PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata bantahan umat Islam terhadap penerbitan karikatur Nabi Muhammad S.A.W. patut memberi mesej bahawa tindakan tidak sensitif terhadap Islam tidak seharusnya berulang.
Bekas perdana menteri itu bagaimanapun berkata bantahan itu tidak wajar berpanjangan. "Umat Islam mesti buat protes, dan jika perlu, buat mereka rasa keperitan dengan memboikot. Ia bertujuan memberi isyarat supaya mereka tidak mengulanginya," katanya semasa ditemui selepas menerima kunjungan bekas Presiden Iran Mohammad Khatami di sini hari Isnin. Dr Mahathir diminta mengulas bantahan umat Islam membabitkan penerbitan karikatur yang memperkecil-kecilkan Nabi Muhammad dalam sebuah akhbar Denmark dan penyiaran semula bahan itu oleh akhbar-akhbar di Eropah dan beberapa negara lain yang mencetuskan tindakan marah daripada umat Islam di seluruh dunia. "Ia tidak sensitif (menyiar semula kariraktur), dan saya berpendapat umat Islam bertindak tepat untuk membantah," katanya. Dr Mahathir menyatakan bahawa ada penduduk di Eropah telah hilang kepercayaan terhadap agama mereka. Dan kerana mereka menganggap agama sebagai tidak relevan, beliau berkata adalah salah untuk mereka menganggap umat Islam mempunyai perasaan yang serupa apabila agama mereka diperlekehkan. "Kebanyakan penduduk Eropah pada asasnya tidak mempunyai agama, dan mereka tidak nampak mengapa kita ambil kisah mengenai perkara itu," kata Dr Mahathir menjelaskan mengapa akhbar menyiarkan semua karikatur yang menghina itu. Seperti kebanyakan negara Islam lain, Malaysia mengutuk penerbitan karikatur itu, yang dilaporkan menggambarkan Nabi Muhammad memakai serban berbentuk seperti bom. Mengenai pertemuan itu, Dr Mahathir berkata Khatami mahu beliau menganggotai satu kumpulan yang akan bekerja ke arah mewujudkan dialog antara budaya. Memandangkan beliau sudahpun menjadi anggota kumpulan seumpama itu, Dr Mahathir berkata beliau akan mengkaji jemputan berkenaan sebelum membuat sebarang komitmen. -- BERNAMA http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=180148 Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com "Kalau kita hanya mengharapkan kemenangan, kita tidak akan berjaya. Kalau kita berusaha untuk mencapai kemenangan, dengan izin Allah kita akan berjaya" __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
