan saya tidak properly worded. Ini mungkin kelemahan saya.
 

Wassalam.




--
Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke