| Wang siapa bayar Abramoff, Dr Mahathir? |
| Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Lim Kit Siang mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mengesahkan sebanyak AS$1.2 juta (kira-kira RM4.6 juta) telah dibayar untuk melobi pertemuannya dengan Bush tetapi menafikan wang itu adalah wang kerajaan. Lim juga mempersoalkan, jika wang
kerajaan tidak digunakan, bagaimanakah mereka dari "sektor swasta" dibayar balik atau mendapat ganti rugi bagi aktiviti-aktiviti melobi mereka dan siapakah mereka? Dr Mahathir, katanya, mestilah bercakap benar kerana tidak ada siapa yang percaya beliau tidak tahu mengenai operasi sulit menggunakan Abramoff untuk mengatur pertemuan itu dan sumber wang RM4.6 juta untuk membayar pelobi Yahudi itu. Bahkan beliau juga meminta dijelaskan, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertemu Bush pada 19 Julai 2004, berapa banyak wang yang telah dibayar untuk melobi pertemuan itu dan adakah dibayar secara langsung oleh kerajaan atau secara tidak langsung oleh sumber-sumber bukan kerajaan serta siapakah pelobi yang ditugaskan untuk melaksanakannya? Lim juga mendedahkan anak didik Dr Mahathir, iaitu bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Megat Junid bin Megat Ayob dinamakan oleh media-media antarabangsa sebagai
tokoh utama yang mengetuai usaha-usaha sulit untuk mengatur pertemuan dengan Bush melalui bantuan Abramoff yang kini menghadapi tuduhan rasuah dan menipu. Beliau juga menggesa Megat Junid yang juga bekas Ketua Penerangan Umno supaya tampil untuk menjelaskan peranannya dalam pembayaran RM4.6 juta bagi mengatur pertemuan Dr Mahathir dengan Bush itu. |
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
