Salam....Begitulah hakikatnya, yang ramai orang kita
kurang sedari. Camaner nak buat? Bg kita yang
didedahkan dgn informasi sebegini, ok laa, ada juga
maklumat yang boleh kita "fikir sejenak", tapi
bagaimana pula dengan mereka2 yang mis-info ( yang
tidak berpeluang mendapatkan info )?
Maka terus-terusan laa mereka hanyut dalam kemewahan (
atau kerugian ) yang melingkari hidup mereka. Sebab
mereka sebenarnya tak tahu yang mereka itu
"dipergunakan" untuk menjana kemewahan orang lain yang
mereka percayai!!!
Saya bukan nak cerita pasal kelebihan dan kekurangan
kerajaan yang memerintah, cuma nak luahkan sedikit
yang terpendam dihati, yang kasihan melihat nasib
segelintir ( kalau tak banyak laa ) orang kita yang
seagama, bangsa dan negara saya sendiri yang tak
habis2 ditindas, yang dinafikan HAKnya  oleh
segelintir BARUA2 yang diharapkan untuk mengubah nasib
kami rakyat marhaen!!
Saya mengUNDI pembangkang bukan dengan niat untuk
mementang KERAjaan, tetapi matlamat utama saya
ialah....supaya KERAjaan sedar yang bukan semua yang
dia buat itu saya sokong!
Bagi saya, 100% undi untuk kerajaan yang memerintah
bermakna 100% sokongan terhadap apa yang mereka nak
buat. So, inilah peluang bagi mereka untuk menjana
semaksimum mungkin agenda2 untuk memenuhi nafsu
serakah mereka. Seandainya ini semua tidak ditentang,
maka tidak hairan laa kalau mereka BERADU LENA di
kerusi empuk masing-masing. Takdak sapa yang tak
setuju apa yang depa buat, so kalo depa kenyang
sorang-sorang pun lu nak kata apa??
Cuba kita pakat2 bagi mereka ni 60% undi ker...agak2
laa, berani ke mereka nak teruskan pekerjaan BARUA
itu?? Agak2 berani ker mereka nak makan sorang2 HAK
rakyat??? Mereka tak bimbang ker kemungkinan next
General Election mereka akan JATUH BEDEBUK??? macam
nangka busuk??
Kami rakyat tidak zalim, tapi anda yang kami pilih
untuk menjaga kebajikan kami yang zalim. Anda yang
kami percaya dgn janji2 andalah  yang zalim. ANDA YANG
KAMI PILIH SURUH BUAT KERJA, BELA KAMI, YANG KAMI
BAYAR DENGAN DUIT CUKAI KAMI, DUIT TOL KAMI, DUIT
MINYAK KAMI, DUIT YURAN KAMI, DUIT SAMAN KAMI, DUIT
KENAIKAN HARGA GULA KAMI, DUIT GOVERNMENT TAXT 5%
KAMI,dan HAK KAMI YANG ANDA SAPU SECARA HARAM ( yang
kami tak berapa nak bising puunnn...)
yang sebenarnya MENZALIMI KAMI!!!  Yang let us makan
siput babi, makan nasik dengan budu! 
ALLAHU AKBAR!!!

Wassalam.


--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:

> Assalamualaikum,
> 
> Maaf ya. Tulisan ini agak teknikal sedikit. Saya
> akan cuba guna istilah
> orang awam seboleh mungkin. *Please bear with me*...
> :-)
> 
> Bila kita mengkaji Sistem Ekonomi Islam (nizaam
> al-iqtisadi fii al-islam)
> kita akan mendapati masalah ekonomi yang menjejaskan
> seluruh umat manusia
> dari mendapat sekurang-kurangnya keperluan
> primer/pokok (hajatul asasiyyah)
> bukanlah kekurangan sumber ( *scarcity of
> resources)* sebagaimana yang
> dilaung-laungkan oleh paderi dan pengasas sistem
> ekonomi Kapitalis yang
> sedang menyandang juara carta di seantero dunia saat
> ini yang turut didakwa
> berasal dari 'kehendak manusia yang tidak terbatas'.
> 
> *Masalah ekonomi yang meruncing di Negara Islam
> Hadhari ini* (dan lain-lain
> negara yang menerapkan/mengguna-pakai sistem ekonomi
> kapitalis) *bukan
> disebabkan kekurangan sumber (resources) berkenaan
> tetapi disebabkan masalah
> pengagihan kekayaan (distribution of wealth) *di
> kalangan umat hingga kita
> mendapati majoriti kekayaan dipegang oleh golongan
> minoriti. Ananda Krisnan
> yang tersenarai dalam Carta Top 40 hanyalah satu
> contoh sahaja dan bukan
> satu fakta untuk mendiskredit Binariang dan Maxis.
> Begitu jugak Robert Kuok.
> Sistem Ekonomi Kapitalis yang berasal dari pemikiran
> Sekular (pemisahan
> agama dari kehidupan) turut mendokong ciri-ciri
> demokrasi iaitu prinsip
> kebebasan memiliki (hurriyatul milkiyyah). Semua
> orang bebas untuk melakukan
> hampir apa sahaja untuk menjana kekayaan (generate
> wealth) sehinggakan judi
> (Magnum 4D), arak (Carlsberg jadi landmark di
> Federal Highway) selagi ia
> boleh menjana ekonomi  negara. Pemisahan agama dari
> kehidupan iaitu
> Sekularisme itu tidak sekali-kali melihat aspek
> hukum-hakam sehingga khinzir
> yang diharamkan  bagi umat Islam telah menjadi satu
> industri yang
> menguntungkan. Itu aspek DUIT MASUK atau PENJANAAN
> SUMBER KEKAYAAN.
> Bagaimana pula dengan perbelanjaan?
> 
> Jika antum melihat Strategi ke 4 Bajet 2006 ianya
> ialah  Meningkatkan
> *kesejahteraan
> dan kualiti hidup rakyat.* Macam bagus gitu tetapi
> bagaimana?? Kita melihat
> didepan mata kita bahawa Jaminan terpenuhnya
> keperluan Primer diletakkan di
> atas batu jemala pihak swasta, sedangkan kita tahu -
> syarikat swasta tidak
> akan menjalankan perniagaan sebagaimana yang
> termaktub di dalam Memorandum &
> Article of Association (M&A) jika ia tidak
> menguntungkan. Prinsip asas
> Pengurusan Kewangan (Financial Management) yang
> awal-awal ditekankan
> ialah *'maximization
> of shareholders' wealth'* - memaksimakan kekayaan
> pemegang saham. Apabila
> keuntungan (bottom line) yang jadi faktor penentu ~
> segala hukum-hakam
> pastinya lari jauh ke laut. Apa jua transaksi atau
> aktiviti sekecil
> penjualan RingTone dengan tajuk-tajuk *catchy
> *seperti PANAS dsb akan
> dilakukan kerana yang penting ialah memaksimakan
> kekayaan tadi. Setelah itu,
> ianya dibahagikan dalam bentuk dividend dsb kepada
> Pemegang Saham. Jadi,
> bagaimana hebat pun syarikat-syarikat tersenarai di
> Papan Utama dengan
> gahnya meng war-warkan kejayaan mereka, fakta ini
> tidak akan memberi kesan
> kepada umat terbanyak samada muslim atau non-Muslim.
> Perhatikan rancangan
> BersamaMu atau yang seiras dengannya. It keeps
> happening kerana bantuan dari
> orang awam dan swasta bukan sesuatu yang bersifat
> berterusan. Well takkan
> tiap2 hari nak taip TABUNG5 atau TABUNG 10 kalau
> tabung kita sendiri pun
> ala-ala kadar je. Ini adalah indikasi bahawa
> tanggungjawab memastikan
> kepenuhan primer rakyat samada mereka Muslim atau
> Kafir (ahlul Zimmah)
> terletak di atas batu jemala PEMERINTAH.  Hadis
> *"Imam adalah pengembala
> dimana ia akan ditanya tentang gembalaannya".
> *Hakikatnya rakyat menikmati
> BBQ siput babi sedangkan pemerintah dan
> kuncu-kuncunya tinggal di istana
> airmata rakyat...
> 
> Imam yang dimaksudkan di atas, yang kita rindui itu
> pastinya yang memiliki
> ciri-ciri seperti Umar al-Khattab dan khalifah yang
> lahir dari DNA Umar
> al-Khattab iaitu Umar Abdul Aziz yang mana semasa
> pemerintahan singkat
> (2.5tahun) Umar Abdul Aziz - tiada orang yang layak
> menerima zakat di
> Afrika.
> Lihatlah apa jadi pada Afrika sekarang? Pasti antum
> terbayang perut buncit,
> badan kurus dihurung lalat...lalu antum bersedih
> kerana di rumah terlalu
> banyak makanan tetapi terlalu sedikit orang untuk
> menghabiskannya... *isk
> isk isk*
> 
> Apabila kita menyentuh bab Pemerintah atau Imam tadi
> - tidak cukup sekadar
> mengganti seorang pemimpin dengan pemimpin lain bila
> dirasakan tidak sesuai.
> Yang paling perlu dicantas ialah Sistem Pemerintahan
> yang membenarkan Sistem
> Ekonomi Kapitalis menjadi Juara Carta. *This is
> extremely important and **
>  URGENT.* Contoh: Semasa Tun Dr M memegang tampuk
> kuasa - musuh-musuh
> politiknya dan sesiapa yang tidak suka kepada
> UMNO/BN mahu beliau digantikan
> dengan harapan pemimpin selepasnya akan merubah
> senario iklim politik
> tanahair. Tetapi setelah Pak Lah yang hebat dengan
> *tagline* - Cemerlang,
> Gemilang, Terbilang naik takhta ~ senario tidak
> berubah or we can say - it's
> even worse off than Tun Dr M yang diketahui ramai
> seorang yang memiliki visi
> dan iltizam tinggi menggapai impian merealisasikan
> Wawasan_2020 nya. Disini
> kita melihat bahawa pemimpin bukan masalahnya tetapi
> SISTEM yang diterapkan
> iaitu Perlembagaan Persekutuan (PP) yang berasal
> dari Common Law nukilan
> Lord Reid dan kuncu-kuncunya kerana PP ini menjadi
> sumber perundangan
> termasuk sistem ekonomi kapitalis yang menyebabkan
> kau, aku dan dia dan
> mereka menderita...
> 
> Justeru, sangat mendesak untuk kita berusaha kearah
> mengambil ISLAM_KAFFAH ~
> bukan Islam sekerat-sekerat untuk menyelesaikan
> seluruh masalah manusia
> samada Islam dan  bukan Islam. Walaubagaimanapun,
> masyair (perasaan) yang
> tinggi mahu Islam mengungguli lain-lain sistem tidak
> cukup sekadar sokongan
> pada gerakan atau parti Islam sahaja sebaliknya kita
> sebagai individu dan
> anggota masyarakat berusaha memantapkan pengetahuan
> tentang Islam. Bukan
> tahu solat, puasa, tajwid, baca yaasin, tak buat
> tahlil ikut adat Melayu,
> tetapi kita berusaha mengkaji dan mendalami Sistem
> Pemerintahan Islam,
> Sistem Perundangan Islam, Sistem Pendidikan Islam,
> Sistem Sosial dalam
> Islam, Sistem Ekonomi Islam dll yang akan membuka
> mata kita seluas-luasnya
> betapa hebat dan syumulnya agama yang menjadi
> *rahmatan lil 'alamin
> ini. *Tetapi
> usaha ini memerlukan masa yang lama sebagaimana yang
> turut disebut oleh Imam
> Syafie bahawa untuk mendapat ilmu itu perlukan
> kesabaran dan ambil masa.
> 
> Selagi hayat dikandung badan, marilah kita buat
> sesuatu untuk dan demi Islam
> - bukan supaya kisah-kisah "makan budu sahaja" yang
> kita tidak mahu tetapi
> kita melihat masalah kesengsaraan umat ini menjadi
> hanya satu kisah yang
> bakal dilenyapkan dari lipatan sejarah.
> 
> Jika kurang jelas atau tidak tuntas penjelasannya,
> ia adalah kelemahan saya.
> Feel free to ask should further clarification
> necessary.
> 
> Wassalam.
> 
> CM - Dah pandai makan budu :-)
> 
> 
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke