Assalamualaykum warahmatullah...
 
 
 
JEJAK RASUL '06

 

TEMA

MENYELUSURI SIRAH NABAWIYYAH,

MEMAHAMI DAKWAH RASULULLAH

 

 

 

TARIKH

3 ~ 5hb MAC 2006

 
 

TEMPAT

MASJID SULTAN SALAHUDDIN

ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM

 
 

ANJURAN

BIRO DAKWAH & PERHUBUNGAN,

KARISMA ZON 3
 
 
 
 
ABSTRAK
 
 
Dalam era globalisasi yang mencabar, penekanan terhadap pendidikan agama semakin berkurangan malah ianya sengaja 'dikurangkan' dalam sistem pendidikan. Menjadi satu isu kontemporari di dalam dunia Muslim di mana semakin tinggi pemahaman seseorang terhadap agama, semakin bahaya ia terhadap kuasa-kuasa yang mengamalkan liberalisasi. Subjek agama dan ilmu alam diasingkan, begitu juga dengan sekolah pendidikan agama dan sekolah pendidikan konvensional. Kesannya, orang yang kelihatan cenderung pada agama (dalam konteks ini ialah Islam), maka ia dipandang sebagai jumud, kuno, ekstrem dan pelbagai spekulasi negatif lantas mewujudkan istilah 'Islamophobia'. Menyedari hal ini, perspektif tersebut harus diubah dengan mengkaji zaman kegemilangan Islam yang dipimpin oleh Muhammad s.a.w agar satu gerakkerja dapat dirancang berdasarkan strategi yang telah dilaksanakan.

Sirah nabawiyyah merupakan sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w yang membentangkan graf kehidupan dari sebelum kelahiran baginda sehingga wafatnya. Ia merupakan satu elemen penting yang harus diketahui oleh setiap insan bernama Muslim terutama para du'at. Mengetahui sejarah kehidupan model teragung ini bakal menyiapkan diri setiap du'at dengan satu cara berfikir dan bertindak yang lebih efektif agar pengislahan ummah dapat dilakukan dengan baik walaupun cabaran besar dihadapi.
Kelab Rakan Siswa Islam Malaysia (KARISMA) ialah satu organisasi dakwah yang bervisi untuk melahirkan mahasiswa du'at kontemporari soleh wa musleh; sentiasa menitikberatkan penyeimbangan antara tarbiyyah dan aktivisme bagi mencapai pengiktirafan Allah sebagai tuhan yang mengatur setiap urusan alam. Atas landasan ini, menjadi satu keperluan untuk mengetahui Seerah secara menyeluruh dalam usaha melaksanakan syariat Allah secara menyeluruh menjelang 2020. Oleh itu, adalah penting untuk melaksanakan satu kem yang boleh menghasilkan para du'at berkesan dalam mendepani cabaran dan masalah ummah masakini. Pendekatan Seerah secara intensif adalah cara yang terbaik, maka kandungan mel ini akan menerangkan tentang kem yang dirancang: JEJAK RASUL '06.
 
 
OBJEKTIF
  • Melahirkan duat kontemporari yang proaktif serta jelas visi dan misi dakwah Islamiyyah
  • Memberi kesedaran tentang fungsi dan kesan Seerah dalam kehidupan seorang da'ie
  • Membentuk model minda para du'at berdasarkan peribadi Rasulullah seterusnya diaplikasi dalam kehidupan seharian
  • Menyiapkan diri da'ie dengan cara berfikir dan bertindak yang efektif agar pengislahan ummah dapat dilaksanakan secara optimum
  • Meningkatkan kredibiliti dan kemampuan du'at dalam mendepani masalah ummah
Berminat? Sila hubungi wakil Karisma atau JIM anda.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke