KERAJAAN PON DIMINTA UNTUK LEBIH PEKA TERHADAP MENANGANI MASALAH RAKYAT YG MENGHADAPI BANJIR YG TAK SESUDAH.....!!! JGN INGAT NAK MAJUKAN KLANG VALLEY JE TAK SESUDAH.... HUJAN (aka BALA DPD TUHAN) MMG TAK BOLE DIELAK, TAPI MASALAH YG TERHASIL DPDNYA BOLEH DIATASI JIKA DIUSAHAKAN / DICARI JLN PENYELESAIAN.... INI TIDAK. BANJIR -PINDAH, BANJIR-PINDAH. YG MISKIN - MAKIN MENDERITA, HARTA MUSNAH, MAKIN PUNAH, MAKIN PASRAH.....

Terus peka hadapi banjir - Najib

PUTRAJAYA 16 Feb. - Kerajaan menasihatkan penduduk di Terengganu agar sentiasa peka dengan sebarang pengumuman rasmi pihak berkuasa melalui media mengenai ancaman banjir besar sekiranya limpahan air di Empangan Kenyir semakin bertambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sekiranya keadaan sampai ke peringkat berbahaya, kerajaan akan membuat kenyataan untuk meminta penduduk di kawasan yang terancam supaya berpindah.
``Jadi pada masa sekarang, mereka yang tinggal di kawasan berkenaan kena berada dalam keadaan berhati-hati dan selalu mendengar apa-apa pengumuman yang akan dibuat oleh pihak berkuasa melalui media elektronik dan cetak,'' katanya selepas melancarkan Ekspedisi Kutub Utara: Misi Kutub ke Kutub 2006/2007, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kemungkinan limpahan Empangan Kenyir meningkat, sekali gus menyebabkan banjir besar di beberapa buah daerah termasuk ibu negeri itu.
Khamis lalu akhbar melaporkan Kuala Terengganu diancam banjir besar jika paras air di Empangan Kenyir di Hulu Terengganu yang kini sudah melepasi paras bahaya terus meningkat.
Paras air di empangan seluas 369 kilometer persegi itu kini mencecah 145.4 meter iaitu 0.4 meter melebihi paras bahaya setelah menerima kemasukan air secara `luar biasa' sejak Rabu lalu.
Berikutan itu, pasukan keselamatan dan pihak berkuasa negeri termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memantau keadaan tersebut.
Limpahan air luar biasa di empangan itu merupakan fenomena keenam sejak ia mula beroperasi pada 1985, namun ia agak janggal kerana berlaku pada akhir musim tengkujuh.
Menurut Pengurusan Bencana dan Krisis Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (JPM), paras air yang dianggap cemas adalah 149 meter dan paras itu mungkin hanya dicapai sekiranya kadar kenaikan paras air seperti sekarang berterusan dan hujan lebat dalam tempoh seminggu lagi.
Bagaimanapun hari ini, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supritendan Farid Mahmud Farid dilaporkan berkata, air di Empangan Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud Kenyir, masih dalam keadaan terkawal dan stabil.
Sehingga pukul 8 pagi ini, bacaan air yang dicatatkan di empangan itu ialah 146.13 meter.
Sementara itu, keadaan banjir di Kemaman dan Dungun beransur baik apabila jumlah mereka yang dipindahkan di seluruh negeri ini berkurangan kepada 1,401 orang berbanding 4,906 orang petang semalam.
Di Hulu Terengganu, cuma tinggal enam keluarga sahaja lagi seramai 32 orang penduduk Kampung Batu 23 orang masih berada di pusat pemindahan.


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke