"Ayah, baca buku, ayah, baca buku, baca la buku" tangisan anak bongsuku Muhammad Arif Luqman (pemain games , panggilan rani_reiki), semakin kuat dan menjadi-jadi. Sambil tangannya memegang buku Siri Cepat Membaca "BACALAH ANAKKU" edisi 1. Ayahnya pulak sedang leka menghadap laptopnya. "Ayah ada kerja nak buat nih, nanti dah siap ayah bacakan" kata Ayah. "Nak baca buku dengan ayah, tapi ayah lambat" jawab si luqman menyusun ayat berhati-hati dengan sedikit pelat. Esakan semakin kuat dan menjadi-jadi, Luqman menangis tanpa henti. Bila tengok luqman menangis, si ayah terus memujuk dan mengajar Luqman membaca buku "BACALAH ANAKKU". "A", "I", "U" diulang oleh Luqman. "BA", "BI", "BU", tangisan menggila tu dah berhenti diikuti oleh suara lunak-lunak perlahan anak bongsu kesayangan mengulang perkataan-perkataan yang diajar ayahnya.
Teringat aku, di usianya 3 tahun kami berikan dia makan D~Brain, makanan tambahan dari rumusan homeopati untuk merangsang mindanya. Ditambah pula mempunyai seorang kakak dan dua orang abang yang umur kesemuanya berbeza cuma dalam jarak setahun, perwatakan, pertuturan dan gaya Luqman nampak lebih matang dari usianya. Seminggu selepas kami berikan D~Brain, Luqman telah mula menunjukkan sedikit perubahan. Jadi lebih agresif untuk bertanya dan bercerita. Seorang surirumah yang berkerjaya seperti aku, jarang ada masa untuk melayan kerenah anak-anak walau 24 jam ada di rumah. Balik je si ayah, Luqman terus bercerita dan mengajukan pelbagai soalan. "Kenapa ayah balik lambat sangat, ayah banyak kerja ke? Ayah esok ayah nak pergi mana? Ayah pergi kerja ke? Ayah pergi kerja naik apa?" Tak cukup lagi, jam dah menunjukkan pukul 1 pagi. Si ayah dah pun terlelap. Luqman ni belum mahu tidur lagi. Sambil tangannya menggegarkan tubuh ayahnya, dia bertanya lagi, "Ayah, jam ayah pukul berapa?"Ayah yang sedang mengantuk menjawab perlahan, "pukul 12", sekadar melayan, walaupun ketika tu jam menunjukkan jam 1 pagi. Luqman bertanya lagi, "Ayah beli jam Ayah dekat mana? Esok ayah pergi kerja pukul berapa? Semalam abg buat aku, aku nangis" cerita luqman lagi, sedang ayahnya telahpun lena diulit mimpi bila tengok ayahnya tak melayan, dia menambah beberapa soalan lagi sehingga dia mula naik jemu dan melelapkan matanya. Satu hari sedang aku duduk leka menghadap komputer, apa lagi buat bisnes di internet laa..terdengar suara seorang kanak-kanak sedang mengira "one..two..three..four..five .sehinggalah ten" dengan suara yang pelat. Aku toleh ke belakang, aku tengok luqman sedang memegang sebuah buku cerita dalam keadaan terbalik sambil membilang dalam bahasa inggeris. Terkejut jugak..rasanya tak pernah lagi ajar dia mengira dalam bahasa Inggeris. Terus dapatkannya dan suruh dia mengulang mengira. Alhamdulillah, nampaknya minda luqman semakin hari semakin berkembang dan cerdas. Sekarang ni apa saja yang didengarnya dari adik beradiknya yang lain, mahupun yang didengarnya di tv dan radio, semuanya mudah untuk dia ingat, dan diulang-ulangnya pula. Memang telah terbukti bahawa kanak-kanak yang dapat membaca awal sebelum bersekolah dan didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang baik dapat menguasai ilmu dengan mudah dan terkehadapan dalam pembelajaran. Bagaimana tinggi maksud namanya, tinggi lagi harapan kedua ibubapanya..aku selalu panggil dia dengan panggilan Yang Arif Lagi Bijaksana..semoga dia benar-benar menjadi orang yang cerdik, bijaksana dan berguna di masa hadapan. D-Brain Menjana Kecemerlangan Minda, Tumbesaran dan Kesihatan Anak Anda E-Brain Mengembalikan Kecemerlangan Minda dan Kesihatan Orang Dewasa/Wargatua D-Brain 80 tablets RM39.50 E-Brain 90 tablets RM48.00 - Dapatkan D-Brain dan E-Brain dari usahawan-usahawan DCL Kedai-E yang berhampiran, http://www.kedai-e.com/kmj/index.php?option==com_content&task==view&id=4&Itemid=b -Lawat laman web kami di http://www.kedai-e.com - Kami membuka peluang kepada yang berminat untuk berniaga secara kecil-kecilan di samping menambah pendapatan sampingan dengan memasarkan produk bumiputera sepenuhnya. "LEBIH ADIL LEBIH SUKSES". Berminat, hubungi usahawan-usahawan DCL Kedai-E yang berhampiran. ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
