Bil ()dlm.MN.PK.A351.PTA/05/08

Tarikh : 8 Muharram 1427 - 7 Februari 2006

Kpd :
H.E. Borge Petersen
Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary
22nd Floor, Wisma Denmark, 86, Jalan Ampang, 50450
Kuala Lumpur

Tuan Yang Terutama,

BANTAHAN TERHADAP PENYIARAN KARIKATUR NABI MUHAMMADSAW
OLEH AKHBAR JYLLANDS-POSTEN

Saya mewakili Majlis Mufti-mufti Malaysia membantah
sekeras-kerasnya perbuatan biadap akhbar
Jyllands-Posten yang menyiarkan karikatur Nabi
Muhammad SAW kerana perbuatan berkenaan adalah
merupakan satu penghinaan kepada agama Islam dan
seluruh penganut Islam yang sukar untuk dimaafkan.

Kami berkepercayaan bahawa agama adalah hak manusia
dan tidak boleh mana-mana pihak menghina dan mencaci
agama lain. Keharmonian beragama yang masih bertahan
di negara ini adalah disebabkan tiada perbuatan jijik
dan hina seperti yang telah dilakukan oleh akhbar
berkenaan yang menggambarkan sikap tidak menghormati
sensitiviti agama lain.

Penganut Kristian dan agama lain bebas mengamalkan
ajaran masing-masing di Negara ini kerana umat Islam
amat berpegang kepada ajaran kitab suci Al Quran yang
menegaskan :
“Bagi kamu agama kamu , bagiku agamaku” 
“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka
sembah yang lain dari Allah”

Kami menuntut penyiaran karikatur berkenaan dihentikan
serta merta dan perbuatan yang tidak bertamadun
berkenaan tidak diulangi pada masa akan datang. Kami
juga menuntut akhbar berkenaan memohon maaf kepada
seluruh umat Islam SEBELUM SAMPAI KE SITUASI KAMI
MUFTI-MUFTI GAGAL LAGI MENGAWAL PERASAAN UMAT ISLAM DI
NEGARA INI.

Sekian.

DATO SERI DR HJ HARUSSANI BIN HJ ZAKARIA
SMP, DPMP, SIM, AMN, PKT, PJK
Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan
Mewakili Majlis Mufti-Mufti Malaysia

(Surat ini disiarkan dalam dalam web Jabatan Mufti
Perak
http://mufti.perak.gov.my/berita/surat%20rasmi%203.pdf
)


     Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
   
  "Kalau kita hanya mengharapkan kemenangan, kita tidak akan berjaya. Kalau 
kita berusaha untuk mencapai kemenangan, dengan izin Allah kita akan berjaya"
   




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke