Zakaria Latif <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

(Embedded image moved to file: pic01999.pcx)
Semoga semua beroleh keberkatan yang berpanjangan dari Allah SWT.

Hadis riwayat Muslim : Daripada Jabir ra, bahawasanya Rasulullah saw telah
bersabda "takutlah kamu daripada melakukan perbuatan zalim kerana
sesungguhnya perbuatan tersebut membawa kebinasaan kepada orang-orang sebelum kamu, mereka sanggup melakukan pertumpahan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang haram".

Berikut adalah Jadual Porgram Kuliah/Pengajian anjuran Masjid Asy-Syakirin, KLCC dalam tempoh seminggu ini, Insya'Allah.

24 Feb 2006 - 1230 Tgh - Tazkirah Sebelum Solat Jumaat - Ustaz Ahmad
Rosli Mokhtar.
27 Feb 2006 - 01.00-02.00 ptg - Kuliah Zohor - Ustaz Mohd Najib Ali.
28 Feb 2006 - 01.00-02.00 ptg - Kuliah Zohor - Ustaz Ustaz Ahmad Rosli
Mokhtar.
01 Mac 2006 - 01.00-02.00 ptg - Kuliah Zohor - Ustaz Mohd Zawawi Yusof
(UKM).
02 Mac 2006 - 01.00-02.00 ptg - Kuliah Zohor - Ustaz Md Nizam
Kamaruzaman.
03 Mac 2006 - 1230 Tgh - Tazkirah Sebelum Solat Jumaat - Ustaz Wan
Shohor Bani Leman (UIAM).

Pihak Masjid Asy-Syakirin, memohon jasa baik muslimin dan muslimat semua, agar memanjangkan e-mail ini kepada kaum keluarga dan sahabat-handai. Kerjasama dan sokongan semua didahului dengan ucapan ribuan terima. Semoga ianya diterima sebagai amalan yang soleh di sisi Allah SWT.

Apa yang baik dari Allah SWT, kekurangan adalah kelemahan kami. Ribuan
kemaafan dipohon.

Taqabalallah minna wa minkum.

B/P Pihak Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
(Embedded image moved to file: pic26418.pcx)
Sedikit berita berhubung Misi Bantuan Kemanusiaan Muslim Care untuk Mangsa Gempa Bumi di Pakistan.

Insya'Allah, Muslim Care sedang berusaha mengundang wakil Pakistan Islamic
Medical Ass dan Al-Khidmat Foundation, Ngo-ngo yang terlibat secara
langsung Misi Bantuan Kemanusiaan di Pakistan untuk tujuan penerangan
keadaan semasa mangsa gempa tersebut disamping untuk tujuan kutipan Dana
untuk membantu Misi tersebut di atas.

Seiring dengan itu, Muslim Care memohon kerjasama pihak-pihak Masjid,
Surau, Jabatan Kerajaan/Swasta, Pertubuhan/Persatuan, individu dan
seumpamanya untuk bekerjasama bagi menjayakan Misi ini. Kepada yang
berminat untuk mengadakan majlis penerangan ini di tempat masing-masing
bolehlah berhubung dengan saya melalui e-mail ini.

Sekali lagi dimaklumkan, kepada para muslimin dan muslimat yang ingin
bersama-sama Muslim Care untuk menjayakan Missi di atas selain Misi Bantuan
Mangsa Tsunami Acheh, boleh menyalurkan sumbangan melalui Akaun Muslim Care di Bank RHB atas nama Muslim Care. No.Akaun : 26-2120-0000-4747. Mohon kepada penderma agar memaklumkan setiap sumbangan kepada saya melalui e-mail ini atau sms melalui no. H/phone 012-6935938 untuk tujuan rekod dan tindakan selanjut.

Sekian untuk kali ini. Maaf diatas segala kelemahan. Terima kasih kepada
para penderma semua. Sokongan dan sumbangan amat diperlukan dan dihargai. Moga Allah membalas segala kebaikan tuan/puan. Wassalam.

B/p Muslim Care.


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke