HENDAK KE MANA ANDA? (WHITHER GO YE?) 4 Dr. Omar bin Yaakob
Dalam bahagian yang lepas, kita melihat bahawa bagi sebahagian kita, hidup seharian berlegar di sekitar mencari makan (kerja), berehat, berhibur dan tidur. Kita juga melihat bahawa jika itulah kitaran hidup kita saban hari, maka kitaran tersebut tidak jauh bezanya dari kitaran harian makhluk Allah yang bernama haiwan dan unggas…atau manusia yang bukan Muslim. Anda pasti pernah melihat sang lembu. Bayangkan rutin hariannya. Pagi-pagi mereka sekawan dihalau ke padang ragut. Bermulalah kerjanya mencari makan. Ragut sana, ragut sini. Kunyah sana, kunyah sini. Makan sana, minum sini. Ketika tengahari, cuaca panas, sang lembu mencari tempat berteduh, berehat. Sambil berteduh, masih boleh mengunyah. Mungkin ini juga masa untuk berhibur; mengawan, menurunkan zuriat. Apabila petang, mereka dibawa kembali ke kandang. ..untuk tidur. Esok.. rutin mereka berulang. Begitulah rutin mereka saban hari, saban minggu, bulan, tahun. Umur meningkat, berat bertambah, sehingga tiba masanya tuan mereka memutuskan untuk menjual atau menyembelih mereka. Allah menceritakan kepada kita di kalangan manusia pun ada kumpulan yang rutin harian hidupnya umpama kitaran harian sang Lembu… "…mereka bersenang lenang dan makan seperti makannya sang lembu…." Siapa orang-orang ini yang dinyatakan oleh Allah mempunyai kehidupan umpama sang lembu? Kitakah yang dimaksudkan oleh Allah? Anda semaklah sendiri dalam Surah Muhammad ayat 12. Ini masa yang baik bagi anda membaca sendiri ayat-ayat Allah. Anda merasa sukar mencari al-Quran atau terjemahannya? Di zaman moden ini, no excuse..tiada alasan! Kini, untuk membaca al-Quran atau mendengar bacaan atau melihat terjemahan amat mudah. Klik saja laman web yang berkaitan. Misalnya http://www.reciter.org/ atau http://www.islamicity.com/mosque/quran/ . Cubalah anda cari Surah Muhammad ayat 12 dan baca terjemahannya berulang kali. Bersambung inshaAllah. ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
