Azhar,
Apa yang elok sangat berkumpul di Batu Caves masa Thaipusam itu? Kalau Rozmal rasa itulah cara terbaik sebagai satu pengabadian kepada Tuhan kenapa kau perlu bersetuju? Apa yang mulia sangat apa yang mereka itu buat?
Tahu tak kau berapa ramai orang Hindu telah menukar agama ke agama Kristian dan Islam? Pernah kita tanya kenapa?
Contoh sistem kasta, pembinaan kuil tanpa kawalan/berpecah belah atas nama kuil..
Penganut Hindu pun ramai yang mempersoalkan apa yang umat dia lakukan semasa hari Thaipusam kerana ada yang berkata Tuhan mereka tidak pernah menyuruh penganut agama hindu berlebih-lebih...cth mengangkat kavadi yang paling berat dan besar sehingga menyusahkan, menyakitkan diri malah mengganggu orang
lain.Apa yang pasti Rozmal telah menulis subjek yang dia sendiri tak faham, tapi dia buat-buat pandai...sekarang pada aku Rozmal ni Islam pun dia kelabu sebab itu dia nampak apa yang Hindu buat cantik...
Kalau Rozmal ni beragama Hindu, tentu kita akan lihat dia mengangkat kavadi yang paling besar sekali, menyucuk seluruh badan dengan besi, sebab pada pendapat dia bila beragama tak kira agama apapun kita perlu membesar-besarkan apa kita buat,berlebih-lebih. Sebab dia beragama Islamlah benda ni tak terjadi, tapi kalau dia Syiah mungkin Rozmal masa 10 Muharram dia menyucuk-nyucuk badan seperti yang berlaku di Iran dan negara2 Islam lain, dialah yang akan ke depan sekali...
Ustaz saya ada mengajar saya dulu, kita sebagai orang Islam tak boleh mempertikaikan akidah orang lain hanya tengok pada luaran sahaja, mungkin orang itu melakukan benda baik tapi kita tak tahu contoh kalau dia tak masjid, mungkin dia menjaga anak yang sakit dan beribadah di rumah sampai larut malam....Ustaz Rozmal pula dia cakap semua orang tak cukup Islam, sebab tak buat macam yang Hindu buat...sekarang ustaz mana kita nak ikut??
Alam
On 2/7/06, "azhar_arahim" <"azhar_arahim"> wrote:
Salam..
Nampaknya apa yang saudara rozmal sampaikan telah menjadi barah dalam
hidayahnet ni, tapi yang jelas adalah ramai yang terkeliru, tidak
membaca dengan jelas, tidak memahami apa yang saudara rozmal cuba
sampaikan.. ramai juga yang menulis bukan dari pendirian sendiri tapi
dari pendirian tokok tambah bercampur perasaan..
Saya sesungguhnya amat paham dengan apa yang saudara rozmal cuba
sampaikan. Saya tidak nampak tulisan rozmal itu sebagai satu dakyah
songsang yang cuba menghindukan saya, tapi sebagai satu perbandingan.
tidak pula saudara rozmal suruh saya menyokong agama hindu tersebut..
Biarlah saya cuba tulis seringkas mungkin agar tidak mengharu-birukan
pandangan sesetengah pihak yang dah haru-biru kerana ada sesetengah
pandangan tidak berlandaskan akal dan agama tapi politik semata-mata.
Apa yang saudara rozmal cuba sampaikan adalah betapa fanatiknya orang
india dengan agama hindu mereka dan betapa kita sebagai orang islam
ini yang tidak berapa islamik.. itu sahaja... bukannya rozmal nak
cerita tentang hindu itu hebat atau tidak, cuma mereka amat fanatik agama.
Sebagai contoh jelas, Thaipusham, semua penganut hindu dari satu
malaya datang ke batu caves untuk meraikannya. Tapi kita ni, sambutan
Maulidurasul, walaupun majlis tu diadakan kat surau, masjid kat tempat
tinggal kita, kadang-kadang surau, masjid tepi rumah pun susah nak
pergi.. Tapi kalau konsert tahun baru kat dataran, klcc bersepah
orang melayu kat sana.. pulak tu yang datang bawak anak-anak
berkumpul dari petang bawak ke malam, solat semua entah ke mana.
Kalau ada di kalangan pembaca yang bersolat time tu Alhamdulillah lah,
jangan terasa pulak.. dari itu, Islamik kah kita ni? Yang lain tu
tak payahlah nak cerita..
Yang lain tu pikirlah sendiri, lain kali baca dan fahamilah dahulu apa
yang cuba disampaikan, baru komen, nak komen pun gunalah akal.. Saya
sendiri pun rasa terpukul dengan tulisan rozmal, tapi ada benarnya
dengan kita umat islam di malaysia pada hari ni..
Itu sahaja yang saya cuba sampaikan.. sekian..
wassalam..
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
