Berikut ialah pengalaman yang diceritakan oleh seorang
sahabat apabila beliau membeli ikan di Pasar Besar
Seremban.  Terdapat peniaga ikan di sana yang
mengurangkan jumlah ikan yang dibeli apabila peniaga
tersebut menawarkan perkhidmatan menyiang ikan.
Mungkin perkara ini dilakukan oleh segelintir kecil
sahaja peniaga yang tidak bertanggungjawab dan mungkin
juga ianya berlaku bukan hanya di Pasar Besar Seremban
bahkan di pasar lain juga.

Menurut  ceritanya apabila pembeli telah memilih ikan
dan ditimbang oleh peniaga, peniaga ikan tadi akan
menawarkan perkhidmatan untuk menyiang. Kerja
penyiangan ikan ini agak terselindung kerana longgokan
ikan yang dijual diletak pada timbunan yang lebih
tinggi sedangkan kerja penyiangan ikan ini dilakukan
dibelakang longgokan ikan dan pada kedudukan yang
lebih rendah.

Semasa proses penyiangan ikan ini dilakukan, peniaga
ikan tadi akan mengurangkan jumlah ikan yang dibeli
oleh pengguna. Taktik penipuan sebegini mudah
dilakukan untuk ikan-ikan yang kecil atau sedang
saiznya seperti ikan kerisi, kembung, sardin, selar
dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu para pengguna adalah
dinasihatkan agar berhati-hati apabila membeli ikan
atau lain-lain barang keperluan. Sekiranya terdapat
sebarang unsur penipuan , dapatkan maklumat terperinci
seperti nombor lot kedai dan sebagainya dan
laporkanlah kepada pihak yang bertanggung jawab.

Namun begitu kita masih yakin terdapat ramai peniaga
yang menjalankan perniagaan mereka dengan penuh amanah
dan tanggungjawab. Hanya segelintir kecil peniaga
sahaja yang tidak bertanggung jawab yang memberikan
imej buruk kepada peniaga lain.


     Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
   
  "Kalau kita hanya mengharapkan kemenangan, kita tidak akan berjaya. Kalau 
kita berusaha untuk mencapai kemenangan, dengan izin Allah kita akan berjaya"
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke