| Tidak perlu tunggu ilham, kabinet baru kekalkan menteri bermasalah Husam |
| GUA MUSANG, 16 Feb (Hrkh) - Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu menunggu sehingga mengambil masa begitu lama bagi merombak kabinet, memandangkan menteri yang bermasalah masih dikekalkan. Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa berkata, Perdana Menteri tidak perlu menunggu untuk mendapat ilham begitu lama, sekiranya ditengok kepada rombakan kabinet yang dibuat kelmarin. Menteri Kerja Raya serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri diketahui
umum mencetus banyak kontroversi sebelum ini, namun mereka masih dikekalkan. Sedangkan keperibadian mereka diperbahas hangat sebelum ini. Rakyat menunggu dalam tempoh begitu lama untuk melihat Perdana Menteri menyelesaikan secara telus, namun akhirnya ia tidak ke mana juga. Kalau macam itu tidak payah tunggu masa yang begitu lama untuk membuat rombakan kabinet, katanya selepas mesyuarat Exco di Tanah Tinggi Lojing, semalam. Kelmarin Abdullah mengumumkan rombakan kabinet dengan mengekalkan kedudukan Dato Seri Rafidah Aziz dan Dato Seri S Samy Vellu. Manakala Dato Dr Mohd Shafei Salleh digugurkan sebagai Menteri Pengajian Tinggi dan tempatnya diganti Dato Mustapa Mohamed. Menteri Pelancongan, Dato Dr Michael Toyad juga digugurkan dan diganti Dato Tengku Adnan Tengku Mansor. Dua menteri lagi meletak jawatan iaitu Dato Abdul Kadir Sheikh Fadzir (Penerangan) dan Dato Adenan Satem (Sumber Asli dan
Alam Sekitar). Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, beliau turut hairan mengapa Mustapa seorang pemimpin yang dikatakan pakar dalam bidang ekonomi dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi. Bagaimanapun kita berharap dengan pelantikan Mustapa, sekurang-kurangnya Kelantan mendapat sebuah universiti seperti dicanang Umno sebelum ini. Rakyat juga kecewa apabila seorang yang diketahui menyempitkan ruang kebebasan akhbar, Dato Zainuddin Maidin dinaik pangkat sebagai menteri penuh. Rombakan yang dibuat itu sungguh mengecewakan kerana anggota kabinet masih lagi disaluti pelbagai isu, katanya. Pendapat itu turut disokong Pengarah Unit Intergrasi Nasional PKR, N Gobalakrishnan. Beliau berkata, selagi Rafidah, Samy dan Dato Seri Dr Lim Keng Yaik masih kekal dalam kabinet, rombakan yang dibuat Perdana Menteri tidak memberi apa-apa makna. Malah katanya, rombakan itu masih membayangi
konsep Mahathirisme kerana orang rapat pemimpin terbabit dilantik semula. Ini menggambarkan masih berlaku krisis di antara Abdullah dengan Dr Mahathir dan bekas Perdana Menteri itu masih lagi mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Abdullah, tambahnya.Beliau juga percaya pelantikan Zainuddin sebagai Menteri Penerangan akan menyusahkan lagi rakyat terutamanya mereka yang tidak sebulu dengan kerajaan. Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, tiada apa yang menarik dengan rombakan kabinet kerana menteri bermasalah sebelum ini dan berkhidmat terlalu lama dalam kabinet masih dikekalkan. Timbalan Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Haji Buni Amin Hamzah berkata, pihaknya menyokong tindakan matang diambil Abdul Kadir melepas jawatan sebelum Perdana Menteri mengugurnya. Apabila merasakan begitu lama berada dalam kabinet dan tewas dalam pemilihan parti sewajarnya peluang diberi kepada orang lain pula.
Namun, tindakan seperti itu tidak diminati ramai pemimpin politik di negara ini, ujarnya. |
Yahoo! Cars NEW - sell your car and browse thousands of new and used cars online search now
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
