| Awas, penswastaan hospital tidak lama lagi |
| Oleh Mohd Sabri Said | |
| Demikian kata, Setiausaha Gabungan Membantah Penswastaan Sistem Kesihatan, Dr. Jeyakumar Devaraj kepada Harakahdaily. Menurutnya, Kerajaan Malaysia bercadang untuk mengadakan skim rawatan untuk pesakit
swasta di Hospital Kerajaan. Ia akan bermula di dua hospital iaitu Putrajaya dan Selayang pada bulan Mac nanti. "Rakyat perlu bersama kami membantah dasar yang membebankan banyak pihak. Sebagai rakyat kita perlu prihatin apa yang mahu kerajaan lakukan, "jelasnya. Selepas enam bulan nanti sambungnya, kesemua Hospital Kerajaan akan mengikuti jejak itu. 'conflict of interest' Gabungan membantah berpendapat, skim ini akan menimbulkan 'conflict of interest' bagi doktor pakar kerajaan dan seterusnya boleh menjejaskan kualiti rawatan yang diterima oleh pesakit biasa di Hospital Kerajaan. Oleh sebab itu skim tersebut patut dibatalkan dan kaedah lain wajar dicari untuk meningkatkan pendapatan doktor serta kakitangan kesihatan. "Kami mahu Menteri Kesihatan, Dato' Shua Soi Lek menetapkan satu tarikh secepat mungkin untuk
berbincang kerana pelaksanaannya bermula bulan depan. Ini penting kerana perkara ini telah lama dikemukakan oleh pihak kami semenjak Mac 2005 lagi, " katanya. Dasar tersebut telah dinyatakan oleh Ketua pengarah Kesihatan, Dato' Ismail Merican dalam akhbar New Straits Times pada 8 Januari lalu. Kenyataannya menyebut, doktor pakar di Hospital Kerajaan akan dibenarkan merawat pesakit swasta selepas waktu pejabat. Di mana sambung Dato' Ismail lagi, tujuannya ialah untuk menghalang penghijrahan doktor pakar ke sektor swasta. Risalah yang disebarkan kepada awam tertera hanya dua fakta yang menguntungkan setengah pihak iaitu golongan yang berpendapatan RM4000 ke atas memperolehi pilihan yang lebih luas. Selain daripada mendapat khidmat 70 peratus doktor pakar diswasta golongan kaya juga akan menikmati rawatan istimewa daripada pakar kerajaan juga. Manakala doktor pakar di Hospital Kerajaan juga akan
menikmati kenaikan gaji yang banyak. Dan golongan yang rugi ialah penduduk di bandar kecil kerana ketiadaan doktor pakar kerana ramai akan berhijrah ke bandar besar di mana terdapat ramai golongan elit. Doktor pelatih terabai Doktor pelatih akan terasa terabai apabila bos mereka tidak cukup masa atau tenaga untuk mengajar serta melakukan pemantauan. Imej doktor pula akan terjejas kerana masyarakat akan berpandangan doktor hanya mementingkan wang dari pesakit tambahan lagi golongan miskin. Menurut Dr. Jeyakumar lagi, berbagai surat telah dihantar kepada Unit Perancang Ekonomi (UPE) bagi tujuan berdialog namun semuanya hampa. "Pertemuan dan dialog amat penting kerana perkara ini membabitkan bebanan kebajikan rakyat biasa, " terangnya kesal. Selain dari Dr. Jeyakumar, antara organisasi yang turun terlibat
menyebarkan risalah di Hospital Besar Pulau Pinang pada jam 9.30 pagi semalam ialah Suaram, Aliran, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Sosialis Malaysia (PSM), POHD, Pusat Kesedaran Wanita (WCC) dan Student Progresif Frant, Univesiti Sains Malaysia (USM). PAS di wakili oleh Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri, Saiful Lizan Mohd Yusuf. Tian Chua dan Dr Mariah mengedarkan risalah di HKL Setelah mendapat penjelasan dari Dr. Jeyakumar akhirnya Pengarah Kesihatan, Dr. Khoo menerimanya dengan tenang, lebih-lebih lagi apabila diberitahu bahawa sebaran risalah ini bukan sahaja di sini bahkan setiap Hospital Kerajaan di negeri lain. Kempen menyeluruh Di Kuala Lumpur, sebaran yang serupa di buat oleh jawatankuasa ini. Sebaran juga dibuat di kebanyakan hospital di seluruh negara. Di Hospital Kuala Lumpur, Ketua Penerangan Muslimat PAS, Dr Mariah Mahmud bersama Ketua Penerangan PKR, Tian Chua mengetuai penyebaran risalah di kalangan pesakit dan pelawat hospital itu. Risalah mereka diterima dengan baik dan mendapat sokongan penuh dari orang ramai. |
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
