Almost the same thing happened to my cousin sister *Mimi* yg kerja in marketing field.  A guy called her office and requesting for appointment outside the office (in a shopping mall), so adik sepupu i and her colleague *Nana* pergilah berjumpa dgn lelaki yg mengatakan he is seriously planning to purchase a product.  Tiba di tempat appointment, selepas beberapa ketika berbincang, the con man said he needed to make an urgent call to confirm the choice with his partner lah kononnya, tgh2 telefon tiba2 his handphone ter-off sebab bateri habis, so mintalah pinjam handphone Mimi.
 
Masa bercakap dgn his accomplice (using Mimi's handphone), he claimed that his partner tu on the way to meet them tapi kononnya his partner tu tak tau the exact location of the meeting so he suggested that he and Nana pergi tunggu partner dia tu kat entrance shopping mall tu.  Masa tgh menunggu tu, tiba2 lelaki tu minta nak pinjam handphone Nana tu pula kononnya perlu clarify a matter dgn Mimi, masa (pura2) bercakap dgn Mimi tu, dia buat2 macam tak puas hati dgn satu perkara so he told Nana that he had to go and see Mimi at the seating place la.  Sambil buat2 kelam-kabut dan tension2 tu, he said that "nanti dia bg handphone Nana pada Mimi".. and Mimi pun boleh terpercaya.
 
Well, he did went to see Mimi again and told her that Nana went to the toilet and he really needed to borrow Mimi's handphone again to call his partner, and told Mimi that "nanti dia bagi balik handphone Mimi pada Nana".
It took another 15minutes for the poor girls to realised what had happened.
 
But one thing, they are resourceful, these con artists!  Mudah2an all of us will be protected from such characters.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
KORANG BACE.. JGN NAK TERUS DELETE.. PENGAJARAN NI!!!


Subject: FW: Cara baru curi handphone - beware!!
Date: Mon, 20 Feb 2006 12:39:45 +0800
From: "Ramli Bin Marhanang" <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]


      Assalamu'alaikum wahai semua sahabat-sahabatku yang berada di mana saja
      berada.

      Cerita ni, berdasarkan pengalaman aku hilang handphone, dengan cara
      terhormat sekali. Pelik bunyinya kan? Cadangnya malas nak beritau, tapi
      kawan2 aku termasuk famili aku beria2 suruh aku beritau kat semua orang,
      kalau buleh satu Malaysia. Ni semua untuk kawan-kawan agar berhati-hati
      bila orang nak mengenali anda..

      Al-kisahnya..pada hari rabu(4 Jan 2006), aku baru balik keje dari Sepang
      ke Shah Alam. Tapi kawan sekerja aku memang hari-hari turunkan aku kat
      Kompleks PKNS. Dan dari situ, memang ayah aku akan ambil untuk pulang ke rumah. Ntah kenape hari tu, ayah aku lambat pulak datang ambil aku. Pastu aku pun keluarkanlah handphone nokia 6600, sebab nak telefon ayah aku.

      Tiba-tiba datang seorang perempuan yang tubuhnya gempal, berkulit hitam
      manis dan tidak bertudung duduk di sebelah aku dan menegur aku. Aku pun
      layan macam biasa.

      Dia tanya nama aku, tinggal kat mana dan macam-macam lagi. Aku pun tanya nama dia, katanya Diana, tinggal kat Seksyen yang aku duduk, kerja kat Kelana Jaya(Pejabat Peguam..Kononla tuuu). Nak dijadikan cerita, dia tanya aku kenapa tak naik bas je pulang ke rumah? Kenapa nak tunggu ayah ambil?

      So, aku jawab..dah alang-alang ayah aku nak balik, dia ambil aku sekali.
      Aku pun tanya dia juge, kenapa tak balik naik bas? Dia kata, dia orang
      baru kat shah alam ni. Mak sedara dia yang selalu ambil dia..sebab takut
      kalau-kalau orang yang tak dipercayai perdaya dia. (Eeiiiii Geramnyaaaa)..
      Dia kata kat aku, boleh tak esok, ajarkan dia naik bas.

      Sememangnya..kalau ayah aku tak dapat ambil, aku memang naik bas. Jadi, aku kata bolehlah ape salahnya. Niat aku ikhlas nak tolong. Tapi yang peliknya, dia berkali-kali kata..esok jgn suruh ayah aku datang ambil aku. Aku pun tak kisahlah..
      Sebelum balik, sempat juga dia mintak no telefon aku(tapi dia tulis atas
      kertas..katanya handphone dia rosak) Aku pun mintak no telefon dia, tapi
      aku save terus dalam handphone.

      Keesokkan harinya..Khamis(4 Jan 2006). DIa setia menunggu aku kat depan
      Kompleks PKNS Shah Alam, walaupun sejam menunggu aku. Dia pun menyambut aku dengan senyum(tapi membuat aku nak muntah bila teringat semula).
      Sebelum nak balik(naik bas), dia ajak aku minum kejap kat Mc'Donald (kat
      tingkat satu). Katanya kawannya nak join sekali nak kenal dengan aku. tapi
      kawan dia tak sampai lagi. Aku dan budak gempal ni pun makan la kat
      Mc'Donald(dia belanja). Dalam 20 minit berborak, dia minta izin kat aku
      untuk taipkan msg kat kawan dia yang tak sampai-sampai tu. Dia suruh aku
      taip"TOLONG CALL DIANA BALIK" . Yelah handphone dia kan rosak.....

      Dalam beberapa saat, kawan dia call hp aku. Dan semestinya aku beri hp aku kat dia tu. Dia pun beriya-iya la mengatakan kat kawan dia, yg dia ada kat Mc'Donald. Dia kata kawannya tak tau kitorang ni kat mana. Dia kasi hp kat aku balik. Baru aku nak simpan hp aku, kawan dia call balik. Aku pun kasi la balik hp aku kat dia. Ntah macam mana, sambil dia bercakap kat dalam hp.. dia pun terus bangun macam tergesa-gesa nak turun ke bawah. Dia kata, kawannya ada kat sekeliling Kompleks dan tak tau kat mana Mc'Donald. Jadi, sambil online, dia kata kat aku ' tunggu kejap yea, kawan saya dah sampai tapi tak tau kita kat mana sekarang. Saya nak amik dia kejap.. Awak tolong tengokkan beg saya ya.' Dia pun berlalu sambil bercakap dengan kawan dia kat dalam hp. 5 minit lebih juga aku tunggu. Aku dah tak sedap hati, lantas aku buka beg dia. Lemah jantung aku..yang ada dalam beg tu cuma majalah wanita, remaja dan plastik besar yang dironyokkan (agar nampak beg tu besar)..

      Aku pun bergegas turun.. Memang budak gemuk tu dah hilang. Aku cuba tabahkan hati.. Aku pergi kat public, call boyfriend aku suruh dia call hp aku.
      Suara aku dah tersekat-sekat nak cerita. Macam nak nangis je, tapi aku
      kontrol sebab orang ramai. Aku call balik pakwe aku, dia kata memang dah
      tak dapat. Last-last aku dah takde mood nak naik bas. Pakwe aku call mak
      aku, dan mintak ayah aku datang ambil aku..(ayah aku juge yang datang
      amik..sian dia..)

      Itulah al-kisahnya cerita aku yang panjang lebar. Tak sangka selama 2 hari
      budak gemuk tu nak dapatkan hp aku. Tak terlintas difikiran hp aku yang
      jadi mangsa. Niat aku hanya nak tolong dia. Tapi ini balasannya..

      Malam tu aku baca yassin sambil nangis2...memang la sedih hp hilang, tapi
      lagi jiwa aku sakit sebab niat aku nak tunjukkan jalan, tapi orang
      khianati aku. Ini semua iktibar untuk diri aku dan kawan2 semua.
      Berhati-hatilah..sekarang orang yang baik pun aku dah takut. Macam-macam orang sekarang..

      Oklah geng..semoga cerita aku ni memberi peringatan kepada korang semua. sampai sekarang aku masih ingat wajah budak tu. Biarlah tuhan sahaja yg membalas perbuatannya, supaya dia tak buat orang lain lagi....uwaaaaaaaa


How much mail storage do you get for free? Yahoo! Mail gives you 1GB!
Get Yahoo! Mail


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke