Assalamualaikum,

Aku berharap.....kau orang baca ni....sampai
habis........ sedarlah kawan-kawan... apa yang Islam Hindari boleh buat.... maruah Islam terletak pada kita, penganutnya....


Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu
ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam
wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan
minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature
sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada
Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah
terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua
penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan
lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas
mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah
musuh Islam di M`sia.



Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...Depa send
memorandum kepada PM minta 15 perkara berhubung dengan
Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:
1)       Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia
jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya,
anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan
cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk
bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, "Hang nak
ikut ugama apa?"...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka
jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab
dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2)      Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport
dihapuskan kolum identiti
agama - maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad
kita itu, depa minta di"tiada"kan.
3)      Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin
dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.
4)      Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan
orang bukan Islam, mestilah
dia tukar agama kepada bukan Islam.
5)      Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana
kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana
kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
6)      Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang
Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan
Islam.
7)      Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga
menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita
tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi
itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita.
Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid
pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu
macamana?...Kalau takdak mahkamah syariah, maknanya,
perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
8)      Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam,
semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9)      Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila
masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10)   Sebagaimana program-program di radio dan tv yang
menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu
juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu
diberi ruang.
11)    Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia
turut mencetak bible dalam
bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12)   Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan
sebagai agama rasmi di Malaysia?
...lagi 3 ana tak ingat, antum boleh refer dalam
majalah Millenium Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita
sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita
sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli
politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata
apa?...Depa kata kat Mufti Perak, "Ni lah kalau dah
terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!"...Datuk Harussani balas dalam majalah
"Millenium Muslim", katanya, "Di atas sikap
open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka
inilah hadiahnya!"...Ini dia kata-kata seorang ulama
di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah
akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak
boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
-
[3] Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya:
"Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan
sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka
Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka
undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku
menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada
syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam
dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada
fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan
undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka
mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia
adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali
kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar
(rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn
Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan
Beirut)

Allahu ta`ala `alam.
6 Februari 2006


Yahoo! Cars NEW - sell your car and browse thousands of new and used cars online search now


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke