| MPAJ roboh rumah, lima anak yatim hilang tempat berteduh |
| Oleh Wan Nordin Wan Yaacob | |
| KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - Lima anak yatim hilang tempat berteduh setelah semalam Majlis Ampang Jaya (MPAJ) didakwa bertindak meroboh rumah peninggalan ibu mereka di Kampung Pinggiran Sungai, AU3 Keramat. "Kami tak tahu nak tinggal dimana, malah tiada pampasan diberi meskipun rumah kami diroboh," kata salah seorang anak yatim terbabit, Sulaiman Masro, 16 yang bekerja sebagai pembantu di kedai mebaikpulih kereta. Sulaiman yang kelihatan sedih dan masih trauma melahirkan rasa kecewanya atas tindakan tidak berperikemanusiaan pihak berkuasa tempatan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di tapak rumah yang diroboh di Kampung Pinggiarn Sungai AU3 Keramat pagi tadi. Liana, anak yatim, mengeringkan bukunya selepas basah ditimpa hujan apabila rumahnya dirobohkan. Beliau bagaimanapun tidak dapat meneruskan temubual
dengan Harakahdaily kerana perasaan yang terlalu sebak dengan kejadian yang menimpa keluarganya. Rayuan ditolak Sementara itu seorang lagi mangsa, Zulkifli Rasidi 37, kesal dengan tindakan MPAJ itu meskipun setelah pihak penduduk membuat rayuan mendapatkan hak dan pampasan untuk berpindah. "Pada asalnya saya menyewa di sini, dan kemudian saya membayar dengan sejumlah wang kepada tuan punya rumah untuk memiliki rumah itu.Tetapi bilamana rumah ini hendak diroboh, nama saya tidak tersenarai untuk mendapat pampasan," "Kami bukan nak tinggal lama di sini, kami orang susah tak mampu untuk terus berpindak ke tempat lain.Jika ada pampasan mungkin boleh membantu kami, tetapi dalam isu ini kami tak dapat apa-apa, meskipun ada pihak yang berjanji untuk menyelesaikan masalah kami (beliau merujuk kepada wakil rakyat di kawasan itu Dato' Ahmad Bujang),"katanya. Menurut Zulkifli, beliau dan tiga
lagi rakan senasib sebelum ini telah mengemukakan rayuan kepada MPAJ untuk mendapatkan hak pampasan sekiranya diminta berpindah. Setelah beberapa surat diajukan kepada MPAJ, dan pihak MPAJ dakwanya menyatakan komitmen untuk membuat bancian semula di kawasan itu. Bagaimanapun komitmen itu ianya hanya tinggal janji, dan semalam tepat pukul 10.00 pagi empat lagi baki rumah yang pada asalnya 14 buah rumah diroboh MPAJ, katanya. Dalam notis yang dikeluarkan MPAJ bertarikh 30 November dan 1 Disember 2005 mengarahkan penghuni Kampung Pinggiran Sungai AU3 mengosongkan rumah sebelum atau pada 15 Februari 2006. Terdahulu sebelum itu satu sesi dialog diadakan antara penduduk dan MPAJ atas tujuan terbabit, bagaimanapun penduduk mendakwa pertemuan itu hanya landasan untuk MPAJ menyatakan arahan kepada penduduk. PAS ziarahi mangsa Pagi tadi, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli
bersama Setiausaha PAS Kawasan Gombak telah menziarahi mangsa tersebut dan telah memberikan sedikit bantuan berupa makanan kepada mangsa. Beliau melahirkan rasa simpati PAS dan mendoakan agar mereka tabah menghadapi ujian itu. (Kisah lanjut akan dimuatkan dalam Harakah versi cetak akan datang) |
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
